Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

27 August 2011

Mohd Shubhi  /  27.8.11  /  ,   /  No comments
Seorang pelarian Afganistan yang tinggal bersama-sama rakannya di pusat hentian pelarian Norway dicurahkan dengan air panas dan diugut untuk dibunuh jika ia tidak kembali kepada Islam.

Ali pada asalnya seorang Islam diketahui murtad menjadi Kristian apabila rakan-rakannya menyedari ia tidak berpuasa pada bulan ramadan ini. Terdapat seramai 150 orang di pusat tersebut dan semuanya muslim kecuali 5 orang yang telah menjadi murtad.

Kesemua pelarian yang terdiri daripada orang Arab, Somalia dan juga Afgan bersepakat untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang murtad.


Masalah orang Islam yang murtad nampaknya berleluasa di mana-mana sehinggakan di pusat pelarian di Norway. Walaupun dikebanyakan tempat mereka tahu nyawa mereka bakal terancam jika murtad, nampaknya mereka masih sanggup ambil risiko tersebut. Ini menunjukkan mereka benar-benar percaya dengan agama Kristian yang baru mereka anuti.

Ini bukan lagi kes kemiskinan tetapi krisis akidah. Fikiran mereka bercelaru dan tidak memahami akidah Islam  secara mendalam dan yakin. Mungkin mereka sendiri tak dapat bezakan antara satu dengan tiga dan tidak pernah mempersoalkan bagaimana yang dikatakan Allah itu Esa.

Perkasakan anak-anak kita dengan pengetahuan akidah yang mantap agar mereka terselamat daripada fitnah akhir zaman ini.

0 comments:

Post a Comment

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search