Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

30 September 2011

Mohd Shubhi  /  30.9.11  /  ,   /  1 comment
Buku asal
Semua orang yang bergiat dalam aktiviti blogging tentu ada impian walaupun sedikit untuk menjana sedikit pendapatan daripada aktiviti yang diceburinya. Salah satu cara mudah untuk bekerja ke arah itu adalah dengan mencari sebanyak mungkin maklumat bagaimana mahu merealisasikan impian itu.

Salah satu cara mendapatkan sedikit ilmu adalah dengan membeli dan membaca tulisan-tulisan mereka yang telah berjaya menjana pendapatan daripada aktiviti blogging. Itulah yang saya buat baru-baru ini apabila meronda di kedai buku MPH  dan mencari-cari kalau ada buku yang menerangkan teknik buat duit melalui blog.

Nak diringkaskan cerita terjumpalah saya pada sebuah buku yang telah dialihkan bahasa dari Inggeris ke bahasa melayu dan diberikan tajuk: "Bagaimanakah generasi muda menjana pendapatan melalui blog, komited sepenuhnya dengan tugasan semasa tanpa mengganggu kerjaya mereka".


Punyalah panjang tajuknya buku tersebut yang merupakan karya asal daripada Laura Maya dalam bahasa inggeris bertajuk "Blogging By Million, Earn By Millions". Ia dijual dengan harga RM29.90 setebal  166 mukasurat. Buku terjemahan itu jauh lebih murah daripada harga buku asal dan sudah tentu rasanya berbaloi untuk mendapatkannya..lalu telah membelilah saya dan telah membacalah saya....

Bukan niat saya nak perturunkan ilmu apa yang telah saya baca dari buku tersebut tetapi cuma nak bagi nasihat pada yang belum membelinya agar jangan buat silap untuk pergi beli itu dalam edisi bahasa melayu.

Buku itu saya yakin telah diterjemahkan dengan menggunakan kemudahan Google Translate tanpa lansung diedit dan di kemas kini. Ayatnya berbelit-belit seperti ditulis oleh orang yang teramat bodoh dalam bahasa melayu sehingga membuatkan kita yang membacanya rasa marah dan kecewa.

Pelik bin ajaib bagaimana MPH boleh ambil buku tidak berkualiti dan merosakkan bahasa melayu itu menjadi salah satu daripada buku dalam senarai jualannya. Penerbitnya saya lihat dari buku tersebut ialah Fortress Publication.

Sekali lagi saya nasihatkan agar semua boikot saja buku tak bermutu sebegitu sebagai pengajaran kepada mereka yang buat kerja sekadar melepaskan batok di tangga.

1 comment:

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search