Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

23 September 2011

Mohd Shubhi  /  23.9.11  /    /  No comments
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan diwawancara dalam siaran TV di Amerika pada rabu lepas dan mengulas kenyataan media barat yang melabelkan negara Turki atau lebih tepat lagi kerajaan yang dipimpin olehnya mengamalkan Islam sederhana.

Bagi Erdogan tidak ada terma Islam sederhana atau Islam Moderate, itu semua karut dan ciptaan Barat yang semata-mata yang hanya mengelirukan masyarakat.

Bagi Erdogan Islam lansung tidak mengiktiraf keganasan atau ekstremism. Jika seseorang muslim itu cenderung ke arah keganasan, individu itu sebenarnya yang menghadapi masalah bukannya Islam yang dianutinya. Yang jelasnya tidak ada keganasan dalam Islam.


Dia bertanya kepada wartawan samada wujud atau tidak pengganas daripada kalangan Yahudi atau Kristian, jawapannya sudah tentu ada. Dan soalnya lagi adakah Kristian atau Yahudi mengaitkan keganasan tersebut dengan mereka. Tetapi terbalik pulak apabila ada orang Islam yang mengganas, barat terus melabelkan keganasan itu dengan Islam dan mereka mencipta satu terma adanya Islam sederhana dan ada juga Islam ganas.

Mengulas tentang isu sekular pula, Erdogan mengingatkan bahawa Amerika mempunyai definisi sekularnya sendiri dan definisi sekular barat atau eropah pula berlainan daripada Amerika. Begitu jugalah sekular di timur tengah mempunyai definisi yang berbeza. Yang pentingnya Islam boleh berjalan seiring dengan demokrasi dan Turki telah membuktikannya.

Baca liputannya di sini.

0 comments:

Post a Comment

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search