Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

27 October 2011

Mohd Shubhi  /  27.10.11  /  No comments

Oleh:  Iskandar Zulfi  (sumber dari Free Malaysiakini)
Kehadiran begitu ramai penyokong PAS termasuk pemimpin mereka seperti Datuk Dr. Hassan Ali ke Majlis Himpunan Sejuta Umat membawa dua makna.
Satu, penyokong PAS rata-ratanya memandang serius isu murtad yang begitu berleluasa di negeri Selangor di bawah pentadbiran PKR dan sedia bersatu di bawah payung Islam demi mempertahankan akidah saudara-saudara mereka.
Dua, penyokong-penyokong PAS yang hadir itu secara tidak langsung menunjuk penentangan terhadap kepimpinan PAS pusat yang lebih menyebelahi pihak gereja daripada JAIS  sejak dari mula isu ini berbangkit.  Malah kehadiran mereka juga sebenarnya adalah bertentangan dengan ‘arahan’ parti yang enggan terlibat atas alasan menghormatinya sebagai bukan platform politik.
Bagi memahami pendirian PAS dalam isu ini, mungkin kita boleh melihat kepada kartun karya Rossem di dalam Harakah 24-27 Oktober  yang memaparkan bagaimana PAS malu untuk mempertahankan akidah umat Islam secara nyata.   Kartun tersebut juga menyebut yang kerosakan akidah umat Islam harusditutup dan sebaliknya berusaha memperbaiki diri secara diam-diam dari dalam sahaja.
Apakah wajar kita merasa malu untuk mempertahankan akidah saudara seagama kita?  Apakah ini pendirian rasmi PAS terhadap isu murtad iaitu agar ia ditutup?

Sedarkah PAS bahawa usaha memurtadkan umat Islam kini bukan lagi kes kecil yang terpencil, tetapi dilakukan secara sistematik, besar-besaran dan bersungguh-sungguh?   Tindakan JAIS, kenyataan Sultan dan tujuan HIMPUN adalah bertepatan kerana masalah yang telah menjadi besar perlu ditangani dengan cara besar-besaran juga dan bukannya secara ‘malu-malu’.   Saranan PAS agar menanganinya secara diam-diam hanya membayangkan ketidakyakinan, kelemahan dan ketakutan di pihak kita, umat Islam.
Amatlah malang bagi umat Islam negara ini apabila PAS enggan, hatta malu untuk bersama-sama memerangi gejala murtad tetapi di masa yang sama, PAS masih ingin dijulang sebagai juara Islam.
Untuk itu, Harakah juga menyiarkan bukan satu tetapi 3 artikel yang membawa tajuk berkenaan  PAS yang kononnya telah 60 tahun bekerja untuk menyelamatkan akidah umat Islam.
Mungkin PAS telah terlupa bahawa baru beberapa tahun lepas PAS secara tidak langsung dan secara sedar atau tidak, telah membantu menyebarkan Kristian di kalangan umat Islam dengan menyokong penggunaan nama Allah dalam kitab injil serta penyebaran injil dalam Bahasa Melayu?  Tidak mungkin PAS begitu bodoh sehingga tidak tahu bahawa tindakan pihak Kristian tersebut tidak punya tujuan lain selain dari ingin memurtadkan umat Melayu Islam secara halus dan perlahan-lahan?
Begitu juga dengan beberapa artikel di Harakah yang mengingatkan pembaca tentang bagaimana PAS begitu tegar berdemonstrasi menentang Majlis Peguam dalam kes Lina Joy.  Kononnya, itulah bukti PAS telah berjuang mempertahan akidah.  Soalnya, kenapa dulu boleh berdemo secara nyata hatta riuh rendah menentang murtad tetapi sekarang malu pula?   Mungkinkah kerana  beberapa bulan lepas PAS telah mengangkat ‘pejuang murtad’ Majlis Peguam iaitu Ambiga Sreevanasan sebagai pejuang mereka juga?
Kenapa PAS perlu menepis, bercakap berbelit-belit dan mengambil sikap berbeza dalam isu yang sama?
Benar, HIMPUN tiada kena mengena dengan politik tetapi ia ada kena mengena dengan agama.  Maka, adalah pelik apabila PAS mengambil sikap sinis dan prejudis terhadap tujuan yang mulia ini.
Kini, suka atau tidak, telah terakam kemas dalam sejarah bahawa PAS pernah membantu usaha halus pihak Kristian memurtadkan umat Islam.  PAS telah mengambil sikap berkecuali dalam kes DUMC VS JAIS.  Dan PAS juga malu untuk memerangi murtad secara nyata.
Semua ini mengakibatkan PAS bukan sahaja kerugian dari segi politik, tetapi juga dari segi agama.
Justeru, apa yang patut dikatakan pada PAS hari ini?  Tahniah?

0 comments:

Post a Comment

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search