Jom kongsi pendapat anda !

30 November 2011

Haram Bergambar Pra-Perkahwinan - Majlis Ulama Indonesia

Kebanyakan kita tentu pernah tengok pasangan yang siap berpakaian pengantin berusung ke sana sini di segenap taman bersama jurukamera mengambil gambar. Biasanya mereka yang  buat begitu terdiri daripada pasangan berbangsa Cina yang menjalankan sesi photography sebelum berkahwin.

Tetapi kini budaya sebegitu sudah meresap kepada orang kita bangsa Melayu. Mereka kelihatan siap berpakaian tradisional Melayu berusung ke sana sini mengambil gambar pra perkahwinan untuk disemadikan sebagai koleksi kenang-kenangan. 

Kalau Melayu yang berbuat begitu dah diijab kabulkan tak apa juga, tapi ada yang hanya peringkat bertunang dan baru bakal melansungkan majlis pernikahan dah siap bergambar berpelukan dengan begitu intim sekali.

Budaya yang sama berlaku di Indonesia. Fenomena tersebut menyebabkan Majlis Ulama Indonesia mengharamkannya dan di Indonesia Barat, Institut Kebudayaan Melayu Jambi menggesa agar budaya sebegitu diharamkan di seluruh Jambi.

Budaya berpelukan sambil berbaring di taman dan juga atas katil bukanlah daripada budaya Melayu Jambi dan bertentangan dengan Islam. Baca laporannya di sini

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email