Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

31 December 2011

Mohd Shubhi  /  31.12.11  /  , ,   /  5 comments
Salih Yaakub tidak dinafikan memang kreatif !
Apakah kelebihan yang ada pada lelaki yang punyai 4 isteri. Tentu ada sesuatu yang menarik dan mengkagumkan pada lelaki seperti itu berbanding dengan lelaki biasa yang hanya setia pada seorang wanita yang bernama isteri sejak dia mula berkahwin sehingga ke penghujung hayatnya.

Sebenarnya memang lelaki yang berkahwin lebih daripada satu mempunyai kelebihan istimewa. Ini dibuktikan oleh satu kajian yang dilakukan oleh Newcastle University yang membuktikan bahawa lelaki yang kreatif mempunyai lebih daripada satu pasangan seks. Lebih ramai pasangan seksnya maka lebih tinggi kreativiti seseorang lelaki tersebut.


Satu perkara yang amat ketara yang ada pada lelaki kahwin ramai adalah daya tarikan yang ada padanya yang mampu membuatkan ramai orang meminatinya. Biasanya dia bukan saja menarik minat kaum berlawanan jenisnya sahaja, malah rakan lelakinya juga biasanya selesa dan berasa berharga mempunyai kawan lelaki yang kahwin ramai.

Oleh itu kepada para isteri yang suaminya mempunyai hanya seorang isteri, iaitu dia sahaja, sepatutnya merasa bosan dengan suaminya yang kebiasannya adalah kurang kreatif. Untuk menyelesaikan masalah tersebut maka galakkanlah suami anda untuk menanam cita-cita berkahwin lebih daripada satu dan galakkan dia melakukannya, semuanya demi kreativiti.

HIDUP POLiGAMi!!! Kalau tak percaya dengan tulisan saya baca kat sini.

Menurut data jabatan perangkaan negara jumlah umat Islam yang berpoligami tidak sampai 5%. Data ini sepatutnya merisaukan kita kerana kita memerlukan lebih ramai umat Islam yang tinggi kreativitinya. Jika jumlah umat Islam yang kreatif ramai berbanding yang berpoligami, ada kemungkinan ramai yang mempunyai lebih dari satu pasangan seks secara tidak berdaftar.

Bagi mereka yang takutkan dosa, sudah tentu mereka telah berkahiwn di luar negara seperti di sempadan Thai. Ini  bermakna mereka mempunyai lebih daripada satu pasangan yang tidak di dedahkan kepada umum terutamanya kepada isteri nombor satu.

Dari segi kreativiti politik, semua orang tahu Umno amat kreatif dalam memperdaya rakyat Malaysia sejak merdeka sehingga sekarang dengan membuatkan ramai orang Melayu percaya kalau tak ada Umno alamat habis lingkup bangsa Melayu. Ramai daripada kalangan pemimpin Umno tertinggi amat berdaya saing dalam kreativiti mencipta segala kepercayaan ini.

Semua itu membawa kepada rasa syak wasangka bahawa pemimpin Umno ramai yang mempunyai lebih daripada satu pasangan seks. Lebih ramai pasangan seks mereka maka lebih ramai daya kreativiti mereka. Jadi kita perlu menyiasat sama ada ada kegiatan seks tidak berdaftar berlaku di kalangan orang politik Unno terutamanya saf-saf kepimpinan tinggi mereka.

Walau apapun kita tidak perlu menghalang kaum lelaki mempunyai lebih daripada satu pasangan seks mereka, ini seolah-olah cuba membantutkan daya kreativiti mereka sedangkan negara amat memerlukan rakyatnya berdaya saing tinggi dengan keupayaan mengeluarkan idea-idea yang amat kreatif. Lagi ramai rakyat kita yang kreatif lebih maju jadinya negara kita dalam segala lapangan.

Usaha sekumpulan pejuang hak asasi wanita juga perlu diberikan perhatian agar mereka tidak berterusan membantutkan kaum lelaki mempunyai lebih daripada satu pasangan, sedangkan Islam membenarkannya ditambah lagi dengan kajian yang menunjukkan lelaki banyak pasangan adalah kreatif.

Jesteru itu satu kumpulan kerja khas bagi menggalakkan kaum lelaki berkahwin lebih banyak perlu diadakan segera oleh pemimpin negara kita. Kelab Isteri taat boleh dijadikan penggerak kumulan tersebut dan ramaikan lagi ahli kelab tersebut yang mana mereka juga merupakan ahli kelab poligami.

Kerajaan perlu memberikan dana khas kepada kelab isteri taat serta kelab poligami bagi memperomosikan usaha menggalakkan para suami berkahwin lebih daripada satu. Satu sasaran perlu diletakkan oleh kerajaan Malaysia agar sekurang-kurangnya 30% daripada kaum lelaki di negara kita berkahwin lebih daripada satu dan kalau boleh biar semuanya berkahwin empat, maka lebih ramai rakyat negara kita yang kreatif.

Kepada rakyat yang bukan Islam pula, mereka perlu terbuka untuk membenarkan undang-undang sivil membuka peluang kaum lelaki berkahiwn lebih daripada satu. Ini sekali gus menyelesaikan masalah orang Cina atau India yang kreatif mempunyai pasangan gelap atau mistress.

Ramai dikalangan ahli perniagaan bukan Melayu yang berjaya mempunyai perempuan simpanan dan ia dilakukan secara sorok-sorok. Oleh itu apa salahnya membenarkannya dan jadikan ia sesuatu yang dibolehkan.

Rasanya cukup setakat itu saja andaian mengarut saya dalam hal ini. Mungkin dengan tulisan ini dapat membuka minda para wanita yang telah dimadu agar merasa bangga bahawa suami mereka adalah segelintir kecil lelaki yang dilahirkan kreatif dalam hidup mereka dan terutamanya isteri saya sudah pasti tidak akan marah malah berbangga jika selepas ini saya mula berkahiwn satu lagi dan satu lagi dan satu lagi...semuanya kerana saya amat kreatif. He he!

5 comments:

  1. Omg..is this right wat im reading? More creative with more wives... Wow..way to go.. I hv to say... The way u put it is really ridiculous... Is tis a way u excuse urself from marrying one wife. Creativity my foot!!!

    ReplyDelete
  2. nk bahagiakan isteri2x dia.. x semua isteri2x dia suka bnda yang sama.. so, tuk berlaku adil.. dia kenalah kreatif.. :Dnk bahagiakan isteri2x dia.. x semua isteri2x dia suka bnda yang sama.. so, tuk berlaku adil.. dia kenalah kreatif.. :D

    ReplyDelete

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search