Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

07 February 2011

Mohd Shubhi  /  7.2.11  /    /  2 comments
Jabatan Pengankutan jalan akan meminda undang-undang berkenaan kenderaan bagi membolehkan mereka yang memasang skrin TV atau video pada kenderaan mereka disaman. Kemungkinan saman berupa kesalahan mengubahsuai kenderaan akan dikenakan.

Mana pula ilham yang mereka dapat dengan tiba-tiba buat kenyataan bahawa kenderaan yang dipasang skrin tv atau video menjadi punca kepada kemalangan jalan raya. Adakah statistik yang mengukuhkan kenyataan tersebut?.

Kenapa nak sekali harung semua kenderaan yang berbuat begitu. Bagaimana dengan bas-bas persiaran yang sejak sekian lama memasang TV dalam bas mereka?.

Mungkin sudah tiba masanya saman terkejut dikenakan memandangkan terdapat ramai yang telah memasangnya di negara kita. Ia bakal menjadi satu lagi punca pendapatan, baik kepada negara maupun kepada pegawai.

Mohd Shubhi  /  7.2.11  /  , ,   /  No comments
Tak ada air main pasir
Kembara kali ini membawa kami sekeluarga ke Pantai Bagan lalang, Sepang. Kalau pergi dari Puchong, jalan paling dekat yang saya rasa cepat dan mudah adalah melalui;

Puchong - Putrajaya - Bandar Baru Salak - Sepang - Bagan lalang.

Kos tol melalui jalan itu hanya RM1.60 iaitu tol LDP dari puchong nak ke Putrajaya.

Kalau sampai di Salak Tinggi, jangan lupa singgah dulu isi perut untuk makan tengahari kat satu restoran yang menjual Nasi Padang. Banyak lauk terdapat di situ dan harganya amat berpatutan. Restorannya besar. Betul-betul tepi jalan. Bersih dan aman makan kat situ.


Macam biasa tujuan saya ke sana selain dari menghiburkan anak-anak dan isteri, saya mahu melihat samada saya dapat merakan gambar yang menarik di Bagan Lalang. Kali ini saya masih mahu belajar melihat dan mengambil komposisi sebaik mungkin.

Seperti yang selalu saya dengar orang pandai kamera berkata, gambar yang baik datang dari juruphoto yang mampu melihat. Bukannya dari jenis kamera yang digunakan. Jadi untuk menghayatinya saya pergi ke Bagan Lalang hanya berbekalkan kamera kompak. Kalau dengan kamera kompak itu saya tak boleh hasilkan gambar yang menarik, bermakna pakai kamera DSLR canggih macammanapun tetap tak akan menarik.

Saya masih lagi mencuba menghayati dan memahami 2 petua utama iaitu:

  1. Pastikan gambar seringkas mungkin. jangan cuba masukkan semua yang kita lihat dalam sekeping gambar.
  2. Penuh frame gambar anda.
Ternyata apabila saya sampai dilokasi saya rasa jem dan takada idea nak ambil gambar apa. Orang ramai penuh kat sepanjang pantai. Khemah bersimpang siur, Kereta penuh kiri dan kanan jalan. Tandas sampai kehabisan air untuk mandi. Pantai pula kering sampai ke tengah. Cuaca hari tu panas terik. Macam mana nak saya hayati keindahan pantai Bagan Lalang tanpa diganggu oleh lautan manusia hari itu?.

Cuba lihat hasil gambar kali ini dengan kamera kompak Ricoh saya. Komen bagi yang berminat dengan seni photography amat dialu-alaukan:


Barisan batu ini adalah batas asal pantai. Nampaknya laut menghakis pantai

Sepang gold coast memagar kawasan pantai khas untuk penyewa resort mewah
mereka sahaja. Bukankah pantai hak awam? bagaimana ada syarikat swasta
boleh pagar dan larang orang awam masuk....? dalam Islam ada nama status
kawasan macam ini yang hukumnya tidak boleh diperjual belikan.

Barang mainan pantai banyak dijual di sini.

Kanak-kanak tak tahan melihat mainan macam ini

Surau dan Tandas yang lebih baik dan selesa telah dibina. Sebelum ini tak ada



Barang mainan anak saya. Tak payah keluar
duit lebih untuk beli mainan.


Leka bermain pasir dan mengorek lubang ketam.


05 February 2011

Mohd Shubhi  /  5.2.11  /    /  No comments
Biasa tengok lelaki pakistan bawa karpet jual sekitar rumah taman?. Tentu pernah tengok kan. Mungkin anda, atau jiran, atau kawan atau saudara pernah beli.

Istimewanya sistem jualan jejaka pakistan ni adalah kemudahan kredit. Tak ada duit tak apa, kasi hutang, bayar bulan. Maka ramailah yang ambil walaupun karper bukatlah barang penting. Cukup bula tak mampu bayar....

Mudah saja jalan selesainya... kasi anak sama itu jejaka pakistan. bagus juga ya!, nanti cucu comel, hidung mancung, mata bulat, bulu lebat. Malngnya belum dapat anak mamat pakistan cabut lari entah kemana. Sekali lagi melayu malang.

Mohd Shubhi  /  5.2.11  /    /  2 comments
Kalau kita nak bagi blog kita ramai orang masuk, cuba tulis mengenai cerita seks. Pasti akan naik rating pelawat ke blog anda. Cuba tengok trend blogger-blogger lain. Walaupun ada blog yang menulis bahan serius, tetapi kena sulam sekali sekala dengan cerita seks untuk menarik pembaca. Masyarakat kita macam masyarakat lain juga, sukakan seks.

Kalau tak mau tulis cerita seks tapi masih mau ramai orang baca, cuba tulis cerita lawak. Pilih lawak baguih-baguih punya. Lawak yang ada unsur lucah lagi meletup. Orang kita suka cerita lawak, macam juga orang lain.


Anda boleh juga buat tulisan yang bahasanya ganas-ganas maki orang yang anda tak suka kasi puas. Kalau anda pro PR anda maki pemimpin BN, kalau anda Pro BN, anda maki pemimpin PR. Maki bagi ayat yang puas-puas sampai tak gamak orang nak dengar. Pasti blog anda jadi pujaan ramai. Akan ada ramai pengunjung tetap. Orang kita banyak yang stress, teringin buat benda yang sama tapi tak sampai hati. Bila ada orang sanggup kita seronok. Tengok trafik blog ini. atau blog sini.

Tapi jika anda ada keturunan bomoh, dan banyak simpan cerita tahyul, kurafat, mistik, dan ada ilmu yang power-power, anda masih boleh jadi popular. Tulis semua cerita itu setiap hari. Tulis cerita manusia kena kacau dengan jin, syaitan, bunian, buatan orang, hantu raya, pelesit, santau, pochong, tengelong, saka, harimau jadian, dan seumpama dengannya. Blog anda juga bakal meletup. Orang kita suka letak masalah pada benda yang tak nampak. itu jalan mudah, selesai masalah, salahkan hantu.

Ada satu lagi yang boleh bantu blog anda popular. Jika anda ramai kenalan artis, selalu terlibat dengan gossip artis. Hidup anda juga glamour macam artis, ini merupakan modal tinggi untuk penulisan yang popular. Cerita dan lambung atau smash artis, pasti meleleh air liur orang kita baca. ketagih buka blog kita setiap hari. Orang kita sering gundah gulana, cerita artis mendamaikan jiwa.

Tapi jika anda seorang yang serius. Banyak berfikir. Ingin masyarakat memahami sesuatu macam anda faham. Mahu ajak manusia kurangkan hiburan. mahu manusia insaf. Buat benda berfaedah. Anda boleh cuba tulis dan istiqamah, insyallah adalah juga orang yang baca. Tapi ada banyak lagi yang meluat, depa kata anda macam bagus sangat, boleh blah!!!.

Kenapa saya tulis semua di atas. Puncanya sekadar nak bagi tahu masyarakat kita hanya baca 2 buku setahun. Memang selari sangat dengan apa yang saya tulis kat atas. Baca laporannya kat sini.

Kasi malu sama rakyat India yang baca 35 buku setahun
Kasi malu sama rakyat Siam yang baca buku 25 buku setahun
Kasi malu sama rakyat Indonesia yang baca 18 buku setahun
Malaysia negara maju menjelang 2020...pigidah!!!

04 February 2011

Mohd Shubhi  /  4.2.11  /    /  No comments
Ada manusia berjuang dengan nama bangsa atau agama. Untuk membolehkan dia menegakkan perjuangannya dia memburu kuasa. Alasannya apabila berkuasa dia mampu menegakkan perjuangannya.

Tapi lumrah manusia apabila ada kuasa, dia mula sedar dia mampu memeliki segala-galanya. Lalu dia mula mengumpul harta. Ini tak terkecuali kepada Mubarak. Mari lihat bagaimana dia buat harta.

Mohd Shubhi  /  4.2.11  /    /  No comments
'Ali Jum'ah, Mufti Mesir
Atas nama kuasa, manusia akan menggunakan apa saja untuk memilikinya. Demi kuasa ada yang menggunakan nama agama, ada yang menggunakan nama bangsa, ada yang menggunakan nama keturunan, ada yang menggunakan nama keadilan, ada yang menggunakan nama kebebasan, ada yang menggunakan nama adat, ada yang menggunakan nama raja dan seribu satu macam cara lagi.

Baca luahan Dr Asri, bekas mufti Perlis atas rasa terkilannya terhadap Mufti Mesir Di sini.
Mohd Shubhi  /  4.2.11  /  , ,   /  No comments
Kita lihat banyak usaha dari pihak yang bertanggungjawab mempromosikan negara kita sebagai pusat pelancongan terbaik. Agak-agak dah cukup kah dengan usaha itu untuk menaikkan negara kita?

Kalau nak dikatakan negara kita tak ada banyak tempat menarik, memang ternyata bohong. Negara kita tak kurang hebatnya. Kalau tak ramai orang tahu puncanya banyak terletak bagaimana kita buat promosi. Kalau kita lebih banyak anugerahkan kerja buat promosi pada mereka yang tak berkelayakan, memang tak akan mendatangkan hasil.


Mungkin promosi selama ini hanya sebagai alat saluran jana duit pihak-pihak tertentu. Mereka yang tak tahu malu perah dan belasah duit rakyat untuk kemewahan mereka sendiri. Kenapa saya kata begitu, kerana negara kita tak masuk senaraipun dalam destinasi hebat pelancongan. Lihat senarai bawah:


Ranking %
1. Namibia 96.94
2. Costa Rica 96.92
3. New Zealand 96.13
4. Nepal 95.08
5. Japan 94.77
6. Iceland 93.91
7. Laos 93.85
8. Canada 93.53
9. Syria 92.75
10. Chile 92.73
Senarai top emerging destination pun tak masuk dalam list, tengok senarai kat bawah:
Ranking %
1. Burma/Myanmar 97.14
2. Iran 95.38
3. Bhutan 95.29
4. Mongolia 93.75
5. Rwanda 93.68
6. Ghana 93.33
7. Bosnia & Herzegovina 92.00
8. Malawi 89.33 9. Belize 88.57
9. Libya 88.57
Senarai penerbangan terbaik pun tak masuk tengok senarai kat bawah ni:
Ranking %
1. Singapore Airlines 96.30
2. Japan Airlines 95.38
3. Air New Zealand 88.99
4. Oman Air 88.00
5. Emirates 87.96
6. Korean Air 86.67
7. Qatar Airways 86.40
8. Cathay Pacific 86.00
9. Etihad 84.62
10. Eva Air 84.44
Top lapangan terbang boleh gagah. Masuk juga tetapi tempat kedua terakhir:
Ranking %
1. Singapore Changi 94.40
2. Seoul Incheon 89.60
3. Zurich 89.14
4. Keflavík (Leifur Erikkson) 88.00
5. Hong Kong Int 87.68
6. Vancouver 86.03
7. Tokyo Narita 84.80
8. Amsterdam Schipol 84.27
9. Kuala Lumpur 84.24
10. Copenhagen 84.14
Macammana dengan Top City....hampas..tak masuk juga:
Ranking %
1. Luang Prabang, Laos 96.89
2. Hoi An, Vietnam 96.00
3. Kyoto, Japan 95.63
4. Stockholm, Sweden 93.33
5. Perth, Australia 92.73
6. Tokyo, Japan 92.40
7. San Francisco, USA 92.00
8. Vienna, Austria 91.85
9. Cusco, Peru 91.56
10. Aleppo, Syria 91.54
maklumat di ambil dari sini
Mohd Shubhi  /  4.2.11  /  ,   /  No comments
Mirza Ghulam Ahmad
Kalau nak faham macammana barat maksudkan dengan Islam moderate atau Islam Sederhana, kita boleh mentelaah sedikit berkenaan dengan ajaran pelopor ajaran Ahmadiyah, Mirza Ghulam Ahmad.

Antara ajaran Mirza Ghulam Ahmad yang paling mereka seronok ialah penolakan jihad dalam Islam. Bagi fahaman beliau jihad sudah tidak relevan lagi pada zaman ini, umat Islam perlu menggunakan pen bukan pedang untuk berjihad. Jihad dengan pen bermaksud berhujah dengan ilmu dan kebijaksanaan bagi mengakkan kebenaran.

Ikuti laporan di sini di mana perkumpulan ajaran Ahmadiyah mula mendapat liputan di Portland, Amerika. Mereka ada masjid sendiri bagi mengamal serta meluaskan ajaran mereka. Mereka mendapat sokongan pengganut kristian dengan begitu baik sekali.

Mengikut ramai ulama lama, Mirza Ghulam Ahmad merupakan agen British. Dia digunakan bagi mencapai maksud British 'pecah dan perintah'. Untuk memudahkan British mengawal umat Islam, mereka mengalu-alukan perpecahan fahaman yang membawa permusuhan.

Baca maklumat lengkap mengenai Mirza Ghulam Ahmad di sini.
Mohd Shubhi  /  4.2.11  /  , ,   /  1 comment
Pintu masuk ke Taman Kelip-Kelip. Ini contoh gambar amatur yang sering
terpengaruh untuk masukkan sebanyak mungkin apa yang dilihat dalam
photo. Selepas ambil dan review kat rumah baru perasan. Mungkin jika
ambil signboard dan dinding sahaja mencukupi untuk bahan cerita.
Dah lama dengar cerita mengenai taman kelip-kelip di Kuala Selangor selama ini, tapi tak pernah cuba pergi tengok apa ada di sana. Cuti tahun baru cina kali ini elok juga pergi tinjau kat sana daripada balik kampung dan turut menyumbang kesesakan lebuh raya.

Kalau dari Puchong nak ke sana ada banyak jalan satu melalui Klang dan terus ke arah Kuala Selangor. Satu jalan lagi ikut Puncak Alam dan ke Kuala Selangor melalui Ijok, jalan ini yang saya ambil untuk pergi.


Ada Masjid sebelah taman. Mudah utk
solat magrib sebelum naik sampan
menyusuri sungai yang hanya dibuka
selepas magrib.
Dari Puncak Alam melalui Ijok jaraknya lebih kurang 40 km, jauh juga tu, tapi suasana jalan yang melalui kampung dan pekan serta estet menghilangkan rasa lama dan jemu memandu. Ditambah pula dengan kereta yang tak banyak, pemanduan menjadi leka dan sedar-sedar dah sampai kat simpang yang menunjukkan arah ke kampung Kuantan.

Misi yang paling utama sebenarnya nak pergi ambil gambar. Kali nak cuba praktis konsep yang baru dibaca dalam sebuah buku photography mengenai garis panduan mengambil gambar yang baik. Tekniknya mudah sahaja.

  1. Fill-up the frame.
  2. Make it simple
Bila baca garis panduan di atas rasa macam amat mudah seumpama makan kacang, bila sampai di lokasi puas melilau tak jumpa idea gambar macam mana nak ambil untuk terjemahkan maksud di atas. Memang betul kata orang, bahagian yang paling sukar sekalai dalam dunia photography adalah bahagian komposisi.

Taman permainan juga ada tersedia di
sebelah deretan gerai jualan.
Sehebat dan semahal manapun kamera yang kita miliki ia hanya membantu mungkin sekadar 10% sahaja bagi menghasilkan gambar yang baik, selebihnya bergantung kepada skill mata jurugambar melihat dan merakam. Patutlah saya lihat juruphoto pro. masih tetap menghasilkan gampar yang cukup hebat walau hanya dengan menggunakan kamera handphone.

Gerai ringkas menjual kuig tradisional, snack dan
minuman
Walau bagaimanapun saya belasah juga ambil beberapa gambar untuk tatapan dan bahan uji. 

Kelip-kelip penuh di sepanjang sungai ini pada waktu malam.

Jeti tempat naik sampan. Kelihatan pengayuh sampan sedang melepak
tunggu pelanggan. Mereka merupakan warga tempatan.
Pegusaha sampan sedang menyusun dan menyediakan sampan-sampannya
Suasana kampun terasa dengan keriuhan kicauan burung di Kampung Kuantan

03 February 2011

Mohd Shubhi  /  3.2.11  /  ,   /  No comments
Kaum wanita di Bangladesh berdemo membantah diskriminasi
fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh para Mullah di sana yang
dilihat tidak mesra wanita.
Hena Begum baru berumur 14 tahun dan dia dikatakan menjadi mangsa rogol oleh seorang lelaki, Mahbub yang berumur 40 tahun yang ada hubungan persaudaraan dengannya. Kejadian berlaku pada hari ahad.

Kegiatan tersebut dikesan oleh penduduk kampung termasuk isteri perogol dan pada hari isnin mereka membawa Hena ke muka pengadilan ulama kampung. Fatwa dikeluarkan di mana Hena dihukum sebat sebanyak 100 kali. Hukuman dijalankan segera.


Ada laporan juga menyatakan Hena dipukul oleh saudara mara Mahbub sebelum dia dibicarakan di depan para penguasa kampung.

Baru 80 kali sebatan, Hena dilaporkan pengsan dan dibawa ke pusat rawatan. 6 hari kemudian Hena yang baru berumur 14 tahun itu, dan menjadi mangsa rogol meninggal dunia. Mungkin para ulama kampung, isteri kepada perogol dan juga perogol itu sendiri berasa puas dengan apa yang berlaku.

Apa yang berlaku pada Mahbub, tidak pula dilaporkan. Dan apa sebenarnya yang berlaku juga tidak diketahui. Namun kita perlu lihat dan berfikir dalam hal ini dan belajar sesuatu darinya untuk menjaga nama baik agama.

Apa orang lain kata terutamannya pihak barat memang tak penting jika kita sudah melakukan yang terbaik atas niat ikhlas mematuhi suruhan Tuhan. Tetapi sekurang-kurangnya segala ruang fitnah yang memberikan kesan buruk lebih besar kepada Islam dan masyarakatnya perlu diambil kira.

Baca laporan di sini dan juga kat sini.
Mohd Shubhi  /  3.2.11  /    /  No comments
Awas kaum wanita di Malaysia....!
Berikut adalah kadar kejadian rogol yang berlaku pada setiap seribu orang penduduk bagi setiap negara. Afrika Selatan menduduki carta teratas sebagai negara yang paling tinggi kejadian rogol berbanding seluruh negara lain. Bagi setiap 1000 orang penduduk, terdapat sebanyak 1.2 kejadian rogol berlaku.

Negara kita menduduki tangga ke 38 dalam carta dunia. Ini menjadikan negara kita sebagai sebuah negara top 50 di hadapan beratus lagi negara yang lain. Apa malangnya negara kita ini yang kita war-warkan sebagai negara Islam. Kenapa manusia yang bernama rakyat Malaysia begitu rakus sekali?.


Lihat laporan dari media yang saya lampirkan di bawah sekali. Masalah utama datang dari bangsa Melayu. Masalah kejadian rogol juga banyak berlaku dikalangan orang Melayu. Apa lagi yang mahu kita banggakan dengan bangsa kita sendiri. Ayuh! berubahlah...bangunlah...fikirkanlah....




# 1 South Africa: 1.19538 per 1,000 people 



# 2 Seychelles: 0.788294 per 1,000 people 



# 3 Australia: 0.777999 per 1,000 people 



# 4 Montserrat: 0.749384 per 1,000 people 



# 5 Canada: 0.733089 per 1,000 people 

.

.
.
.

# 35 Belarus: 0.0514563 per 1,000 people 



# 36 Uruguay: 0.0512295 per 1,000 people 



# 37 Lithuania: 0.0508757 per 1,000 people


# 38 Malaysia: 0.0505156 per 1,000 people 



# 39 Romania: 0.0497089 per 1,000 people 



# 40 Czech Republic: 0.0488234 per 1,000 people 



# 41 Russia: 0.0486543 per 1,000 people 



# 42 Latvia: 0.0454148 per 1,000 people 



# 43 Moldova: 0.0448934 per 1,000 people 



# 44 Colombia: 0.0433254 per 1,000 people 



# 45 Slovenia: 0.0427648 per 1,000 people 



# 46 Italy: 0.0402045 per 1,000 people 



# 47 Portugal: 0.0364376 per 1,000 people 



# 48 Tunisia: 0.0331514 per 1,000 people 



# 49 Zambia: 0.0266383 per 1,000 people 



# 50 Ukraine: 0.0244909 per 1,000 people 



# 51 Slovakia: 0.0237525 per 1,000 people 


# 52 Mauritius: 0.0219334 per 1,000 people 


Melayu Paling Ramai Melacur


Oleh Shahrullizan Rusli



KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama)-- Wanita Melayu, ada yang semuda 15 tahun, PALING RAMAI terjebak dengan pelacuran kebanyakannya kerana ingin hidup mewah.



Statistik Polis Kuala Lumpur menunjukkan wanita Melayu yang menjadi pelacur sangat tinggi iaitu 60 peratus, diikuti Cina dengan 30 peratus dan bangsa lain 10 peratus, termasuk kaum India dua peratus.

Ketua Bahagian Judi, Maksiat dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur, Supt Mohd Fawzy Arshad, berkata remaja Melayu bawah umur yang terlibat dengan pelacuran juga tinggi pada tahun 2002 iaitu 28 orang.



"Tekanan hidup di kota metropolitan menyebabkan mereka memilih jalan mudah," katanya kepada Bernama di IPPKL.

Katanya, pelacur paling muda ditangkap pada tahun lepas merupakan gadis Melayu berusia 15 tahun dan yang paling tua dalam lingkungan 40-an.



Polis menjalankan operasi hampir setiap hari pada tahun lepas dan tempat yang menjadi sasaran ialah rumah urut, kelab, salun, disko, tempat awam, hotel dan rumah persendirian.



Kesemuanya, polis melancarkan 1,810 serbuan dan menangkap 1,334 pelacur, tahun lepas.



Daripada jumlah itu, wanita dari negara China adalah seramai 486 orang, Indonesia (43) Thailand (252), Uzbekistan (48), India (41), Filipina (35), Vietnam (34), Kemboja (empat), Russia (lima) dan Myanmar (satu) manakala 419 adalah rakyat tempatan.



Pada Januari dan Februari tahun ini pula, polis membuat 299 serbuan dan menahan hampir 200 orang pelacur.



Penolong Pengarah Penguatkuasa, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Nik Azlan Nik Man berkata, pelacur Melayu yang ditemui di ibu negara oleh jabatan itu berusia antara 17 dan 50 tahun.



Beliau bersetuju bahawa tekanan hidup di bandar menyebabkan seseorang wanita itu menjadi lemah imannya.



"Ada yang ghairah dengan kebendaan, ada yang suka-suka melacur dan ada juga yang tidak dapat menahan nafsu," kata Nik Azlan di pejabatnya di Pusat Islam.



Kes jenayah syariah seperti pelacuran meningkat dari tujuh kes pada tahun

2000 kepada 42 kes sehingga Disember 2002.



Dalam tinjauan Bernama di sekitar Bukit Bintang, Chow Kit dan Brickfields, wartawan berpeluang berbual dengan seorang pelacur Melayu yang hanya mahu dikenali sebagai "Nora", berusia dalam lingkungan awal 30an.



"Saya mula rosak selepas mengadakan hubungan seks dengan teman lelaki semasa

bercinta. Kami duduk serumah selama dua tahun dan akhirnya saya
meninggalkannya," katanya.



Semasa menyewa di Brickfields bersama seorang teman wanita, Nora mula terpengaruh dengan video lucah yang ditonton hampir setiap hari.



Aktiviti pelacurannya bermula pada sebelah malam dan dia tidak dikawal oleh mana-mana "bapa ayam" malah mengakui kebanyakan pelacur Melayu di sini melakukan kerja itu dengan rela.



Nora mengaku beberapa orang rakannya berhenti menjadi pelacur selepas berkahwin dan suami mereka kebanyakan adalah bekas pelanggan.



Katanya, kerana wajahnya yang masih cantik, dia berupaya mendapat sehingga RM10,000 sebulan.-- BERNAMA



Remaja Melayu Bermasalah


Masalah sosial dan akhlak yang berlaku di kalangan remaja Melayu dewasa ini perlu diambil iktibar dan tindakan segera agar tidak membarah.



Statistik menunjukkan pelbagai jenayah dan penyakit sosial seperti kes ragut, buang bayi, dadah, mencuri, lepak dan seks luar nikah semakin menjadi-jadi di kalangan remaja Melayu.



pix



Kajian Universiti Putra Malaysia (UPM) mendapati 300 remaja Melayu yang berusia 13 hingga 25 tahun terlibat dengan salah laku seksual dan seks bebas. Menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pula, sebanyak 81,000 anak luar nikah telah didaftarkan.



Kesemua fakta-fakta di atas sudah cukup untuk masyarakat Melayu kita memulakan langkah drastik bagi membendung gejala sosial ini. Semua pihak terutamanya kerajaan perlu serius dalam menangani kebejatan akhlak remaja Melayu dewasa ini.



Elak Jadikan Artis Tidak Berakhlak Sebagai Idola. Kaitannya Dengan Masalah Remaja - Fatin Nur Majdina Nordin.



Artis khususnya penyanyi dan pelakon sering dijadikan idola dan ikon dalam masyarakat terutamanya oleh golongan remaja Melayu.



Seorang artis wanita pernah mengeluarkan kenyataan bahawa artis tidak patut dicontohi dan beliau tidak akan membenarkan anak-anaknya menjadikan artis sebagai idola. Pelbagai reaksi diberikan kepada kenyataan tersebut. Hakikatnya kata-katanya itu ada kebenarannya. Lihat sahaja kepada etika pemakaian artis yang kadang-kala menjolok mata dan tidak sopan.



Seringkali pelbagai isu dan kontroversi kedengaran dan ini mengambarkan mereka golongan yang bermasalah. Namun, tidak semua artis yang begitu, pepatah Melayu ada mengatakan ‘kerana nila setitik habis susu sebelanga’.



Permasalahannya bukanlah nila, susu dan belanga tetapi soal etika, peribadi, akhlak dan adab artis yang majoritinya Melayu Islam yang terkenal dengan nilai ketimuran seperti budi pekerti yang luhur, sopan santun dan beradab.



Masyarakat Melayu Islam seperti sudah hilang malu dan pedoman dalam pergaulan dan tindakan. Bergambar dengan aksi menggoda dan berpakaian tidak menutup aurat dikatakan masih dalam batasan? Berpegang dan berpelukan antara lelaki dan perempuan dan tidak menutup aurat dikatakan sopan dan masih tidak melanggar batasan?



Kesemua kes dan kajian akhirnya akan menjurus kepada keruntuhan akhlak masyarakat khususnya generasi remaja Melayu. Apa akan jadi kepada generasi muda Melayu kita jikalau rata-rata mereka bermasalah? Generasi baru inilah yang akan naik menggantikan generasi pemimpin sekarang.



Melayu harus lebih peka memikirkan nasib bangsa dan tumpuan seharusnya diberikan kepada generasi muda supaya mereka tidak mudah hilang jati diri. Namun kesemuanya tidak akan berhasil jika kita masih tidak kembali kepada Allah.



Muhsin, Mukhlis dan Ilmu Wajib dalam Membentuk Generasi Muda Melayu – Harussani Zakaria.
Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search