Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

07 March 2011

Mohd Shubhi  /  7.3.11  /  ,   /  No comments
Dah pukul 12.44 sekarang. Masih tak tidur lagi layari internet. Kebetulan line broadband ok di sebelah Johor ni, bolehlah post gambar lebih sikit. Esok kapal akan bertolak menuju ke Pulau Sapi melalui perairan antara bangsa. Kapal perlu lintas ke seberang sana berhampiran Sumatera untuk meneruskan perjalanan. Entah boleh dapat signal atau tidak tak taulah!.

Masuk hari kedua ni baru faham apa yang selalu disebutkan kapten. Kalau rasa semak dada banyak masalah kat darat, naik kapal ke laut hilang semuanya ditinggalkan di darat. Saya cuba nak fikirkan pasal niaga yang terpaksa ditinggalkan di darat, tapi tak pernah boleh layan lebih dari 5 saat, ia hilang begitu saja. Fikiran hanyut tak fikirkan apa-apa. Asyik melihat suasana sekeliling dan leka dibuai angin laut.

Betul kata kapten, bukan buat-buat, tapi memang tak berjaya beri tumpuan untuk fikirkan masalah di darat. Nasib baik saya ada banyak bawa buku untuk dibaca, jadi masa dapat digunakan dengan lebih berfaedah daripada termenung dan mundar mandir sekeliling kapal.

Tengok berita di tv tadi dapat tahu BNmenang besar di kedua-dua tempat di Merlimau dan juga di kerdau. Menjadikan kedudukan antara BN dan PR seri 8 sama. Sejak Pru-12 pada 2008 dahulu telah ada 18 PRK. Mula-mula PR nampak garang belasah BN liau-liau kata orang hokkien.

Sebagaimana yang digenburkan oleh media BN, rakyat telah kembali menyokong mereka. Dengan kemenangan terakhir ini, mereka semakin mendabik dada dan yakin mampu membelasah PR jika PRU-13 diadakan pada bila-bila masa. Adakah trend PRU akan berkekalan, setiap kali kalah teruk, BN akan kembali dengan menang besar pada PRU yang berikutnya. Sama-sama kita tunggu nanti.

Tadi sempat saya baca sepintas lalu ada NGO yang menuntut buku Interlok tidak dihidangkan kepada para pelajar atas alasan ia bertentangan dengan agama Islam, ia bakal merosakkan pelajar sekolah jika mereka membaca buku tersebut.

Mungkin ada kebenarannya jika apa yang budak-budak baca mereka ambilnya menjadi pegangan hidup. Kalau ada asas agama dan berilmu mungkin apa yang dihidangkan dalam buku tersebut sebenarnya bakal menjadi bahan lucu. Tentu ramai yang terkejut dengan kepercayaan orang melayu dahulu pada bomoh.

Entahlah apa nak jadi dengan masyarakat kita. Dalam hal buku, ramai pulak yang bangun tentang, mereka memang tak suka rakyat membaca agaknya. Oklah masa dah nak tamat. Jumpa lagi.
Mohd Shubhi  /  7.3.11  /  , ,   /  No comments
Sebaik saja mendarat ke tepian, pak cik orang asli ini tersenyum girang melihat telatah semua orang yang sampai dan berebut-rebut turun melihat perkampungan orang asli. Dia tersenyum simpul dari mula hingga akhir. Senyum penuh tanda tanya...apa yang difikirkannya agaknya?

Seorang ibu dan anak-anak orang asli merenung jauh ke sungai tanpa menghiraukan ramai pengunjung berkerumun sekitar kampung mereka.

Tenang melihat gelagat pengunjung.

Anak dara orang asli menyorok malu gambar mereka di ambil ketika mandi. Lihat sampan dari kayu balak yang ditebuk. Perhatikan juga warna air sungai yang keroh dan berselut. Saya bertanya kepada warga tempatan kenapa air jadi begitu? kata mereka ia adalah akibat dari aktiviti pembalakan dan pembangunan yang membuatkan air selut mengalir dari darat ke sungai. Memang benar kerosakan muka bumi ini adalah hasil dari tangan manusia itu sendiri.

Pengunjung luar negara diberi penerangan tentang orang asli.

06 March 2011

Mohd Shubhi  /  6.3.11  /  ,   /  No comments
Ada kapal ada kelasi...
Lepak hisap rokok daun...jimat

Susun tali kapal

Breifing

Makan pagi

Tengok-tengok

Masih ada line...sempat sms

Tok Imam

Batang kren

Tak buat apa

Dalam wheel room


Paper lamapun boleh baca lagi

Mana-mana boleh baca

Relak sebentar


Sediakan barang selam


Campak sauh

Check perut kapal

Lepak santai dalam bilik makan

Batu gantung

Makan sambil nonton tv

Dalam bilik kapten

Chef siap makanan

Asyik potong sayur. Pandangan dari skylight door

Dalam perut kapal

edit gambar...

Ambil gambar

Potong rambut

Tengok show potong rambut
Mohd Shubhi  /  6.3.11  /  , ,   /  No comments
Lepak ketika kapal berlabuh. Pandangan dari dapur keluar

Pulau Karimun, Indonesia

Damai di waktu petang di Tanjung Piai

Penguasa marin Malaysia meronda...

Kapal lebih banyak di sini. Berbagai jenis rupa bentuk kapal yang tak
pernah dilihat di Klang

Kapal layar mat saleh

Warna keemasan matahari terbenam...Indah

Kari ikan tuna segar yang diambil dari kapal nelayan
Mohd Shubhi  /  6.3.11  /  , ,   /  No comments
Sekitar pemandangan yang sempat diambil pada hari pertama waktu berlabuh di Melaka....

Suasana atas dek waktu matahari terbenam
Solat magrib berjemaah


Damai waktu petang dengan warna langit yang indah

Matahari nak terbenam

Tunggu matahari terbenam sambil menghirup udara laut

Matahari terbenam dilindungi awan



Kelihatan 3 buah kapal berderetan bergerak menuju ke klang

Dah terbenam

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search