Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

07 May 2011

Mohd Shubhi  /  7.5.11  /    /  No comments
Wanita Asia tidak kurang hebatnya juga dalam mencuba fesyen-fesyen luar biasa yang kadangkala lebih teruk dari wanita barat.

Kebiasannya kita disogokkan dengan fahaman bahawa budaya asia adalah budaya lemah lembut dan pemalu yang membezakan diri kita dari budaya barat.

Sebenarnya budaya barat yang tulin lebih menampakkan kesopanan dan bertamadun daripada budaya kita. namun budaya sonsang yang sesat hanyalah dipelopori oleh sebahagaian daripada manusia yang cuba lari dari fitrah kejadian manusia.


Dalam buku Farish Nor, ada mencatatkan bagaimana kebudayaan orang asia pada suatu ketika dahulu sebelum kedatangan agama Islam, yang mana banyak budaya yang berorientasikan keseronokan dan juga amalan seks sonsang berlaku secara berleluasa di nusantara ini. Sudah tentu kita tak akan mengaku yang begitulah budaya orang timur.

Tengok koleksi fesyen pelek wanita asia di sini.
Mohd Shubhi  /  7.5.11  /  ,   /  No comments
Pengasas wikileaks mengeluarkan pendapat di atas ketika ditemuramah oleh media Rusia baru-baru ini. Setiap kali anda menambah senarai rakan baru anda di FB, sebenarnya anda sedang memberikan maklumat secara percuma kepada agensi perisikan Amerika.

Rumusannya adalah FB amat tak guna dan soalan yang patut kita tanya adalah, "mungkinkah dunia akan lebih baik tanpa facebook", begitulah kata Assange.

Ada benarnya kata-kata pakar dedah tersebut. Kita sebenarnya mendedahkan habis semua maklumat tentang diri kita dengan menggunakan FB ini. Habis kita bogelkan diri kita setiap kali kita mengemaskini maklumat FB.

Bolehkan kita mengelakkan diri kita dari FB? Baca kata-kata beliau di bawah dan lihat rakaman video:

"Facebook in particular is the most appalling spying machine that has ever been invented. Here we have the world's most comprehensive database about people, their relationships, their names, their addresses, their locations and the communications with each other, their relatives, all sitting within the United States, all accessible to US intelligence. Facebook, Google, Yahoo - all these major US organizations have built-in interfaces for US intelligence. It's not a matter of serving a subpoena. They have an interface that they have developed for US intelligence to use," Assange noted in his interview with Russia Today.


06 May 2011

Mohd Shubhi  /  6.5.11  /  ,   /  No comments
Pertamanya, apa itu Nadir Bumi (Rare Earth) ? 


Ianya adalah mineral atau batuan yang jarang ditemui di dalam bumi. Nadir Bumi ini dijadikan bahan asas untuk pembuatan barangan. 


Kereta Hybrid yang dikatakan selamat untuk alam sekitar sebenarnya adalah sebaliknya dalam proses pembuatannya.

Setiap motor untuk kereta Toyota Prius Hybrid mengandungi satu kilo Neodymium dan setiap baterinya pula mengandungi lebih dari sepuluh kilo Lanthanum.


Antara elemen atau jenis Nadir Bumi ini dan produk yang dihasilkan ialah :
Prometium - Bateri Nuklear


Scandium - Diguna untuk pembuatan peralatan aeroangkasa

Yttrium- Digunakan dalam pembuatan konduktor bersuhu tinggi dan penapis gelombang mikro

Lanthanum - Kaca refleksi tinggi, penyimpanan hidrogen, elektrod batteri, lensa kamera

Cerium - Agen Pengoksida, Serbuk pengilat, pewarna ceramic

Praseodymium - Magnet, laser, komponen lampu berkarbon, pewarna kaca dan gelas, pembuatan kacamata keselamatan

Thulium - Pembuatan mesin X-Ray mudah alih

Ytterbium - Agen pengurangan kimia, laser inframerah

Terbium - Pembuatan lampu kalimantan, laser

Gadolinium - Kaca refleksi tinggi, laser, tube x-ray, memori computer (RAM), agen MRI

Neodymium - Magnet, laser, pewarna ungu untuk kaca dan ceramic, kapasitor seramik



Pemprosesan Nadir Bumi (Rare Earth) terbesar didunia bertapak di negara China. Hampir 95% pemprosesan Tanah Jarang adalah dilakukan di negara China. Pemprosesan ini mendatangkan banyak kesan negatif kepada penduduk China, terutamanya kepada penduduk yang tinggal berhampiran kawasan pemprosesan ini.

Air yang terdapat dikawasan sekitaran didapati tercemar dengan bahan radioaktif dan tidak sesuai untuk diminum ataupun digunakan untuk penanaman. Bahan kimia bertoksik tinggi seperti asid, sulfat dan ammonia banyak digunakan dalam aktiviti pemprosesan ini.


Di wilayah Boutou, China, pihak pengkaji alam sekitar telah melarang air didaerah itu diguna untuk minum samada oleh manusia ataupun haiwan. Air di sana juga dilarang untuk tujuan penanaman.


Kini China mula mengurangkan pengeluaran Tanah Jarang akibat dari simpanan Tanah Jarang negara mereka yang semakin berkurangan. Tetapi permintaan untuk Tanah Jarang semakin tinggi kerana kebanyakan pembuatan bahan berteknologi memerlukan mineral dari Tanah Jarang.

Kalau kita mahu mengurangkan penggunaan bahan bakar seperti petroleum, kita perlu teknologi Hybrid. Teknologi Hybrid cuma boleh terhasil dengan penggunaan mineral dari Tanah Jarang.


Di China, pencemaran radioaktif dan alam sekitar dalam pengeluaran Nadir Bumi ini sudah lama dikenal pasti, tetapi kerajaan negara itu tidak menghentikan pengeluaran Nadir Bumi ini kerana ingin menguasai permintaan dan pasaran dunia. 

Mohd Shubhi  /  6.5.11  /  , ,   /  2 comments
Kajian menunjukkan mereka yang mencarut atau menyumpah atau maki hamun dapat melegakan kesakitan yang sedang dialami.

Pakar megatakan ianya baik untuk kesihatan jika digunakan secara berhemat. Mereka yang jarang mencarut atau maki hamun didapati mampu menahan kesakitan selama 45 saat lebih lama daripada tidak mencarut.

Betulkah begitu?. Kekadang bila kita sakit terutamanya sakit hati, bila dilepaskan dengan menjerit serta memaki hamun perkara yang kita sakitkan tersebut memang dapat melegakan seketika perasaan yang gundah gulana.

Tetapi perlu diingat kesan selepas daripada mencarut itu boleh mendatangkan kemudaratan, apatah lagi jika kita sakit hati pada seorang kaki pukul lalu maki hamun didepannya, kita tak perlu tunggu lama untuk mendapat kesakitan yang lain pulak! Jadi jangan maki hamun main sedap hati saja.

Sesungguhnya sabar itu lebih baik.

Laporan asal kat sini.

05 May 2011

Mohd Shubhi  /  5.5.11  /    /  2 comments
Dengan kelajuan peluru bergerak sepantas 3,200 kaki sesaat, ia menerobos masuk ke dalam kepala anda dan keluar semula dengan amat pantas. 

Keupayaan berfikir, mengenang peristiwa, mencongak rasa hilang dengan kadar segera. Keseluruhan sistem otak berhenti berfungsi dengan pantas dan segera.

Jika anda di tembak pada bahagian dada, anda mempunyai masa antara 10 ke 15 saat untuk menyesali apa yang berlaku, berfikir sebentar macam mana nak jatuh atau menyedut beberapa perkataan terakhir dalam hidup anda sebelum otak anda berhenti berfungsi.


Jadi jika anda diberi pilihan untuk ditembak mati samada di kepala atau di dada, pilihlah di kepala, ia akan jadi kematian pantas dan tidak menyiksakan.

Tapi ingat...kesakitan yang kita panggil sakaratul maut itu tiada sesiapa yang akan dapat melarikan diri daripadanya walau dengan cara apa sekalipun anda mati.

Baca artikel asal yg lengkap di sini
Mohd Shubhi  /  5.5.11  /  ,   /  No comments
Umno hasut warga tua Pulau Pinang untuk kembalikan sumbangan kerajaan negeri RM100 seorang. Alasannya adalah kerana Kerajaan Negeri menggunakan wang hasil sumbangan dari syarikat judi.

Lantaran fatwa Umno Pulau Pinang mendakwa bahawa mereka menerima wang haram dan mengambil wang tersebut adalah haram, maka berebut-rebutlah makcik pakcik mengembalikan wang tersebut kepada Umno yang menjadi wakil pengutip.

Ada yang sampai menangis ketika mengembalikan wang tersebut. Tak pasti pulak samada sedih terpaksa pulangkan wang atau kerana sedih menerima wang hasil judi, tapi Umno berjaya mengutip sebanyak RM23,700. Bermakna seramai 2,370 telah mengembalikan wang yang mereka dapat.


Umno lalu mengeluarkan cek dalam jumlah yang sama dan masukkan ke dalam akaun kerajaan negeri. Lantaran itu Lim Guan Eng memberi arahan agar cek dalam jumlah yang sama hendaklah dipulangkan semula kepada Umno, dia tak buloq duit dari Umno, lagipun kerajaan negeri tak pernah sumbang pada Umno Pulau Pinang. Semua itu tak ada kena mengena dengan Umno Pulau Pinang, memang patut berikan semula.

Jadi sekarang Umno ada lebihan RM23,700 yang sesiapapun tak mau terima, dilema jugak jadinya!. Saya syorkan Umno Pulau Pinang panggil balik semua yang memulangkan wang tersebut dan sumbangkannya semula dengan mengatakan ia adalah hasil sumbangan Umno Pulau Pinang, selesai cerita.

Dengan berbuat begitu, Umno gerenti dapat nama dan depa berkemungkinan besar akan dapat menawan kembali Pulau Pinang, undi warga tua yang dapat sumbangan RM100 seorang dari Umno itu sudah tentu masuk ke dalam peti undi Umno.

Satu lagi jalan penyelesaiannya adalah Umno berikan senyap-senyap pada Baitulmal Pulau Pinang berserta dengan senarai mereka yang memulangkan wang tersebut. Kemudia Baitulmal panggil semua mereka tersebut dan sumbangkan seorang RM100 seorang, depa tentu ambil sebab wang itu daripada baitulmal.

Kalau itupun tak mau juga, bagi kat saya untuk diperniagakan dan semua yang menyumbang RM100 akan berkongsi 50/50 dengan saya hasil keuntungannya selama ia diperniagakan. Sila hubungi saya jika berminat. Saya nasihatkan pilihlah cadangan ketiga tersebut. Hahaha!

04 May 2011

Mohd Shubhi  /  4.5.11  /    /  2 comments
Kalau muka tak berapa cantik, kita buat macam ni:


Kalau muka memang dah cantik pula kita buat macam ni:


Hahaha! memang kita suka pada benda yang cantik.
Mohd Shubhi  /  4.5.11  /  ,   /  2 comments

Samada Osama Bin Laden itu mati atau tidak mati bukan lah satu masalah besar bagi para pejuang yang satu fahaman dengannya. Rangkaian Al-Qaeda dan organisasi yang seumpama dengannya kini berada di mana-mana, malah lebih banyak daripada kewujudan Pusat ketenteraan Amerika di serata dunia. Apakah yang Osama Laden berjaya buktikan?
  1. Dia berjaya membuktikan bahawa untuk menjadi satu kuasa besar yang ditakuti sebenarnya tidak memerlukan pemilikan sebuah negara. Bumi Allah ini luas dan memang diwariskan kepada mereka yang ikhlas beramal kerana Tuhannya.
  2. Seorang Islam yang percaya pada Allah dan berusaha membuat sesuatu sebaik mungkin sudah pasti akan berjaya di peringkat tertinggi. Osama Laden menjadi contoh alang-alang menjadi pengganas (sebagaimana yang dilabelkan Amerika), biarlan sehingga ke tahap anratabangsa atau orang putih kata "world class".
  3. Menjadi seorang pemimpin sesebuah negara yang hanya memikirkan kemajuan dan kesenangan dunia sebagai matlamat utama, hanya mendedahkan diri kita untuk tunduk kepada negara kuasa besar materialistik yang zalim seperti Amerika dan konco-konconya. Lebih baik jadi orang biasa yang hanya memperhambakan dirinya pada Allah Taala, tetapi di geruni oleh semua kuasa besar macam Osama.
  4. Asama juga membuktikan bahawa apa saja yang kita buat samada baik atau tidak baik, ikhlas atau tidak ikhlas, pasti akan ada saja orang yang tak suka. Sebagaimana dirinya dituduh sebagai ciptaan CIA. Dia juga di tuduh tidak wujud. Ada yang kata dia sesat, ada pula yang memandang tinggi padanya, ada juga yang tak memperdulikannya dan macam-macam lagi. Jadi kalau nak ikut orang buat apapun tak kena.
  5. Ajal maut itu di bawah kuasa pentadbiran Tuhan. Walaupun Osama menjadi buruan seluruh kusa besar dunia. Dia masih juga hidup sehingga tua, walaupun akhirnya dia didakwa di tembak mati. Bukan kerana Amerika cekap, atau kerana Osama tidak cekap, tapi ajalnya sudah tiba.
  6. Kematian Osama mengajak pengikutnya atau peminatnya bermuhasabah diri sendiri samada mereka terlalu taksub dengannya atau terpegun dengan Penciptanya. Bagi yang taksub dengan Osama mungkin bermatian menolak yang Osama telah meninggal dunia. Sebaliknya bagi yang taksub dengan Pencipta Osama, dia akan mendoakan Osama moga mendapat pengampunan dari Penciptanya.
  7. Osama sudah menamatkan pengembaraannya di dunia, dia meneruskan perjalanan yang lebih jauh bersama dengan bekalan yang telah diusahakannya di atas muka bumi ini. Dia tidak pernah meminta dipuji malah dia hidup sentiasa dalam buangan, sedangkan jika dia mahu dia boleh menjadi seperti orang biasa lain dan bersenang-senang dengan kemewahan yang dia ada. Jalan yang dipilihnya adalah satu dalam sejuta. Apakah pula kesudahan kita yang masih hidup ini, bagaimana kematian kita, apa pula bekalan kita.
Baca perutusan Nik Aziz pada Osama di bawah:

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.


Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.

02 May 2011

Mohd Shubhi  /  2.5.11  /    /  2 comments

Singapura menyaksikan peningkatan jumlah wanita yang megalami masalah ketagihan menonton filem porno. Mereka akan terperangkap berjam-jam di depan skrin komputer bagi melepaskan gian mereka.

Ramai yang beralih kepada filem porno bagi melayan keinginan mereka  setalahbmengalami masalah dalam perkahwinan. Ada juga yang memang telah lama menjadi peminat porno walaupun sebelum adanya kemudahan porno melaui internet.
isteri ketagih seks
Kalau dulu mereka mendapatkan bahan porno melalui majalah-majalah dari luar negara, kini kemudahan menonton bahan porno amat mudah sekali melalui internet.


Kejadian wanita ketagihan filem porno bukan saja berlaku di Singapura malah Guardian melaporkan bahawa wanita di UK juga mengalami masalah yang sama.
Mohd Shubhi  /  2.5.11  /    /  No comments
Seorang wanita dalam lingkungan 30-an kini sedang koma dan bergelut dengan maut akibat ditikam oleh suaminya.

Mereka dilaporkan bertengkar sebelum itu dan pada waktu subuh, si isteri mengejutkan suami untuk bersolat subuh.

Kali pertama dia bangun dan pukul isterinya dan memberikan amaran jangan ganggu. Tapi si isteri masih juga kejut lalu terus menerima akibat dengan ditikam.

Apa puinya suami tak reti bersyukur dapat isteri bagus macam tupun ditikamnya. Pada para isteri, kalau dah tahu suami jenis panas baran, janganlah nak coba-coba kasi dia naik darah.

Laporannya di sini

01 May 2011

Mohd Shubhi  /  1.5.11  /    /  No comments

Memandangkan sumpah telah menjadi satu keperluan dalam hidup sesetengah rakyat Malaysia bagi menyatakan kebenaran, maka kita mulakan entri ini dengan sumpah.

Ia mengenai koleksi 168 gambar super hebat yang diambil oleh orang ramai menggunakan hanya telefon bimbit. Lihat contoh gambar-gambar di bawah:













Anda boleh tengok keseluruhan koleksi gambar di sini.
Mohd Shubhi  /  1.5.11  /  ,   /  5 comments
Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes bin Abdul Wahid di tanya melalui sms ketika beliau berada di Mekah menunaikan umrah. Dia ditanya tentang isu Datuk T yang bersumpah di Masjid Sentul mengaku terlibat dan sama-sama bersekongkol dengan pelanggan jalang yang dituduh sebagai seorang pemimpin pembangkang.

Dato' Mufti menunjukkan sms tersebut pada seorang kawan yang kebetulan bersama dengannya menunaikan umrah ketika itu, sambil mengeluh rasa malu pada orang bukan Islam terhadap kelaku Datuk T, tiga bersekongkol.

Kata Dato' Mufti, dia dah jawab isu yang sama ketika Saiful bersumpah diliwat dulu. Kata beliau, Undang-undang menuntut pembuktian serta saksi penghakiman. Tapi malangnya sumpah dijadikan sebagai mainan untuk membuktikan kesalahan orang.

Adakah dengan bersumpah maka terbukti orang yang dituduh bersalah? sudah tentu tidak. Kalau nak buktikan tertuduh bersalah bawalah dia ke muka pengadilan berserta dengan bukti yang kukuh, bukannya dengan bersumpah.

Ramai juga orang kita yang terpengaruh dan terikut-ikut dengan mainan bersumpah ini lalu mendesak orang yang dituduh turut sama bersumpah. Apabila orang yang dituduh tidak mahu bersumpah lalu dikatakan memang dia bersalah kerana takut bersumpah, undang-undang mana yang mereka ikut?

sumber asal kat sini.

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search