Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

07 September 2011

Mohd Shubhi  /  7.9.11  /    /  No comments
Lee Kuan Yew di zaman mudanya
pernah menangis teresak-esak di
mata umum apabila mengumumkan
Sinagpura dipisahkan daripada jadi
sebahagian daripada Malaysia.
Agensi anti-perisikan antarabangsa Wikileaks mendedahkan bahawa Lee Kuan Yew, bekas Perdana Menteri Singapura menyifatkan bahawa Islam merupakan satu agama yang merbahaya. Kentaan itu dikatakan disebut Lee Kuan Yew pada tahun 2005.

Pendedahan tersebut mencetuskan debat panjang di ruang cyber warganegara Singapura yang mengecam pendapat bekas Perdana Menteri mereka yang beranggapan begitu. Kebanyakan rakyat Singapura termasuklah yang buka beragama Islam tidak setuju dengan kenyataan bahawa Islam adalah agama bahaya, dan Lee Kuan Yew tidak sepatutnya membuat andaian umum terhadap salah satu agama yang terbesar di dunia itu.

Walau bagaimanapun beliau menafikan ada membuat sebarang kenyataan bermaksud begitu. Dia hanya menyatakan kerisauannya dengan kumpulan JI yang telah dirasuk oleh puak pelampau kumpulan jihad.

Sebelum kejatuhan tembok Berlin, dunia menyaksikan persaingan antara blok Kapitalis dan Komunis sahaja yang berkonfrontasi. Dunia Islam nampak seperti menyepi pada ketika itu semenjak hampir keseluruhan negara umat Islam lumpuh dijajah dan diratah oleh bangsa Eropah.

Sebaik sahaja Komunis hilang taringnya, para kapitalis barat mengalih arah kepada Islam sebagai pesaing terkuat mereka untuk mempengaruhi dunia. Menjadikan Islam sebagai musuh mereka nampaknya lebih sukar untuk ditangani berbanding Komunis.

Islam unik kerana persaudaraan Islam tidak mengenal batasan sempadan negara. Islam tidak memandang rupa paras dan warna kulit untuk diiktiraf sebagai saudara. Itulah konsep asas yang amat ditakuti oleh pihak Barat.

Jika konsep ini diamalkan oleh semua umat Islam seluruh dunia dan umat Islam mula bangun membantu dari segi moral, ekonomi, pendidikan dan ketenteraan atas dasar persaudaraan Islam, maka tidak ada lagi kuasa lain yang dapat menghalang umat Islam mengimarahkan mukabumi ini. Maka tidak hairanlah segala usaha dilakukan bagi memecah belahkan umat Islam dilakukan agar penghapusan sempadan negara serta bangsa tidak akan tersemat di hati umat Islam.



06 September 2011

Mohd Shubhi  /  6.9.11  /  4 comments
Tan Su Lin berada bersama dengan arwah Noramfaizul ketika kejadian. Ikuti ceritanya bagaimana peristiwa itu berlaku di sini.

Ketika ditanya adakah dia masih akan mengikuti misi-misi yang merbahaya sebegitu setelah apa yang berlaku, jawabnya mudah, "hidup atau mati adalah kuasa Tuhan, sebagai seorang wartawan jika diberi peluang melaporkan peristiwa bersejarah sudah tentu saya akan pergi".

Dalam pada itu jurucakap NUJ (National Union of Journalist) memberitahu bahawa memakai jaket kalis peluru adalah kemestian bagi para wartawan jika membuat liputan dikawasan merbahaya. Somalia merupakan salah satu kawasan yang disenaraikan sebagai kawasan berisiko tinggi selain daripada Mexico.

Walaubagaimanapun bagi NUJ tanggung jawab keselamatan mestilah dipikul oleh wartawan itu sendiri apabila dia bersetuju untuk melakukan liputan di kawasan merbahaya. NUJ diberitakan sedang dalam proses mengeluarkan prosedur lengkap langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil oleh setiap wartawa jika membuat liputan di semua keadaan merbahaya dalam atau luar negara.
Mohd Shubhi  /  6.9.11  /    /  No comments

Mohd Shubhi  /  6.9.11  /  2 comments
Kematian saudara Noramfaizul, seorang jurugambar Bernama ketika menyertai misi bantuan di Somalia menjadi satu lagi berita hangat di seluruh negara. Seperti biasa setiap kali berlakunya kemalangan yang meragut nyawa maka berduyun-duyunlah kenyataan demi kenyataan dikeluarkan mengulas kejadian yang berlaku.

Kelemahan perancangan dan pelaksanaan misi didedahkan satu demi persatu. Ayat-ayat seperti sepatutnya mereka perlu buat itu dan ini akan mula kedengaran. Kegiatan mencari salah siapa mula bergerak aktif mencari mangsanya.

Orang itu tak buat ini dan orang ini tak buat itu akan diulang-ulang sehingggalah ke suatu masa yang isu tersebut menjadi sejuk. Akhirnya tiada satu bendapun berjalan, dan semua orang diam kembali menantikan satu lagi kemalangan meragut nyawa berlaku untuk memulakan kembali kegiatan mencari kelemahan.


  • Patutkah ia dipolitikkan - secara asasnya isu ini memang telah menjadi isu politik sejak hari pertama Kelab Putera 1 Malaysia ditubuhkan kerana ia ada kaitan dengan Umno dan ketuanya merupakan salah seorang pemimpin Umno yang sedang mencari tapak bagi menaikkan dirinya semula. Oleh itu tidak hairanlah ia menjadi isu politik dan akan terus begitu sampai bila-bila. Kebaikan akan dijulang Umno dan keburukan akan dibelasah pembangkang.
  • Patutkah kita menyesali apa yang berlaku - sudah tentu semua orang kesal setiap kali ada keburukan berlaku. Tapi yang paling baik sekali adalah mengkaji kelemahan dan memperbaikinya untuk masa yang mendatang. Setiap keburukan didatangkan berpasang dengan kebaikan. Keburukan yang datang membuatkan kita menganalisa dan memperbaiki diri yang mana akhirnya timbullah kebaikan.
  • Perlukah kita saman Putera 1 Malaysia - Itu eloklah diserahkan kepada waris serta keluarga si mati yang lebih layak membuat keputusan samada untuk saman atau tidak. Tak payahlah kita hendak mencucuk dan menjadi tukang bisik kecuali jika diminta waris si mati akan pandangan kita.
  • Perlukah Putera 1 Malaysia menganjurkan lagi misi seperti itu - Kegiatan kebaikan tidak sepatutnya dihalang oleh sesiapapun. Niat melakukan kebaikan samada untuk menunjuk-nunjuk tak ada siapa yang dapat membacanya. Adakalanya menunjuk-nunjuk kebaikan dengan niat mengajak orang lain ikut, bukanlah menjadi satu kesalahan. Cuma cara perlaksanaannya perlu dikaji semula apabila ia melibatkan misi yang bahaya yang bukan menjadi kepakaran kelab itu mengendalikannya. Menggunakan agensi yang lebih pakar seperti Medicine Sans Frontiers adalah lebih bijak.
  • Misi yang seperti mana sesuai untuk Putera 1 Malaysia - Mereka lebih sesuai melakukan misi menyelamatkan kerosakan moral remaja serta menjadi agen pencari remaja yang lari dari rumah.Tapi terlebih dulu pastikan moral para ahlinya hebat untuk dijadikan contoh ikutan. Misi meronda sekeliling negara mencari rumah orang miskin yang hampir roboh untuk dibantu juga amat sesuai dan tidak bahaya.

05 September 2011

Mohd Shubhi  /  5.9.11  /  ,   /  No comments
Abu Muhammad Al-Maqdisi seorang ulama pro-jihad memberikan fatwa dalam web jihad serta dakwahnya mengatakan wajib setiap orang muslim menyertai sebarang usaha melumpuhkan ekonomi musuh Islam terutamanya dari barat seperti UK dan juga Amerika.

Kacau bilau tempoh hari di London merupakan salah satu aktiviti yang mesti disertai oleh umat Islam bagi mencetuskan ketidak stabilan pihak barat dan seterusnya meranapkan ekonomi mereka. Berita ini dilaporkan oleh portal risikan yang sentiasa memantau mengenai fatwa serta gerakan para jihadis di laman cyber.

Apa pendapat anda para pembaca tentang fatwa tersebut di atas? baca laporannya di bawah:

Mohd Shubhi  /  5.9.11  /  ,   /  8 comments
Tulisan saya tentang ajal jurugambar Bernama dengan tajuk Ajal Tak Tertangguh - Jurugambar BERNAMA Terkena Peluru Sesat - Putera 1 M'sia Dipersalahkan menarik beberapa bijak pandai yang rasakan mereka faham keimanan dan kehidupan, lihat komen bijak mereka di bawah dan jawapan saya pada mereka yang pandai itu:





Anonymous said...
kenapalah bodoh sgt ni..

memanglah ajal sudah sampai menyebabkan kematian. itu HAKIKAT.

SYARIATnya kita kena berusaha supaya hal (musibah) tersebut tidak berlaku.

Jika demikian tak payahlah susah payah heret dan dakwa orang yang melanggar seseorang di dalam kemalangan jalanraya sebab dah tertulis orang yang kena langgar itu mati..

naperlah ada si bodoh ni dalam Pakatan Rakyat?

PAS tak payah bertanding sebab dah tertulis PAS kalah...

celaka punya blogger
MC_Shaharul said...
setuju dgn anon diatas...xkn org yg angkt sumpah tuduh org meliwat leh bg pkai baju kalis pelury..tp wartawan yg bertugas ditmpt yg tmpt bahaya x diberi keutamaan keselamatan..ngn kendaraan yg diguna pn xde simbol n stiker media..tue yg org pertikaikn..ish tue pn x fhm ker?
Anonymous said...
blogger sial mana ni..kalau sume berserah je camtu..x payah lah tunggang motor guna topi keledar atau pandu kereta x payah lah guna tali pinggang keledar.
Mohd Shubhi said...
Kepada yang pandai-pandai di atas,

Saidina Ali berkata tak beriman seseorang muslim sebelum ia yakin apa yang dia dapat tidak akan dia tidak dapat dan begitulah sebaliknya.

Maknanya, kalau dah matitu matilah tak payah nak kalau lah dia pakai baju kalis peluru, sudah tentu dia tak akan mati....apa bolehkah perkara yang sudah berlaku itu berubah.

Kita ikhtiar untuk perkara yang belum berlaku, bagi yang masih bernyawa dan masih hidup maka ikhtiarlah, jangan campakkan diri kamu dalam bahaya, itu wajib, siapa tak buat berdosa...maka berusahalah yang terbaik.

Dalam kes dakwaan bagi mereka yang langgar orang pulak, itu undang- undang sebab bersalah langgar orang, bukan untuk hidupkan semula si mati ataupun untuk membalas dendam. Kalau hudud pula, orang yang bunuh orang hukumnya bunuh jugak, bukan nak hidupkan semula si mati atau nak membalas dendam, tapi itu untuk melaksanakan perintah Tuhan, undang-undang mesti dipatuhi.

Kenapa tak boleh bezakan antara yang telah berlaku, sedang berlaku dan belum berlaku.

Bukankah dalam akidah ahli sunnah wal jamaah, usaha tidak memberikan bekas...habis kenapa berusaha?...kerana itu suruhan Tuhan, bukan dengan usaha itu pasti memberikan kejayaan...

Nah sekarang agaknya siapa yang bodoh???

Itulah orang suruh menuntut ilmu tak mahu sebab rasa diri dah pandai dan amat memahami keimanan. Rasa-rasa dan paham konsep qada & qadar dan mengaku Islam serta beriman dengan Tuhan. Sedangkan antara yang telah berlaku dan belum berlakupun tak dapat nak bezakan, inikan pula nak faham qada & qadar.

nasib ada usaha juga untuk komen dan dedahkan kejahilan, harap-harap yang komen tersebut di atas membaca dan betulkan pemahaman kehidupan masing-masing tentang apa yang dikatakan beriman dengan Qada & Qadar.

04 September 2011

Mohd Shubhi  /  4.9.11  /    /  5 comments

Tambahan terkini: " Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahwa sabda Nabi s.a.w.: seseorang kamu tidak akan merasa kelazatan iman sehingga ia mengetahui dengan yakin bahawa sesuatu yang diuntukkan untuknya mesti akan diperolehinya dan sesuatu yang tidak diperuntukkan untuknya pasti tidak akan didapatnya". [Qurtubi : 17/258]

Teringat kata-kata seorang sahabat baru-baru ini. Kalau dan memang ajal seseorang sampai, segala perbuatannya hanya akan menjuruskan kepada asbab kematiannya. Seperti kematian jurugambar Bernama, semuanya tersusun rapi bagi membawanya kepada lokasi dan akhirnya terkena peluru sesat ketika sedang berada di dalam kenderaan dan ianya menjadi sebab dia menemui ajalnya...jadi tak payahlah kita berkata "kalaulah...."

Saudara mara si mati mahu NGO Putera 1 Malaysia bertanggung jawab dengan kejadian yang menimpa kat sini







Mohd Shubhi  /  4.9.11  /  ,   /  2 comments

Berkemungkinan pasangan ini merupakan kekasih dan bukan suami isteri melihat daripada cara mereka bergaduh. Umur lelaki itu pula agak jauh melebihi wanita dan kalau mereka sudah berkahwin pasti ada anak-anak yang sudah besar. Walau apapun masalah mereka saya rakam gambar ini kerana tak tahu nak buat apa melihatkan wanita itu menjerit-jerit 'help!' 'help!' 'help!'.



Nak pergi tolong nanti kata mask campur hal orang pulak. Lagipun mereka berada agak jauh ke bawah kawasan parkir yang berhampiran dengan sungai perak yang besar tu. Manalah tahu kalau-kalau ada sesuatu yang terjadi ada juga bukti rakamannya.















Mohd Shubhi  /  4.9.11  /  ,   /  No comments
Seorang lagi paderi kanan di Ireland yang merupakan bekas pensyarah di Church of Ireland Theological College di Dublin mengesahkan perkahwinan dengan pasangan homoseksnya. Rev Tom Gordon bukanlah sebarang paderi, dia merupakan salah seorang ilmuan kristian di Ireland.

Sebelum ini seorang paderi gay dari Malaysia telah melansungkan perkahwinan dengan pasangan sejenisnya di new york. Apakah paderi berkahwin dengan pasangan gay sesama jenis kini menjadi trend bagi kristian. Adakah  kerana paderi dilarang berkahwin menyebabkan mereka terlibat dalam perhubungan sesama jenis.

Teringat saya dengan cerita seorang sahabat yang berdakwah pada 7 keluarga besar di Sabah pada bulan puasa baru-baru ini. Mereka satu kampung turun untuk mendengar penerangannya tentang Islam dan selepas itu diadakan sesi soal jawab.

Salah seorang yang hadir yang merupakan seorang penganut kristian bangun bertanya pendapat sahabat itu tentang ajaran Kristian yang menekankan paderi tidak boleh berkahwin. Dia menyatakan seorang paderi adalah suci bersih berbanding seorang alim Islam kerana mereka tidak berkahwin. Baginya dengan berkahwin  menyebabkan seseorang manusia itu menjadi kotor tidak bersih.

Lalu sahabat itu menjawab dengan terlebih dahuliu memohon maaf jika apa yang hendak diucapkannya menyinggung perasaan para penganut kristian. Katanya dalam kepercayaan kristian, Jesus merupakan anak Tuhan yang dilahirkan oleh Maryam. Ini secara tidak lansung orang Kristian menyatakan Tuhan itu berkahwin sehingga melahirkan seorang anak yang bernama Jesus.

Bagaimana mereka sanggup menyatakan seorang paderi itu suci bersih kerana tidak berkahwin dan dalam masa yang sama mereka menuduh Tuhan melakukan perkara yang kotor sehingga melahirkan seorang anak bernama Jesus. Ini hanya menunjukkan kecelaruan fahaman tersebut yang sepatutnya mengajak mereka berfikir. Lalu diterangkanlah bagaimana Islam merupakan agama fitrah yang tidak mengekang sifat semula jadi manusia itu melalui syariatnya demi untuk keselamatan manusia membiak dan beranak pinak di muka bumi ini.

Khabarnya ramai yang telah masuk Islam pada bulan ramadan baru-baru ini di tangan sahabat saya tersebut dan yang lebih menariknya adalah dia ke sana seorang diri sahaja tanpa ditemani oleh sesiapapun untuk berdialog dengan penduduk satu kampung juga dia pergi dengan perbelanjaan sendiri Dia bukanlah seorang ustaz, hanya seorang pemandu teksi. Syabas di ucapkan pada Abang Din.

03 September 2011

Mohd Shubhi  /  3.9.11  /    /  No comments
Kerana mahu mendapatkan harga yang lebih murah, Quran di cetak di negeri China dan seterusnya dipasarkan di negara mereka, tetapi malangnya terdapat terlalu banyak kesalahan cetakan yang merisaukan pihak berkuasa yang memantau hal ehwal Quran.

Adakah berkemungkinan negara China komunis itu sengaja sabotaj cetakan Al-Quran untuk dihidangkan pada umat Islam di negara mereka dan dalam masa yang sama membuat keuntungan dari hasil jualan cetakan itu.


Berapa banyak agaknya naskah Al-Quran yang datang dari negara China diedarkan di negara kita agaknya. Ramai yang pergi ke China sekarang ini untuk mencari berbagi barangan untuk dijual di negara kita dan antaranya termasuklah Quran digital dan mungkin juga Quran cetakan. Sudah pasti sukar untuk kerajaan mengawal semua barang yang dibawa masuk ke sini.

Chinese-made Qur'ans full of errors, warns Iranian official | World news | The Guardian:

'via Blog this'
Mohd Shubhi  /  3.9.11  /  , , ,   /  No comments
Bagi penduduk Shah Alam, nama Bukit Cerakah sudah tidak asing lagi sebagai salah satu tempat riadah atau santai di hujung minggu.

Bukit Cerakah istimewa kerana terdapat bangunan khas yang mempamerkan suasana 4 musim sepertimana yang terdapat di negara 4 musim.

Jika anda teringin merasa suasana musim dingin atau musim bunga seperti di eropah, bawalah keluarga anda di sini. Anda akan dapat merasai suasana sebijik seperti berada di luar negara.


Makanan sederhana masakan melayu tradisi
Sekarang tempat pelancongan ini dinamakan Bukit Cahaya. Ia sentiasa dikunjungi ramai pada masa hujung minggu. Pada hari-hari biasa, tak ramai yang datang.

Sebenarnya ada satu tempat makan yang bagus di sini yang menyediakan makanan pagi dan juga tengahari. Hari ini saya mencuba masakan di sana sebelum zuhur bersama dengan seorang kawan yang tinggal berhampiran. Saya tak tahu sebelum ini ada kedai makan di situ.

Semua ini dengan minuman hanya RM12
Kawasannya amat damai sekali, tidak kelam kabut, dan mudah untuk parkir. Makanannya sentiasa panas dan harganya amat berpatutan. Dua orang makan dengan lauk serta sayur bersama minuman hanya RM12.00

Mari kita ramai-ramai pergi sana waktu tengahari, "majukan restoran bumiputra untuk negara"

Suasana damai tak kelam kabut
Perut kenyang hati senang, boleh pergi sembahyang !
Mohd Shubhi  /  3.9.11  /  , , , ,   /  No comments
Bagi penduduk Shah Alam, nama Bukit Cerakah sudah tidak asing lagi sebagai salah satu tempat riadah atau santai di hujung minggu.

Bukit Cerakah istimewa kerana terdapat bangunan khas yang mempamerkan suasana 4 musim sepertimana yang terdapat di negara 4 musim.

Jika anda teringin merasa suasana musim dingin atau musim bunga seperti di eropah, bawalah keluarga anda di sini. Anda akan dapat merasai suasana sebijik seperti berada di luar negara.



Makanan sederhana masakan melayu tradisi
Sekarang tempat pelancongan ini dinamakan Bukit Cahaya. Ia sentiasa dikunjungi ramai pada masa hujung minggu. Pada hari-hari biasa, tak ramai yang datang.

Sebenarnya ada satu tempat makan yang bagus di sini yang menyediakan makanan pagi dan juga tengahari. Hari ini saya mencuba masakan di sana sebelum zuhur bersama dengan seorang kawan yang tinggal berhampiran. Saya tak tahu sebelum ini ada kedai makan di situ.

Semua ini dengan minuman hanya RM12
Kawasannya amat damai sekali, tidak kelam kabut, dan mudah untuk parkir. Makanannya sentiasa panas dan harganya amat berpatutan. Dua orang makan dengan lauk serta sayur bersama minuman hanya RM12.00

Mari kita ramai-ramai pergi sana waktu tengahari, "majukan restoran bumiputra untuk negara"

Suasana damai tak kelam kabut
Perut kenyang hati senang, boleh pergi sembahyang !
Mohd Shubhi  /  3.9.11  /    /  No comments
Main air memang kegemaran kanak-kanak, kalau boleh kena sediakan kolam mandi di kawasan rumah tapi apakan daya hanya jutawan saja yang mampu miliki rumah siap dengan kolam renang. Tapi tak perlu risau kerana kat Giant ada jual kolam portable dari plastik. Isi air dan terjun masuk, itupun sudah memadai bagi mereka...









Mohd Shubhi  /  3.9.11  /    /  No comments
Part 1

Part 2


Part 3

Part 4

Part 5

Part 6

Part 7

Part 8

Part 9

02 September 2011

Mohd Shubhi  /  2.9.11  /    /  4 comments
Antara melayu awal yang angkat
senjata lawan British
Dalam sidang media menjawab fitnah tohmahan media arus perdana terhadap kenyataannya hari ini Mat Sabu meletakkan punca kenapa rakyat semakin dingin menyambut hari merdeka kepada sikap kerajaan yang hanya mengangkat Umno sahaja sebagai kumpulan yang bertanggung jawab memperjuangkan kemerdekaan negara.

Terdapat ramai lagi kumpulan serta individu yang berusaha keras dan benar-benar berjuang melawan penjajah British pada masa sebelum merdeka. Sebagai contohnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya terlebih dahulu ditubuhkan awal setahun daripada tertubuhnya UMNO.


PKMM merupakan satu-satunya parti Melayu yang pertama ditubuhkan dengan matlamat utama mereka untuk memperjuangkan kemerdekaan Malaya daripada British. Malangnya para pemimpin UMNO pada ketika itu memerli PKMM dan memandang rendah usaha parti tersebut dengan mengherdik keupayaan mereka berjuang sedangkan untuk membuat sebilah jarum pun tak mampu.

Nama-nama seperti Samsiah Fakeh mendapat label yang buruk sedangkan mereka adalah antara rakyat yang awal bersungguh-sungguh mahu megeluarkan negara daripada belenggu penjajah.

Bagi Mat Sabu penyelewengan Umno yang merampas glamour sebagai hero merdeka daripada semua orang lain yang turut sama berusaha telah mula disedari oleh rakyat. Ini ditambah lagi dengan suasana sambutan merdeka lebih menjadi suatu acara memperingati Umno menuntut kemerdekaan daripada British. Merdeka akhirnya hanya menjadi sambutan hari bersejarah untuk Umno sahaja dan hanya Umno tiada lain melainkan Umno.

Dalam 10 buah kenderaan yang melintas di jalanraya hanya 1 yang memasang bendera. Itupun mungkin lori tanah yang memasangnya demi mendapat simpati dari pihak berkuasa agar jangan mengganggu mereka.

Dengar ulasan Mat Sabu di sini sekali lagi.

Berikut antara pembohongan-pembohogan yang boleh disenaraikan:
Dalam negara kita ada beberapa Pembohongan sejarah yang dilakukan oleh UMNO/BN yang disebarkan. Pada ketika Penipuan ini disebarkan ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka Penipuan ini di terima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua. Tetapi dengan adanya internet kita dapat memecahkan Penipuan - penipuan ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta..


PENIPUAN PERTAMA:


Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. BOHONG. Sabah , Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963. Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya sila tanya orang Sabah dan Sarawak.

PENIPUAN KE DUA :

Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation.BOHONG. Parti yang awal memperjuangan dan melaugkan sloganMERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda di tubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA !

PENIPUAN KE TIGA :

Kemerdekaan didapati tanpa tumpah darah. BOHONG. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insap, Angkatan Wanita Sedar, Hisbul Musliman, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata – pada mulanya melawan Jepun – kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata British tidak akan undur.

PENIPUAN KE EMPAT :

Lagu Negara-Ku dikatakan lagu kebangsaan kita. BOHONG. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Peciptanya orang Peranchis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857) Nama asal ialah Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman Konfrontasi - Radio Repuklik Indonesia memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negara-ku.

PENIPUAN KE LIMA :

Bendera Jalur Gemilang – namanya baru 5 tahun. Ini adalah tiruan bulat bulat dari bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled –BannerStars and Stripes dan Old Glory. Nama jalur gemilang pun di ciplak dari nama bendera Amerika. Buktinya : lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara/Melayu – warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah darah rakyat - putih hati rakyat.Motif Nusantara ini wujud dalam bendera sang saka merah putih yang di gunakan oleh Singapura dan Indonesia juga menjadi latar belakang bendera UMNO dan PAS.

PENIPUAN KE ENAM :


Wujud perpaduan Melayu. BOHONG. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpaduan Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan China, perpaduan Arab, perpaduan Itali , perpaduan India.

Penipuan tentang perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu dari di’telan’ oleh China dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampong takut pada hantu lalu memanggil bomoh untuk menghalau hantu. Ini cara klasik mitos bergerak. Takut-takut orang ramai. Apabila orang ramai takut maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi perlindung walhal yang menimbulkannya adalah geng ini.

PENIPUAN KE TUJUH:

Malaysia negara unik. BOHONG. Penipuan ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar. Mitos ini bertujun untuk menunjukkan hanya Geng algojo United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia unik.

Hakikatnya Malaysia tidak unik – bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang kaum , yang berbilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolith dalam dunia ini – semua ada kepelbagian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.
Mohd Shubhi  /  2.9.11  /  ,   /  1 comment
Siapakah yang telah bersusah payah berkorban memerdekakan negara....UMNO!!!
Itulah yang kita belajar di sekolah dan itulah yang diulang-ulang setiap kali negara menyambut merdeka. Orang lain yang berusaha sampai kena tangkap dan dituduh sebagai pengkhianat dan komunis dihumbankan sejarah mereka ke dalam tong sampah...baca tulisan di bawah:


(Oleh Nabihah Hamid)
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat mempersoal usaha sistematik kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) selama berdekad-dekad bagi ‘memalsukan’ sejarah dengan menukarnya sebagai propaganda mereka.
“Kami mengkritik usaha sistematik berdekad-dekad lamanya untuk ‘memalsukan’ sejarah Malaysia  agar hanya sumbangan Umno dan sekutu mereka diiktiraf manakala sumbangan dari nasionalis Malaysia dan pejuang kemerdekaan lain dipadam.


“Apa sudah jadi kepada tokoh seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Mohamed (Pak Sako) dan ramai lagi?” kata satu kenyataan media bersama Sekretariat Pakatan iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad, Dr Dzulkefly Ahmad dan Liew Chin Tong, hari ini.
Pakatan Rakyat juga mempersoal jasa pejuang seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang menerajui aktivisme politik Melayu kelihatan ‘hambar’ dalam sejarah.
“Kita juga ada Perlembagaan Rakyat yang terhasil 10 tahun sebelum Merdeka oleh Pusat Tenaga Rakyat (Putera) dan All-Malaya Council of Joint Action (AMCJA),” kata kenyataan itu yang mendapati, ia tidak ditonjolkan.
Mengikut kenyataan itu, Pakatan Rakyat membidas tindakan Umno yang seolah-olah menonjolkan perjuangan kemerdekaan usaha Perikatan semata-mata dengan menulis sejarah versi Umno.
“Jika kita baca sejarah Dr Burhanuddin, Boestamam dan Pak Sako, kita akan mendapati kisah aktivisme sosial, pejuangan kebangsaan, anti-kolonialisme dan ketakutan institusi dan penindasan tetapi mereka ditangkap kerajaan Perikatan (nama lama BN) setelah difitnah antara lain, menjadi tali barut komunis.
“Buku sejarah bukan sahaja kehilangan satu, dua bab tetapi satu sejarah dipadamkan daripada rekod rasmi negara,” kata kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut Umno mempunyai kepentingan politik untuk mengekalkan versi  mereka untuk dijadikan asas bagi menutup tipu helah mereka yang menindas pihak lawan.



Mohd Shubhi  /  2.9.11  /  ,   /  2 comments

KUALA LUMPUR 1 Sept. – Tokoh sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim mempelawa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berjumpa dengannya untuk mendapatkan bahan sejarah berhubung peristiwa Bukit Kepong.

Kay Kim berkata, ia bagi mengelakkan pemimpin Pas itu daripada terus mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas dan terpesong daripada fakta sebenar.
Beliau juga meminta Mohamad atau yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu supaya melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum memperkatakan perkara berkaitan sejarah.

“Mat Sabu boleh tanya saya di mana boleh dapat bahan sejarah. Saya tahu mana tempatnya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamad mencetuskan kemarahan pelbagai pihak apabila menyifatkan pengganas dalam Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 1950 sebagai hero sebenar dan bukannya anggota polis yang terkorban dalam peristiwa itu.


Menyingkap sejarah penubuhan PKM, Kay Kim berkata, ia diasaskan di Kuala Pilah pada 1930-an dengan alasan memperjuangkan sebuah negara bebas, namun hasrat sebenarnya adalah membentuk sebuah ‘order’ baru komunis di negara ini.

“PKM juga sanggup bernaung di bawah pemerintahan Rusia sekiranya mereka berjaya menjatuhkan kerajaan British. Maka, perjuangan mereka tidak boleh dianggap sebagai nasionalis dan mereka bukan pejuang sebenar negara,” tegasnya.

Dalam pada itu, Kay Kim berkata, beliau mempunyai beberapa persoalan yang ingin ditujukan kepada Mat Sabu dan berharap pemimpin nombor dua Pas itu dapat menjawabnya.

“Antara persoalan saya ialah apakah perjuangan parti komunis antarabangsa? Apakah perjuangan sebenar PKM di negara ini? Minta dia jawab,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebenarnya ramai orang Cina yang menentang komunis terutama di Karak kerana mereka benci terhadap perjuangan komunis yang dianggap keji dan tidak berperikemanusiaan.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains dan Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian yang menyifatkan Mat Sabu sebagai buta sejarah.

Beliau berkata, sejarah telah membuktikan siapa sebenarnya pejuang serta wira negara, oleh itu pemimpin Pas itu diminta supaya berhati-hati ketika mengungkit peristiwa Bukit Kepong.

“Bukan sahaja pejuang-pejuang Melayu yang terkorban dalam peristiwa itu, malah mereka yang berketurunan Cina dan India turut menjadi mangsa kejadian.

“Kita tidak boleh mempertikai sumbangan kaum-kaum lain (Cina dan India) ketika menentang fahaman (komunis) yang tidak boleh diterima sama sekali. Kenyataan beliau bukan saja menimbulkan kemarahan orang Melayu, malah orang Cina dan India juga,” katanya.
Mohd Shubhi  /  2.9.11  /  ,   /  No comments
Henti merokok dapat jauhi dadah


Bagaimana rupa mereka yang pada asalnya bebas daripada dadah bertukar rupa menjadi rupa jembalang apabila terbelenggu dengan gejala ketagihan dadah. Lihat gambar-gambar mereka yang terlibat di bawah sebagai renungan: 

01 September 2011

Mohd Shubhi  /  1.9.11  /  ,   /  No comments
Julissa Fikri, 27 tahun
Keluhan saudara muslim berbangsa Hispanic di Amerika yang telah memeluk Islam setalah berkahwin dengan suaminya yang berbangsa Arab pada tahun 2010. Dia mula mencari panduan keagamaan setelah mengalami masalah dalam kehidupan dengan membaca tafsiran Quran dalam bahasa Sepanyol.

Masalah mula timbul apabila dia memakai tudung pada awal tahun 2011. Masyarakatnya mula memandang serong padanya dan mengejeknya telah mula meninggalkan identiti bangsanya untuk menjadi seorang Arab.

Ada juga segolongan orang Melayu yang menganggap wanita tidak perlu bertudung kerana bertudung itu hanyalah satu amalan bangsa Arab dan tidak ada kena mengena dengan agama Islam. Bagi golongan ini memakai tudung hanyalah satu tindakan untuk menjadi bangsa Arab.


Ada seorang kawan berbangsa Cina yang lari dari rumahnya setelah memeluk Islam. Keluarganya amat marah padanya dan berbagai usaha dibuat bagi menukarkan semula agama kepada agama nenek moyangnya, namun dia bertegas dengan pendiriannya sehinggalah sekarang.

Pada saat terakhir sebelum kematian ayahnya, dia berada di samping ayahnya yang sedang sakit itu dan ayahnya berkata padanya, "aku tak marah engkau masuk Islam, tapi aku risau takut engkau masuk Melayu". Ayahnya nampaknya memahami beza antara agama dengan bangsa dan bagi ayahnya yang merupakan seorang usahawan cina yang berjaya (tauke sardin TC Boy - telah meninggal) ada sesuatu yang tidak digemarinya dalam bangsa Melayu.

Walaupun ayahnya seorang yang berjaya degitu juga dengan semua saudara-maranya yang lain termasuklah abang-abangnya, dia sekarang ini tidak punya apa-apa kejayaan dari segi ekonomi. Berbagai pekerjaan telah diceburinya dan semuanya tidak bertahan lama dan dia merupakan aktivis Pas...apakah itu menandakan dia sudah menjadi Melayu...?
Mohd Shubhi  /  1.9.11  /  ,   /  No comments

Dah sampai ke Jeti Kuah, Langkawi

Kalau tak gaduh tak meriah

Tengah panas

Melilau kat pantai cenang

Lepas mandi kat Sungai Semilang

Main air kat Sungai Semilang

Atas feri nak balik dah...

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search