Jom kongsi pendapat anda !

07 November 2011

Kenapa Ramai Tak Tahan Dengar Bunyi Cakaran Kuku Pada Zink

Ketika bersekolah dulu dan guru menulis dengan menggunakan kapur di papan hitam, kadang-kadang kita akan terasa ngilu yang amat sangat apabila bunyi seperti cakaran terjadi antara kapur dan papan hitam. Kenapa kita tak tahan dengan bunyi seperti itu?

Saintis telah menemui jawapannya. Bentuk telinga kita memainkan peranan dalam memperbesarkan bunyi dalam frequency antara 2,000 ke 4,000 Hz. Gelombang bunyi yang diperbesarkan disebabkan rupa bentuk telinga kita menyebabkan ia menjadi sesuatu yang amat mengilukan.

Ini bermakna mereka yang tidak rasa apa-apa dengan bunyi seperti itu tentu mempunyai rupa bentuk telinga yang agak berbeza dari biasa. Tak ke gitu?

Ini Yang Orang Belanda Tak Sanggup Lihat - Korban Bergambar

Darah memancut kuat ketika pisau memotong leher lembu.
Negara Belanda melarang binatang disembelih untuk dimatikan bagi mengambil dagingnya. Bagi mereka itu satu  perbuatan menyiksa binatang.

Mereka lebih suka binatang dibunuh dengan menggunakan karan letrik. Sudah ada juga orang bukan Islam di negara kita yang mula mempertikaikan cara kita sambut hari raya kurban dengan menyembelih binatang ternakan secara beramai-ramai. Saya ada menulisnya dalam tajuk Cara kita sembelih lembu kurban tidak bertamadun...

Memang mereka yang lemah semangat dan anggap lembu mempunyai perasaan seperti manusia tidak akan sanggup tengok upacara sembelihan lembu dijalankan. Lihat koleksi sekitar hari raya kurban yang di adakan di Surau An-Nur Puchong Intan semalam di sini

Hari Raya Kurban - Surau An-Nur, Puchong Intan

6 Ekor lembu rebah di sembelih dan daging, tulang, organ dalaman serta lainnya dibahagikan kepada warga Puchong Intan termasuk semua warga Bangladesh yang turut sama bertungkus lumus membantu menyelesaikan acara qurban semalam.

























06 November 2011

Jangan Korbankan Lembu Dan Larangan Sambut Harijadi - Darul Uloom Deoband

Sumber photo dari sini
Institusi pengajian Islam terkenal di India menasihatkan umat Islam di India untuk tidak mengambil lembu bagi dijadikan binatang Korban sempena hari raya Aidil Adha di sana. Larangan tersebut dibuat bagi menghormati kaum Hindu di India yang memandang mulia pada lembu.

Mereka juga mengeluarkan fatwa melarang umat Islam menyambut hari lahir kerana ia bertentangan dengan syariat. Budaya menyambut hari jadi adalah budaya orang barat yang tidak selaras dengan syariat Islam, kata mereka. Darul Uloom Deoband juga tidak menyambut hari kelahiran Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atasnya).

Untuk maklumat, ramai juga para ustaz di negara kita merupakan produk keluaran Darul Uloom Deoband di India itu. Tetapi kebanyakan dari mereka akan menyambung pengajian ke Azhar selepas tamat di India.

Larangan menyembelih lembu seperti itu barangkali hanya sesuai di India dan merupakan fatwa setempat yang tidak boleh dipakai secara umum. Lagipun orang di negeri India lebih gemarkan kambing berbanding lembu. Berlainan pula di Pakistan yang mengadakan pasar lembu setiap kali menjelangnya aidil adha dan ada lembunya yang dijual sehingga mencecah RM50,000 !.

Sambutan hari jadi pula sudah menjadi satu lumrah yang seperti tidak boleh dipisahkan daripada masyarakat kita terutamanya mereka yang tinggal di bandar-bandar. Cuma bagi mereka yang cenderung pada Islam akan mengadakannya dengan cara kenduri tahlil dan seumpama dengannya.

Bagi mereka lain pula akan mengadakan makan-makan serta parti potong kek siap dengan laungan lagu "Happy Birthday To You...". dan meniup lilin. Semasa tiup lilin itu akan ada yang berkata..."make your wish!, make your wish!..." macam kat London pulak.

Ada juga pasangan kekasih yang menjadikan hari lahir sebagai hari istimewa mereka dengan makan malam atau 'dinner; berdua-duaan. Bagi yang betul-betul berkasih pula akan menghadiahkan barang kasihnya pada teman lelaki sebagai hadiah hari jadi.

Begitulah keadaan masyarakat kita sekarang samada kita suka dengar atau tidak itulah hakikatnya. Pilihlah jalan yang selamat untuk kita dan tetapkan pendirian kita. Selamatkan diri kita dan keluarga kita dari api neraka.

Malaysia Lahirkan 52,000 Anak Luar Nikah Setiap Tahun

Jabatan pendaftaran negara mendedahkan bahawa setiap tahun kita melahirkan seramai lebih daripada 52,000 anak luar nikah. Jumlahnya adalah melebihi 10% daripada jumlah keseluruhan kanak-kanak yang dilahirkan di negara kita.

Pada tahun 2010 sahaja seramai 52,982 kanak-kanak luar nikah didaftarkan di negara kita dan pada tahun 2009 pula seramai 52,378 anak luar nikah didaftarkan.

Jika setahun seramai 52,000 anak luar nikah dilahirkan, dalam tempoh 10 tahun negara kita dipenuhi oleh seramai setengah juta anak luar nikah, secara rambangnya kita akan mempunyai populasi seramai 4% yang terdiri daripada anak luar nikah dalam tempoh 20 tahun.

Memandangkan masalah sosial dan pergaulan serta seks bebas akan berkembang biak lagi dengan rancaknya di negara kita dan sebelum ini juga memang telah ramai yang melahirkan anak luar nikah, jumlah 4% daripada populasi dipenuhi anak luar nikah berkemungkinan adalah lebih tinggi lagi. Tidak mustahil kita mempunyai 10% anak luar nikah daripada jumlah keseluruhan populasi.


Satu hal baru yang mula menjadi masalah masyarakat di negara kita mula timbul apabila jumlah anak luar nikah ini menjadi terlalu ramai adalah peraturan Jabatan Pendaftaran Negara yang tidak membenarkan anak yang lahir kurang dari 6 bulan tempoh perkahwinan berbinkan nama ayahnya, walaupun si ayah mengaku dialah ayah sebenar kepada anak tersebut hasil daripada hubungan zina.

Beberapa ulama mula mempertikaikan syarat yang dikenakan oleh Jabatan Pendaftaran untuk tidak mendaftarkan anak berbinkan nama ayah. bagi mereka ini bakal menimbulkan satu lagi masalah besar terhadap anak tersebut apabila ia membesar nanti. Kita tidak boleh menghukum anak yang suci itu, alasan mereka. Baca laporannya di sini.

Ulama yang mempersoalkan syarat itu menasihati negara kita mengambil fatwa tidak popular dari beberapa Mazhab yang membenarkan anak dibinkan kepada ayahnya jika ayahnya mengaku bahawa dia yang bertanggung jawab.

Ulama serta majlis fatwa negara kita mengambil fatwa yang lebih popular dalam menolak kebenaran mengbinkan si ayah jika tempoh kelahiran kurang daripada 6 bulan. Akibatnya ramailah anak yang akan berbinkan Abdullah kerana ayahnya tidak diiktiraf dalam syarak sebagai ayah yang sah.

Memang kita patut mempertimbangkan saranan para ulamak tersebut memandangkan alasan mereka adalah bagi mengurangkan kerosakan yang bakal berlaku pada anak-anak luar nikah jika hak penjagaan dan lain-lain terputus apabila tidak berbapa. Ini kerana segalanya telah berlaku dan kita perlu menyelesaikan masalah di depan mata sebaik mungkin.

Tetapi dalam masa yang sama kenapa para ulama tersebut tidak mempersoalkan kenapakah kita hanya memejam mata dan membiarkan para ibubapa yang terang-terang mengaku berzina sehingga melahirkan anak tersebut. Sedangkan ia merupakan satu masalah besar yang perlu ditangani bagi mengelakkan ianya berulang dan diikuti oleh lebih ramai lagi manusia lain.

Penyelesaian jangka pendek memang wajib ditangani, tetapi penyelesaian jangka panjang bagaimana pulak?. Kenapa mereka tidak menangani dahulu sistem hukuman zina yang lansung tidak memberikan pengajaran kepada penzina. Bukankah itu merupakan salah satu punca besar kenapa merebaknya aktiviti zina di negara kita?

Kita ansyik membahaskan penyelesaian jangka pendek dengan mengambil berbagai-bagai fatwa tidak popular sedangkan fatwa yang sahih seperti hukuman terhadap penzina tidak pernah kita jalankan. Maka semakin lama semakin kusut jerutan masalah mencengkam masyarakat kita.

Cara Kita Sembelih Lembu Kurban Tidak Bertamadun - Kritik Orang Cina?

Klik untuk besarkan
Pejuang hak asasi haiwan barat memang sering mempertikaikan cara umat Islam menyembelih binatang kurban mereka setiap kali menjelangnya hari raya kurban. Itu perkara biasa memandangkan pemikiran pihak barat sudah terlalu kotor apabila mengasingkan dunia dan akhirat.

Baca komen pada lampiran atas.
Akibatnya segala perkara yang dilihat hanya akan berlegar di sekeliling akal logik semata mengikut apa yang mereka rasakan betul. Golongan seperti itu tidak mustahil akan menuduh dan menghina peristiwa kesanggupan Nabi Ibrahim menyembelih anaknya semata-mata mentaati perintah Tuhan. Maka tidak mengejutkan jika mereka diajak memperhambakan diri kepada Tuhan yang Esa akan ditolak mentah-mentah.

Nampaknya pemikiran sebegitu juga telah melanda kaum bukan Islam di negara kita yang menganggap diri mereka lemah lembut dan maju serta bertamadun. Kini mereka yang kononnya bertamadun di negara kita Malaysia sudah mula mempertikaikan amalan Ibadah Kurban yang kita lakukan setiap kali menjelangnya Aidil Adha.


Mereka mengkritik cara kita melakukan aktiviti sembelihan secara beramai-ramai dengan:

  • Mengikat lembu pada batang pokok
  • Mengikat kaki binatang sembelihan.
  • Merebahkannya
  • Memegang beramai-ramai dan menekan lembu agar tidak bergerak
  • Memotong leher lembu dengan pisau tajam sehingga memancutkan darah penuh.
  • Menunggu lembu mati
  • Melapah beramai-ramai.
Semua itu dijalankan dengan ditontoni oleh keseluruhan masyarakat tua dan muda. Dan di sudut pandangan mata mereka ianya amat kejam dan brutal serta tidak bertamadun.

Tidak menghairankan mereka berpandangan sebegitu kerana semenjak kedatangan mereka ke bumi bertuah ini, kehidupan mereka menjadi senang lenang. Ramai yang menjadi taukeh-taukeh kaya serta profesional. Mereka tinggal di bandar-bandar besar dan menjalani kehidupan serba mewah.

Dek kemewahan tersebut mereka tidak pernah ambil tahu bagaimana rakan-rakan usahawan daging lembu di negara ini mengusahakan jualan daging lembu mereka dari peringkat awal. Apa yang mereka tahu daging segar seketul berada di depan mata mereka siap untuk dijamah.

Ada ramai yang tidak pernah seumur hidup melihat bagaimana haiwan ternakan disembelih hatta seekor ayam disembelihkanpun mereka tidak pernah menyaksikannya. Jesteru itu tidak hairanlah apabila melihat peristiwa kurban berlaku besar-besaran mereka merasa ngeri dan mula mengkritik umat Islam.

Jika kita lihat di Belanda, umat Islam menghadapi kerenah yang lebih buruk lagi. Orang ramai dilarang mematikan binatang ternakan secara sembelihan. Bermakna umat Islam tidak dapat menyediakan binatang halal yang disembelih mengikut syarak. Logik akal mereka mahu binatang mati secara di elektrik kan. Alasannya ia dilihat tidak kejam.

Jangan hairan jika kita terikut-ikut dengan manusia yang kononnya terlalu bertamadun di negara kita ini maka satu hari ada yang mahu binatang disembelih mengikut cara 'tidak kejam' berdasarkan tafsiran mereka.

Walau bagaimanapun kita perlu melihat secara positif dan memikirkan bagaimana kita dapat menguruskan upacara sembelihan dengan lebih sempurna setiap kali datangnya aidil adha. Namun untuk mereka mempertikaikan kita memotong leher lembu sehingga mati adalah sesuatu yang amat biadab dan mencabar amalan agama kita.

Pada mereka yang mempertikaikannya, kalau tak suka berhijrahlah ke negara barat yang menjadi kiblat mereka. Anda tidak dialu-alukan berada di negara Malaysia. Jika para pembaca berjumpa orang sebegitu, tolong ludah muka mereka. 

Nota: Baca komen dari pembaca blog Lim Kit Siang yang menghina cara kita lakukan kurban hari raya. Klik pada gambar untuk besarkan.

Haram Pembakaran Terbuka - Sheikh Ali Gomaa

Kalau ada ulama besar dari mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang amat tekun membicarakan tentang 'Green Living' atau penjagaan alam sekitar tentu tak ada yang lebih komited daripada mufti Besar Mesir, Sheikh Ali Gomaa.

Ulama paling penting di Mesir selepas Sheik Al-Azhar itu sejak dari dulu sering memberikan kuliah atau ceramah betapa Islam mewajibkan umatnya memelihara alam sekitar. Sebagai khalifah Allah di muka bumi ini manusia bertanggung jawab memastikan segala kemudahan yang Allah kurniakan padanya dimuka bumi tidak disalah gunakan serta dibazirkan

Bertepatan dengan Sabda Nabi (Selawat dan salam ke atasnya), orang yang terbaik adalah dia yang banyak mendatangkan manafaat kepada orang lain. Memelihara alam sekitar bermakna umat Islam memandang jauh ke depan dalam menyediakan sebuah bumi yang baik untuk keturunan mereka.


Dalam membuktikan komitmennya terhadap isu alam sekitar, Sheikh Ali Gomaa mengeluarkan fatwa melarang para petani kapas dan juga padi membakar bahan-bahan buangan mereka secara terbuka sedangkan ada cara lain yang lebih selamat dan berfaedah yang boleh digunakan. Baca laporan mengenai Sheikh Ali Gomaa dan Green Living di sini.

Isu pembakaran terbuka juga merupakan satu masalah besar di negara kita dan juga di negara jiran kita Indonesia. Kerajaan telah mengeluarkan arahan dan menjadikan aktiviti pembakaran terbuka sebagai satu kesalahan, namun masih ada yang melakukannya.

Termasuk dalam hal memelihara alam sekitar adalah kegiatan membuang sampah merata tempat seperti mencampakkan bahan buangan dan bangkai ke dalam sungai dan juga mengalirkan bahan buangan yang membehaya dari kilang ke dalam sungai. Lihatlah saja apa yang berlaku pada Sungai Klang sekarang dan ianya berlanjutan sehingga sekarang.

Kita juga boleh melihat bagaimana kegiatan membalak secara haram yang berlaku berleluasa di hutan-hutan negara semata-mata mahu mengaut keuntungan secara percuma. Kegiatan orang ramai membuang sampah berlori-lori di dalam semak terpencil juga amat berleluasa sekarang ini.

Setakat amaran dari pihak berkuasa nampaknya tidak mendatangkan kesan. Nasihat daripada alim ulama juga hanya menjadi bahan mainan. Barangkali umat Islam sudah tidak ada lagi rasa hormat terhadap kata-kata para alim ulama kita. Kewujudan golongan yang cuba melenyapkan rasa hormat kepada alim ulama dan  mengkritik mereka secara pedas dan biadap melahirkan umat yang kini tidak mendengar suara sesiapa melainkan suara hatinya.

Khutbah Terbaik Di Pagi Aidil Adha - Harus Baca Dan Renungkan !


Nota: Kalau malas baca semua, baca tulisan yang di tandakan saja... 
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )  اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا . الحَمْدُ للهِ الَّذِي جَعَلَ يَوْمَ عِيْدِ الأضْحَى أَسْعَدَ الأياَّمِ لنَاَ . وَنَحْمَدُهُ عَلَى مَا أَوْلانَا وَنَشْكُرُهُ عَلَى نِعَمِهِ الَّتِى بِهَا وَالانَا. وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ . أَمَّا بَعْدُ…… فَيَا إِخْوَانِيْ ! اتَّقُوْا اللهَ وَأُوْصِيْكُمْ وَإِيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ المُتَّقُوْنَ
Firman Allah dalam ayat 132 surah al-Baqarah :
وَوَصَّىٰ بِهَا إِبْرَاهِيمُ بَنِيهِ وَيَعْقُوبُ يَا بَنِيَّ إِنَّ اللَّـهَ اصْطَفَىٰ لَكُمُ الدِّينَ فَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
Ertinya : Dan Nabi Ibrahim pun berwasiat dengan ugama itu kepada anak-anaknya, dan (demikian juga) Nabi Yaakub (berwasiat kepada anak-anaknya) katanya: “Wahai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih ugama (Islam) ini menjadi ikutan kamu, maka janganlah kamu mati melainkan kamu dalam keadaan Islam”

Selamat menyambut hari raya Aidil Adha diucapkan kepada seluruh kaum muslimin dan muslimat. Antara cara untuk kita buktikan tanda syukur ke hadhrat Allah atas nikmat hari raya korban ini yang merupakan antara hari yang paling lebih di sisi Allah maka marilah kita sama-sama memperbanyakkan laungan takbir, tahmid dan tasbih serta amalan soleh yang lain disamping menjauhi maksiat terhadap Allah.
Nikmat hari raya ini bukan bertujuan untuk berseronok mengikut hawa nafsu sebaliknya disambut bawah suluhan wahyu sehingga kita lahir sebagai umat bertaqwa yang bahagia di dunia dan akhirat. Kita dididik tentang kehidupan dunia yang bakal hancur berkait rapat dengan kehidupan akhirat yang kekal selama-lamanya.
Oleh itu merupakan suatu yang amat malang jika kita menjadikan dunia sebagai matlamat hidup sehingga kita mengulangi kegagalan dan kehancuran umat sebelum ini. Akibat terpengaruh dengan suasana terlalu mengejar dan mengagongkan kebendaan menyebabkan agama diketepikan.
Jadual kehidupan umat Islam sendiri seperti rancangan TV iaitu pada awal kelahiran didengarkan dengan laungan azan dan iqamat di telinga namun selepas itu hanyut dengan mengejar dunia sehingga tenggelam dalam najis maksiat sehingga bila tibanya saat kematian barulah dibacakan semula ayat-ayat al-Quran dan doa.
Ramai yang terlalu bimbang tentang apa yang akan dimakan oleh anak selepas kematian ibubapa berbanding apa bekalan akhirat yang bakal di bawa. 
Ramai ibubapa yang terlalu bimbang dengan persiapan dan hasil peperiksaan anak di sekolah dan universiti tetapi tidak menghiraukan apa yang bakal dijawab dengan soalan mungkar nakir dalam kubur dan hitungan atas neraca timbangan Allah di akhirat yang lebih dahsyat.
قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَقُولُ ابْنُ آدَمَ : ” مَالِي مَالِي ، قَالَ : وَهَلْ لَكَ يَابْنَ آدَمَ مِنْ مَالِكَ إِلَّا مَا أَكَلْتَ  فَأَفْنَيْتَ أَوْ لَبِسْتَ ، فَأَبْلَيْتَ أَوْ تَصَدَّقْتَ  فَأَمْضَيْتَ   - رواه مسلم
Maksudnya : Berkatalah anak Adam : Hartaku! Hartaku! Maka sabda nabi : Sedangkan engkau sebenarnya tidak memiliki daripada hartamu kecuali apa yang telah engkau makan lalu menjadi najis isi jamban, apa yang engkau pakai maka ia menjadi lusuh lalu dibuang atau apa yang engkau sedekah hanya ia yang kekal menjadi bekalan
Muslimin/mat yang dirahmati Allah S.W.T,
            Firman Allah dalam surah al-A’ala ayat 14-17 :
قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤﴾وَذَكَرَ اسْمَ رَبِّهِ فَصَلَّىٰ ﴿١٥﴾ بَلْ تُؤْثِرُونَ الْحَيَاةَ الدُّنْيَا ﴿١٦﴾وَالْآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَىٰ ﴿١٧
Maksudnya : Sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu ) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh). Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
            Sempena berada pada hari raya korban ini juga marilah kita sama-sama merenungi dan menghayati beberapa ayat daripada surah al-A’ala di mana ia antara surah yang selalu dibaca oleh nabi Muhammad s.a.w dalam solat hari raya.
Antaranya Allah membenci mereka yang menjadikan dunia sebagai tujuan, sebaliknya mencintai mereka yang mengambil dunia sekadar keperluan atau cara meraih keredhaan-Nya.
Sesiapa yang menjadikan amal perbuatannya untuk meraih habuan dunia dan bukan mencari redha Allah dan kehidupan akhirat, maka dia akan mendapat apa yang dikehendakinya daripada sebahagian keuntungan di dunia tetapi tidak mendapat bahagian di akhirat.
Dari kecil sehingga tua ramai manusia yang menjadikan fokus hidupnya adalah untuk meraih gelaran dan kesenangan dunia. Tidak sedikit dalam kalangan umat Islam sendiri yang hidupnya sibuk sehingga lupa untuk menuntut ilmu sebagai bekal memahami erti iman, Islam dan taqwa.
Kerana terlalu ghairah mengejar masa depan dunia, terlupa pentingnya ilmu-ilmu aqidah untuk masa depan akhirat. Akibat terlalu sibuknya bekerja, sehingga terlupa untuk belajar tentang solat dan melaksanakannya. Kebanyakan daripada mereka hanya berhenti dari kesibukan tersebut setelah ajal yang amat ditakuti datang tanpa disedari.
رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , يَقُولُ : ” مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ , فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ , وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ , وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ , جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ , وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ , وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ ” – رواه ابن ماجه
Maksudnya : Sesiapa yang menjadikan dunia sebagai harapannya, nescaya Allah akan mencerai-beraikan urusannya dan menjadikan kefaqiran berada di depan matanya dan dunia tidak akan datang kepadanya melainkan sekadar apa yang telah ditetapkan baginya. Dan sesiapa yang akhirat menjadi harapannya nescaya Allah akan mempersatukan baginya urusan serta menjadikan rasa cukup di dalam hatinya  dan dunia akan datang kepadanya dalam keadaan patuh dan hina.”
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
            Pada hari ini umat Islam sanggup berhutang berhabis harta untuk mengejar kemewahan yang sementara. Dari saat di alam pengajian sehinggalah ke alam kerjaya, masyarakat Islam tidak sudah-sudah bermain dengan hutang.
Hutang pengajian, hutang kenderaan, hutang rumah, hutang kad kredit, hutang riba, hutang perniagaan, hutang barang kemas dan sebagainya. Kerana hutang itu akhirnya menjadikannya sibuk dan dilupakan dengan janji-janji akhirat. 
Kita dimaklumkan bagaimana seramai 38,357 individu berusia 25 hingga 41 tahun, diisytiharkan muflis di seluruh negara dalam tempoh 65 bulan sehingga Mei lepas  yang berpunca daripada kegagalan menyelesaikan pinjaman sewa beli kenderaan, tidak dapat mengawal penggunaan kad kredit serta pinjaman peribadi.
Budaya berhutang bagaikan berjangkit daripada sikap pemimpin negara yang suka menimbun hutang dengan kehidupan mewah ketika rakyat semakin tersepit dengan kenaikan harga barang dan kos sara hidup yang semakin tinggi.
Ini boleh kita saksikan termasuk melalui Belanjawan 2012 yang baru dibentang yang menunjukkan bagaimana hutang dalam negara yang baru ditambah sebanyak RM 45.9 billion.
Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion bagi hujung tahun ini.
Berhutang itu bukanlah perkara yang sihat untuk diteruskan tanpa sebarang pelan kukuh untuk menyelesaikannya. Ingatlah bagaimana nabi Muhammad s.a.w sentiasa berdoa agar dijauhi daripada bebanan dan bahaya amalan suka berhutang

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ ، فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ : مَا أَكْثَرَ مَا تَسْتَعِيذُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مِنَ الْمَغْرَمِ ؟ قَالَ : إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا غَرِمَ حَدَّثَ  فَكَذَبَ ، وَوَعَدَ  فَأَخْلَفَ  - رواه البخاري

Maksudnya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang, lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : ” Jika seseorang berhutang, bila berbicara dia berdusta, bila berjanji dia mengengkari”
Muslimin/mat yang diberkati Allah S.W.T,
Firman Allah dalam ayat 7 surah al-Hasyru:
مَّا أَفَاءَ اللَّـهُ عَلَىٰ رَسُولِهِ مِنْ أَهْلِ الْقُرَىٰ فَلِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ كَيْ لَا يَكُونَ دُولَةً بَيْنَ الْأَغْنِيَاءِ مِنكُمْ ۚ وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّـهَ ۖ إِنَّ اللَّـهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ
Maksudnya : Apa yang Allah kurniakan kepada RasulNya (Muhammad) dari harta penduduk negeri, bandar atau desa dengan tidak berperang, maka adalah ia tertentu bagi Allah, dan bagi Rasulullah, dan bagi kaum kerabat (Rasulullah), dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, serta orang-orang musafir (yang keputusan bekalan). 
(Ketetapan yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. Dan apa jua perintah yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w) kepada kamu maka terimalah serta amalkan, dan apa jua yang dilarangNya kamu melakukannya maka patuhilah laranganNya. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah amatlah berat azab seksaNya (bagi orang-orang yang melanggar perintahNya).
Islam merupakan suatu system hidup yang lengkap dengan sentiasa menitikberatkan keadilan disamping mengharamkan sebarang bentuk kezaliman dan pencabulan terhadap hak orang lain.
Antaranya Islam sentiasa memastikan harta kekayaan Negara disalurkan dengan penuh amanah dan tidak hanya dikaut oleh sesetengah golongan sahaja. Kita begitu marah dan kecewa apabila melihat bukan sahaja amalan berhutang untuk bermewah dalam menguruskan harta Negara malah berdasarkan Laporan Audit Negara 2010 menunjukkan bagaimana berlakunya begitu banyak penyelewengan, pecah amanah, pembaziran yang melibatkan ratusan juta duit rakyat.
Ia bukan pertama kali berlaku malah berulang untuk sekian kalinya tapi akibat rakyat terus memberi mandat kepada golongan yang tidak amanah untuk mengurus Negara maka jadilah sebagaimana yang diberitahu oleh nabi iaitu harta kekayaan Negara dibahagikan seumpama harta rampasan perang yang berlegar sesama mereka sedangkan rakyat bawahan terus menanggung bebanan silih berganti. 
Negara kita bakal muflis bukan disebabkan subsidi yang diberi tetapi akibat penyelewengan dan pembaziran yang semakin tinggi. Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan orang Islam terpaksa meminta simpati gereja dan kuil untuk menyara hidup maka laporan audit membuktikan bagaimana peruntukan untuk miskin tegar tidak sampai kepada sasaran sebaliknya dinikmati oleh golongan yang sudah memiliki harta.  Bila dunia menjadi matlamat hidup maka halal haram diketepi, dosa pahala tidak dihirau lagi, syurga neraka sudah tidak dipeduli.
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
فرمان الله تعالى دالم أية 103-107سورة الصافات :
فَلَمَّا أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِينِ وَنَادَيْنَاهُ أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ إِنَّ هَذَا لَهُوَ الْبَلاَءُ الْمُبِينُ وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ
Maksudnya : Setelah keduanya berserah bulat-bulat ( menjunjung perintah Allah) dan nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya atas tompok tanah ( untuk disembelih) serta Kami menyerunya :”Wahai nabi Ibrahim! Sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu”. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebuskan anak itu dengan sembelihan yang besar.
            Setiap kali berada pada hari raya korban maka kita sentiasa diperingatkan tentang pengorbanan besar yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan nabi Ismail berdasarkan kepada arahan Allah melalui mimpi.
Kisah ini tidak memberi makna sekiranya kita gagal melaksanakan perintah wahyu Allah yang nyata iaitu al-Quran termasuk dalam melaksanakan hukum hudud yang pernah dilaksanakan di Negara kita sebelum kedatangan penjajah.
Nabi Ibrahim a.s disuruh sembelih anak tersayang sebaliknya kita disuruh mengerat tangan pencuri ketika masalah ini semakin meruncing, bunuh orang murtad yang enggan bertaubat ketika isu ini semakin parah akibat fahaman sekulerisme yang disemai, sebat penzina ketika kes zina memuncak.
Kajian Isu Pembuangan Bayi oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) pada September hingga November 2010 yang melibatkan seramai 5,016 responden yang dipilih secara rawak di mana seramai 2,260 responden mengakui pernah berzina
Manakala 1,922 daripada mereka mengetahui rakan mereka mempunyai sejarah hitam mengandung anak luar nikah.
Setiap 3 daripada 6 remaja berumur antara 15 hingga 28 tahun di negara ini mempunyai rekod hubungan zina dan yang lebih mengecewakan ramai pelajar universiti yang turut terlibat sama dengan jenayah yang dahsyat ini. 
Alasan rakyat tidak faham sepatutnya disusuli dengan usaha memberi faham tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya termasuk Belanjawan 2012 tidak ditekan bantuan kepada pengajian agama dan program menangani masalah kerosakan akhlak.
Apa yang lebih menyedihkan program hiburan yang merosakkan semakin subur termasuk lambakan filem seram yang menyuburkan amalan khurafat dan tahyul sedangkan ia merupakan antara perkara yang boleh merosakkan aqidah
قَالَ رَسُوْلُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ أَتَى كَاهِنًا أَوْ عَرَّافًا لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاةٌ أَرْبَعِينَ لَيْلَةً  -رواه مسلم
Ertinya : Sesiapa yang mendatangi dukun yang meramal atau mendakwa tahu(sesuatu yang ghaib) maka tidak diterima solatnya selama 40 malam
بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِي القُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ وَاسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ
خطبة كدوا
اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ ( 3 كالي ) اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ بُكْرَةً وَأَصِيْلا. الحَمْدُ ِللهِ وَحْدَهُ صَدَقَ وَعْدَهُ وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الأحْزَابَ وَحْدَهُ . أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لا شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ , اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ . أَمَّا بَعْدُ…….فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ وَأَطِيْعُوْهُ وَاعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ يُحِبُّ المُتَّقِيْنَ …. فرمان الله تعالى دالم أية 24 سورة الأنفال :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَجِيبُوا لِلَّـهِ وَلِلرَّسُولِ إِذَا دَعَاكُمْ لِمَا يُحْيِيكُمْ ۖ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّـهَ يَحُولُ بَيْنَ الْمَرْءِ وَقَلْبِهِ وَأَنَّهُ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Islam menanam kukuh dalam diri umatnya sikap suka berkorban dalam menghadapi sebarang perkara di mana tanpa pengorbanan maka sesuatu kejayaan tidak mampu diraih. 
Allah menjanjikan kehidupan bila semangat jihad dalam diri umat Islam terus membara sehingga menggerunkan musuh daripada terus menindas dan mencabul hak umat Islam sesuka hati.
Sebaliknya bila umat Islam dihidapi penyakit terlalu cinta kepada dunia dan takut kepada kematian maka selagi itu kita akan dijajah dan dihina dalam negara kita sendiri. Musuh Islam sentiasa mengambil berat tentang pertukaran kepimpinan yang berlaku di Negara umat Islam agar ia bertepatan dengan citarasa mereka.
Oleh itu menjadi kewajipan umat Islam menukar daripada system jahiliah kepada Islam, kegelapan kufur kepada terangnya iman. Sekiranya umat Islam tidak berani menukar system tersebut maka keadaan Negara hanya bertukar pemimpin yang akan meneruskan kezaliman dan penindasan.
Kita doakan semoga pertukaran kepimpinan di Mesir, terbaru di Libya serta tidak ketinggalan kemenangan Parti Islam di Tunisia akan memberi sinar kepada Islam dan umatnya bukan meneruskan penderitaan seperti di Afghanistan dan Iraq sebelum ini
Muslimin/mat yang dirahmati Allah,
Sempena berada pada hari raya korban juga kita mengambil iktibar daripada tindakan kerajaan Belanda yang mengharamkan sembelihan cara Islam dan Yahudi atas alasan menyakitkan binatang.
Mereka seolah menutup mata tentang kajian sainstis barat sendiri  bagaimana penyembelihan dalam Islam terbukti jelas mematikan haiwan dengan cara yang mengurangkan kesakitan.
Kajian saintifik diketuai oleh Profesor Wilhelm Schulze dari Jerman mendapati kaedah sembelihan dalam Islam terbaik kerana haiwan tidak mengalami kesakitan sewaktu disembelih berbanding kaedah kejutan elektrik yang digunakan di beberapa negara Barat. 
Hasil pemerhatian Profesor Temple Grandin dari Universiti Negeri Colorado pula mendapati haiwan yang disembelih menggunakan pisau yang tajam dengan kaedah betul memberikan reaksi tenang dan berada dalam keadaan tidak sedar ketika sedang disembelih.
Dr Aisha El-Awady pula mengatakan pergerakan dan kekejangan yang berlaku selepas haiwan itu disembelih, bukan akibat kesakitan tetapi akibat denyutan diikuti keadaan tenang.
Proses itu menyebabkan darah dikeluarkan dari badan sepenuhnya. Kaedah Islam juga memastikan saluran udara, kerongkong dan dua urat leher dipotong tanpa menjejaskan saraf tunjang.
Kaedah ini membolehkan darah keluar membuak-buak dari badan haiwan dan menghasilkan daging yang bersih. Inilah keindahan Islam yang sentiasa menanamkan sifat ihsan termasuk ketika menyembelih binatang
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” إِنَّ اللهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُل ِّ شَيءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذِبْحَة وَلْيُحِد أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ ولْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ ” (رواه مسلم(
Maksudnya : Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan ke atas tiap-tiap sesuatu dan apabila kamu menyembelih, sembelihlah dengan cara paling sempurna, tajamkan pisau kamu supaya haiwan itu cepat dan mudah mati
اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ! اللهُ أَكْبَرُ وَلِلهِ الحَمْدُ
Salam Aidil Adha diucapkan kepada seluruh muslimin dan muslimat. Bagi yang berkemampuan disarankan agar menghidupkan sambutan Aidil Adha ini dengan ibadat korban sebagaimana yang digalakkan oleh nabi antara sabdanya :
مَاعَمِلَ ابْنُ آدَمَ يَوْمَ النَّحْرِ عَمَلاً أَحَبَّ إِلَى الله عَزَّ وَجَلَّ مِنْ إِهْرَاقَةِ دَمٍ. وَإِنَّهُ لَيَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَظْلاَفِهَا وَأَشْعَارِهَا. وإِنَّ الدم لَيَقَعُ مِنَ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ بِمَكَانٍ، قَبْلَ أَنْ يَقَعَ عَلَى الأَرْضِ. فَطِيبُوا بِهَا نَفْساً
Maksudnya : “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh manusia pada hari raya korban yang lebih disukai Allah dari mengalirkan darah (yakni menyembelih korban). Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat nanti dengan tanduk-tanduknya, kuku-kuku dan bulu-bulunya (dan diletakkan di atas timbangan). Dan sesungguhnya darah binatang korban itu mendapat kedudukan di sisi Allah di suatu tempat yang tinggi sebelum ia jatuh di atas bumi.Oleh itu, ikhlaskanlah hati kamu ketika berkorban itu”. (Riwayat Imam at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim)
اللّهُمَّ صَلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ اللّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الأحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأمْوَاتِ إِنَّكَ سَمِيْعٌ قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ وَقَاضِيْ الحَاجَاتِ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَانْصُرْهُمْ عَلَى عَدُوِّكَ وَعَدُوِّهِمْ , اللّهُمَّ لا تُسَلِّطْ عَلَيْنَا مَنْ لايَخَافُكَ وَلا يَرْحَمُنَا, اللّهُمَّ انْصُرِ المُجَاهِدِيْنَ الَّذِيْنَ يُجَاهِدُوْنَ فِيْ سَبِيْلِكَ فِيْ كُلِّ زَمَانٍ وَمَكَانٍ , اللّهُمَّ انْصُرْ إِخْوَانِنَا المُسْلِمِيْنَ فِى عِرَاق وَفِى فَلَسْطِين وَفِى لبنان وَفِى سوريا وَفِى كَشْمِيْر وَفِى الهِنْد وفى أفغانستانِ وَفِى شِيْشَان وَفِى جَنُوْبِ بِلِيِبين وَفِى إيندونيسيا وفى تايلند وَفِى بَلَدِنَا ماليزيا اللّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الكِتَابِ وَ يَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَ يَاهَازِمَ الأحْزَابِ اِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالنَّصَارَى وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالهُنَوْدِ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالأمِيرِكَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِالِبرِيطَان وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ عَلَيْكَ بِأَحْزَابِ المُشْرِكِيْنَ الطَّاغِيْنَ الظَّالِمِيْنَ وَمَنْ وَالاهُمْ, اللّهُمَّ دَمِّرْهُمْ تَدْمِيْرًا وَ تَبِّرْهُمْ تَتْبِيْرًا وَاجْعَلْهُمْ هَبَاءً مَنْثُوْرًا اللّهُمَّ انْصُرْ مَنْ نَصَرَ دِيْنَكَ وَاخْذُلْ مَنْ خَذَلَ دِيْنَكَ , اللّهُمَّ أَعِزَّ الإسْلامَ وَالمُسْلِمِيْنَ وَأَذِّلَّ الشِّرْكَ وَالمُشْرِكِيْنَ وَدَمِّرْ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ وَانْصُرْ عِبَادَكَ المُؤْمِنِيْنَ . اللّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنَّا صَلاتَنَا وَقِيَامَنَا وَجَمِيْعَ حَسَنَاتِنَا وَاجْعَلْهَا خَالِصَةً لِوَجْهِكَ الكَرِيْم. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. سبُحْاَنَكَ اللّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيْهَا سَلامٌ وَآخِرُ دَعْوَاهُمْ أَنِ الحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email