Jom kongsi pendapat anda !

07 December 2011

Fatwa Terbaru - Kaum Wanita Dilarang Pegang Timun Atau Pisang

Ini satu fatwa yang amat mengejutkan yang dikatakan dikeluarkan oleh seorang ulama yang tinggal di Eropah. Dia menasihatkan agar kaum wanita menjauhi daripada menyentuh semua buah-buah yang menyerupai alat genital lelaki seperti pisang, timun, lobak dan lain-lain seumpama dengannya.

Ini bagi mengelakkan imaginasi terhadap seks apabila menyentuh sesuatu yang menyerupai genital kaum lelaki. Beliau juga menasihatkan agar para suami membantu kaum wanita yang gemarkan makan pisang atau timun untuk memotongnya terlebih dahulu dalam potongan yang kecil di tempat tersorok sebelum memberikannya kepada para isteri.


Ketika ditanya bagaimana dengan para wanita yang terpaksa keluar membeli belah dan perlu membeli semua barangan tersebut dan terpaksa menyentuhnya. Jawabnya itu adalah terpulang antara wanita tersebut dengan Tuhan.

Kenyataan tersebut amat megejutkan orang ramai yang membaca fatwanya itu dan ramai yang memberikan komen negatif terhadapnya.

Amat menghairankan bagaimana fatwa atau pendapat seperti itu boleh terlintas keluar. Apakah kaum wanita yang memegang buah-buahan seperti itu sentiasa mengaitkannya dengan genital lelaki?. Berdasarkan kajian terhadap kaum wanita, seks bukanlah perkara utama yang sering difikirkan oleh kaum wanita berbanding lelaki.

Itupun ada kajian terbaru yang menyatakan bahawa makan merupakan antara perkara paling banyak difikirkan oleh kaum lelaki di dunia dan seks adalah perkara yang kedua. Saya sangsi dengan fatwa tersebut samada ia dikeluarkan oleh seseorang yang berautoriti. Apapun ia amat melucukan...

Wanita bercinta dengan dua lelaki dan mereka tinggal serumah bertiga - Kiamat dah hampir!

Jaiya Ma telah menjalinkan hubungan cinta dengan Jon Hanauer, 49 selama 6 tahun. Kemudiannya Jon mencadangkan Jaiya mencari seorang lagi lelaki dalam hidupnya. Dengan berbagi usaha menemui seorang lagi kekasih untuk teman wanitanya itu akhirnya Jaiya 34, menemui seorang lelaki, Ian Fergusson, 44 lalu mereka menjalinkan hubungan sehingga dalam masa setahun Jaiya mengandung....cerita seterusnya baca sini.

Kini mereka tinggal serumah. Seorang wanita dua orang lelaki dan seorang anak yang mempunyai 3 ibubapabapa. Berbagai kecelaruan berlaku di sana sini. manusia hanya berpandukan akal nafsu semata dan mereka namakan itu semua keterbukaan dan maju!. Nauzubillah!

05 December 2011

Projek Parkir Bertingkat Gagal, Lim Guan Eng Perlu Bertanggungjawab - Ng Yen Yen

Bangunan parkir bertingkat bernilai RM15 juta yang dibina di kaki Bukit Bendera, Pulau Pinang terpaksa di musnahkan apabila projek tersebut gagal mendapatkan sijil pendudukan daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang menyatakan bahawa keseluruhan bangunan tersebut akan diruntuhkan, di rancang dan direkabentuk semua untuk dibina sebuah bangunan yang baru. 

Panel penyiasat yang mengaudit projek tersebut mendapati Arkitek dan juga Consultant kepada projek parkir itu bertanggung jawab terhadap kelemahan rekabentuk serta pembinaan bangunan.


Untuk membina semula bangunan parkir baru, kos sebanyak lebih daripada RM5.5 juta diperlukan dan dijangkan ia akan mengambil masa selama 15 bulan untuk siap.

Perbelanjaan projek bangunan parkit tersebut dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan di bawah Menterinya Ng Yen Yen. Projek itu di serahkan kepada PDC sebagai badan yang mengurus dan mengendalikan urusan pembinaan bangunan tersebut di mana Lim Guan Eng merupakan pengerusi kepada PDC.

Agak menghairankan juga bagaimana kesilapan dan pembaziran sebegitu boleh terjadi dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang. Biasanya PDC amat terperinci dalam urusan pemberian tender dan menapis semua kontraktor agar benar-benar berkelayakan.

Pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam urusan pembinaan tersebut kerana amat menghairankan setelah keseluruhan bangunan siap dibina barulah di dapati ianya tidak selamat untuk digunakan, kenapa tak boleh dikesan dari awal?...mungkin mereka yang mahir dalam selok belok bangunan ada jawapannya. Sumber

Lelaki Hilang Pekerjaan Apabila Diharamkan Terlibat Dalam Industri Pakaian Dalam Wanita !

Kerajaan Arab Saudi tegas dengan keputusan mereka melarang kaum lelaki dari melibatkan diri mereka dalam industri pakaian dalam wanita. Antara hikmah larangan tersebut adalah bagi:

  • Memelihara kehormatan kaum wanita dan juga mengelakkan mereka rasa segan apabila membeli belah pakaian dalam.
  • Menambahkan peluang pekerjaan kepada kaum wanita apabila semua kerja tersebut dikosongkan oleh kaum lelaki yang terpaksa mencari kerja lain.
Ramai lelaki yang telah bekerja di dalam industri tersebut sedang giat mencari peluang pekerjaan lain. bagi mereka yang mengurus dan menjaga kedai pakaian dalam persendirian, kerajaan menasihatkan agar mereka menukar kepada menjual pakaian lain.

Banyak syarikat pengedar seluar dalam wanita di negara kita dimiliki oleh orang lelaki termasuklah seluar-seluar dalam jenis 'fancy' dan trendy. Mereka menjadi pengimpor jenama terkenal tertentu dan seterusnya mengedarkannya di serata gudang pasaraya.

Apa saja perniagaan yang pembelinya adalah wanita merupakan satu perniagaan yang berdaya saing dan amat menguntungkan kerana kaum wanita suka membeli. Menghalang kaum lelaki dari terlibat dalam industri yang berkait dengan wanita bakal merugikan usahawan lelaki.

Sumber

Rapat Umum PR Di Stadium Malawati, Shah Alam

























04 December 2011

Video: Mayat 22 Tahun Tentera Iran Dijumpai Masih Segar?

Video ini menunjukkan bagaimana seorang yang dikatakan telah meninggal dunia 22 tahun yang lalu masih segar mayatnya tanpa ada kesan pereputan walaupun talah berlalu 22 tahun. Dikatakan keranda mengandungi mayat ini ditemui ketika aktiviti mengorek tanah untuk kerja-kerja pembangunan.

Bukan untuk menafikan harus mayat seseorang yang mati syahid tidak mereput tetapi kalau dilihat daripada keranda, plastik serta kain yang membungkus mayat tersebut tidak ada tanda-tanda seperti ia sudah berusia selama 22 tahun. Kesemuanya kelihatan masih segar bugar termasuklah pakaian yang dipakai oleh pemuda yang dikatakan telah mati syahid 22 tahun yang lalu. Malah bendera Iran yang menutup keranda juga masih utuh.

Ini mendatangkan kemusykilan samada benar atau ia hanyalah satu rakaman lakonan?

Ustaz Azhar Idrus Tidak Dibenar Ceramah Di Masjid - MAIK Tak Beri Tauliah !

Ustaz Azhar Idrus yang tersohorpun tak diberikan tauliah oleh MAIK. Akibat daripada itu beliau tidak dibenarkan berceramah atau berkuliah di dalam masjid. Walau bagaimanapun tiada larangan untuk beliau berceramah di luar pintu masjid.

Bagi Ustaz Azhar Idrus, ia bukanlah merupakan satu masalah besar bagi dirinya kerana beliau masih boleh berceramah di stadium, atas padang tepi jalan dalam bangunan kosong atau dalam dewan orang ramai. Berkemungkinan larangan adalah bermotifkan politik.

Memang lumrah kalau nak berbuat baik sentiasa didatangkan dengan berbagai halangan. Bagi mereka yang ikhlas itu hanyalah satu latihan bagi mempertingkatkan kedudukan mereka di sisi Tuhan. Tengok rakaman videonya di bawah:

03 December 2011

Apa Yang Ditulis Tentang Anwar Ibrahim Dalam Buku "The 500 Most Influential Muslims"

Anwar Ibrahim disenaraikan dalam bahagian " Honorable Mentions ".

Berikut apa yang ditulis dalam bahagian tersebut tentang Ketua Pembangkang itu.








Ibrahim is a Malaysian politician of global stature. He is
the former Deputy Prime Minister of Malaysia, former
Finance Minister and is currently the leader of the Malaysian
Opposition Coalition. In 2010 he was awarded
the lifetime achievement award from The Association of
Muslim Social Scientists (AMSS UK). He is well-known
for his liberal Islamic stance on politics, and is influential
as a leader and role model for young people. Ibrahim’s
coalition now controls 4 of 13 state governments. If led
by Anwar, it would have a fair chance of winning the next
national election in 2013. In December 2010, he was suspended
from Parliament for 6 months.

Senarai 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia Terkini !

Erdogan dan Raja Abdullah masing-masing menduduki
tangga ke 3 dan pertama.
Senarai tahunan orang Islam yang paling berpengaruh di dunia telah dikeluarkan hari ini dengan King Abdullah menduduki senarai teratas orang Islam yang paling berpengaruh di dunia. King Abdullah juga di senaraikan sebagai orang no 6 paling berpengaruh di dunia dalam senarai 70 manusia berpengaruh yang dikeluarkan oleh Forbes.

Raja Abdullah yang menduduki takhta negara Marocco menduduki senarai kedua manakala perdana menteri Turki Recep Tayyip Erdogan menduduki tangga ke tiga. Di tangga ke empat adalah Raja Abdullah pemerintah Jordan dan pemimpin tertinggi Iran Ayatollah Sayid Ali Khamenei menduduki tangga ke lima. Lihat senarinya di bawah:

  1. Raja Abdullah, Arab Saudi
  2. Raja Mohammed IV, Marocco
  3. Recep Tayyip Erdogan, Turki
  4. Raja Abdullah Hussein, Jordan
  5. Ayatollah Sayyid Ali Khamenei, Iran
  6. Sheikh Hamad Khalifa Al-Thani, Qatar
  7. Prof Dr Sheikh Ahmad Muhammad Al-Tayyeb, Sheikh Al-Azhar
  8. Dr Mohammed Badie, Ikhwan Muslimin Mesir
  9. Sultan Qaboos Bin Sa'id Aal Said, Oman
  10. Ayatollah Sayyid Ali Hussein Sistani, Najaf, Iraq
  11. Susilo Bambang Yudhoyono, Indonesia
  12. Sheikh Dr Ali Goma'a, Mufti besar Mesir
  13. Sheikh Dr Yusuf Al-Qardawi, Mesir
  14. Sheikh Abdul Aziz Ibni Abdullah, Mufti Arab Saudi
  15. Hodjaefendi Fethullah Gulen, Pnedakwah Turki
  16. Mohammed Abdal Wahhab, Ketua Jamaah Tabligh Pakistan
  17. Dr K H Said Aqil Siradj, Pengerusi Nahdatul Ulama
Anwar Ibrahim tidak menduduki senarai top 50 tetapi di senaraikan sebagai senarai kehormat. Antara Ilmuan termasuk dalam senarai 500 dari negara kita adalah Dr Muhammad Afifi AlAkiti dan juga Dr Syed Muhammad Naquib Al Attas. Nak download senarainya pergi kat sini

Pemain Bola India Buat Kerja Cuci Stadium Untuk Beli Boot

Permainan yang menjadi raja di India adalah Cricket dan bola berada di kasta yang cukup rendah di sana.

Oleh itu tidak hairanlah para pemain bola yang menjuarai Indore Football League (IFL) baru-baru ini dilihat mencuci semua kerusi di stadium cricket Holkar untuk mendapatkan upah. Baca laporannya di sini.

Lagi Berita iPhone 4 Terbakar - Nasib Baik Tak Bakar Muka!

Satu laporan baru dari Brazil mendedahkan seorang pengguna hampir terbakar mukanya apabila iPhone 4 yang diletakkan berhampiran ketika sedang tidur tiba-tiba berasap dan terbakar. Dia terjaga dan segera bertindak meredakan kebakaran.

Ini berita kedua selepas dari berita pertama kebakaran berlaku dalam penerbangan di Australia. Apple, pengeluar iPhone dilaporkan bersedia menyiasat segala kejadian yang berlaku.
Lihat beritanya di sini

"Yang Penting Saya Tidak Berzina Sama Orang, Tapi Dengan Anak Sendiri" - Apa Nak Jadi ?

Tonton video ini. Ibu dengan anak sulungnya bercinta setelah kematian suami atau bapa dalam keluarga tersebut....nauzubillah! moga Allah selamatkan aku dan keluarga akau serta keturunan aku dari kecelaruan sebegini.

Serangga Terbesar Di Dunia

Namanya Giant Weta atau diterjemahkan menjadi "Raksasa Weta". Hanya terdapat di Little Barrier Island, New Zealand. Lihat rupanya di dalam gambar sebelah. Ia sejenis cengkerik yang biasa kita jumpa di kawasan kampung kita. Saiznya besar melebihi seekor burung atau tikus mondok.

10 Rekabentuk Blog Menarik Dan Berfungsi

Berikut blog-blog yang berorientasikan business dan bergantung hidup pada iklan yang menarik sebagai sumber inspirasi para blogger dalam merekabentuk blog mereka.

AdWeek 



The Next Web


Abduzeedo


The Verge


Fast Company Design


Bleacher Report


CNET


Gizmodo and the Gawker network


Gothamist New York


The Daily Beast


Engadget 

Anda boleh baca ulasannya di sini

Kena Tengok Ni, Menarik !

02 December 2011

Ini Gambar Artis Pakistan Yang Berdebat Dengan Mufti Pakistan - Masih Ada Yang Nak Bangga?

Veena Malik pernah berdebat dengan mufti Pakistan dan debatnya tersebut banyak disiarkan dengan bangganya oleh mereka yang menaruh perasaan bence pada para ulama. Mereka menuduh para ulama berfahaman kolot dan tidak terbukan. Mereka juga menuduh para ulama menyebabkan umat Islam terkebelakang dari arus kemajuan.

Debat Veena Malik digembar-gemburkan sebagai hebat dan dijadikan contoh bagaimana seorang artis telah 'menitik' seorang ulama. Ringkasnya ada yang berbangga dengan Zeena Malik kerana berani berdebat dan cuba menunjukkan bahawa kononnya ulama terlalu jumud dan tidak memahami perasaan seorang manusia yang bernama artis.

Tetapi lihatlah gambar sebelah, inilah diri sebenar seorang yang bernama artis yang menjadikan alasan mencari makan untuk menyara hidup serta anak dengan menghalalkan apa saja ikut sedap kepala otak mereka. 

Dari satu segi sebenarnya lebih baik jangan dilayan untuk berdebat dengan mereka seumpama itu, ia hanyalah sesuatu yang membuang masa sahaja. 

01 December 2011

Wanita Awas!, Gambar Diri Anda Dibogelkan !

Lihat gambar wanita di sebelah bagaimana software edit gambar boleh digunakan untuk membogelkan gambar diri anda.

Baca laporan di bawah yang saya ambil dari blog ini


Zaman sekarang kita semua pun sudah tahu, dekat luar sana memang ramai editor yang power-power dan terer yang kita tidak sangka.

Malah aku pun buleh dikatakan pandai dalam menggunakan software Photoshop ini tapi tidak lah sampai untuk berfikir dan explore sehingga ingin membuat seperti ini. Tetapi, inillah yang berlaku sekarang. Ada tools (editor x-ray) di dalam photoshop boleh membuat gambar anda berpakaian akan menjadi bogel.
So, nasihat aku, korang kalau perempuan, dinasihatkan agar jangan lah upload gambar dekat facebook or mana-mana laman sosial dengan keadaan pebuh seperti gambar diatas. Ambil lah gambar dari atas dada dan ke atas. Dan juga, jangan pakai baju putih kerana editor akan lebih senang untuk edit gambar anda.
Sila kongsikan dengan kawan-kawan anda yang lain!

Anda Sentiasa Diperhatikan Jika Anda Pakai Phone Android !

Seorang Android Developer mendedahkan bagaimana setiap telefon bimbit baru yang menggunakan teknologi Android merekodkan segala aktiviti yang anda lakukan pada telefon bimbit anda. Semua maklumat seperti password, nombor, portal mana yang anda masuk, nombor rahsia online bangking anda dan segalanya dirakamkan secara rahsia.

Software yang digunakan dalam phone tersebut untuk membuat segala kerja rakaman itu dibina oleh syarikat bernama Carrier IQ. Dikatakan bahawa blackberry dan Nokia juga menggunakan perakam rahsia yang sama tetapi dinafikan oleh Nokia.

Memang sebenarnya kita sedang berada di dalam dunia di mana segalanya sudah tidak menjadi rahsia lagi. Identiti kita terdedah di serata tempat. Kita boleh dihubungi di mana saja kita berada dengan telephone bimbit kita. Pergerakan kita boleh di kesan sepanjang masa. Maklumat kita ada pada setiap pasaraya yang kita masuk dengan menggunakan kad kredit dan macam-macam lagi...semuanya bukan lagi rahsia.

Nak tahu lebih terperinci baca kat sini  

Lihat Gambar Masyarakat Paling Panjang Umur Dunia - Apa Rahsia Mereka?

Sardinia merupakan salah sebuah pulau kepunyaan negara Itali. Masyarakatnya yang tinggal di kawasan pergunungan di tengah kepulauan tersebut merupakan salah sebuah masyarakat yang punyai jangka hayat hidup paling lama di dunia.

Antara rahsia mereka panjang umur dan sihat adalah kehidupan yang aman dari tekanan, sentiasa mengeratkan silaturahim dengan mengutamakan keluarga terlebih dahulu, makan hasil daripada usaha bercucuk tanam sendiri dan hidup sebagai pengembala kambing yang memerlukan mereka berjalan sekurang-kurangnya sejauh 5 batu sehari. Anda boleh lihat koleksi gambar selanjutnya di sini.

Kalau nak tahu lebih lanjut rahsia masyarakat panjang umur dari serata dunia boleh beli buku ini kat sini

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email