Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

18 January 2012

Mohd Shubhi  /  18.1.12  /  ,   /  No comments
Adakah anda mengalami masalah mulut berbau atau anda tidak pernah terfikir bahawa orang tak suka bersembang dengan anda sebab mulut anda berbau ketika bercakap. Jika setiap kali anda berbual dan rakan anda cuba berada jauh sedikit daripada anda, elok jika anda amalkan petua di bawah:

  1. Paling penting untuk diamalkan adalah dengan sentiasa memberus gigi setiap kali lepas makan.
  2. Rajin mengunyah buah pelaga mampu menyegarkan dan memaniskan nafas anda dan menyahkan bau mulut anda yang tidak enak.
  3. Rajin amalkan minum jus limau yang dicampur dengan sedikit gula dan garam
  4. Anda juga boleh mengunyah daun pasli untuk mendapatkan nafas yang segar.
  5. Teh menthol juga boleh mengurangkan nafas anda yang berbau.
  6. Amalkan setiap kali sebelum tidur untuk berkumur dengan segelas air yang dicampur dengan separuh jus lemon.
  7. Sentiasa basahkan mulut anda dengan air, ia adalah satu kemestian.
Nota: Mulut yang berbau biasanya disebabkan oleh samada gigi palsu, gigi berlubang, jangkitan tekak, minuman keras, merokok, jangkitan paru-paru, makanan yang berbau dan juga tidak menjaga kebersihan mulut.

0 comments:

Post a Comment

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search