Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

31 January 2012

Mohd Shubhi  /  31.1.12  /    /  No comments
Hampir semua orang di negara kita sudah biasa dengan penggunaan email. Dikatakan seramai 17 juta rakyat negara kita amat biasa dengan penggunaan email untuk berkomunikasi. Komunikasi amat penting dalam kehidupan tetapi dalam masa yang sama komunikasi juga merupakan salah satu sebab ramai manusia masuk ke neraka jahanam.

Ada sebuah riwayat yang terkenal berbunyi lebih kurang begini:
" Ada dikalangan anak Adam berkata sesuatu yang dia tidak nampak lansung keburukan daripada ucapannya itu, tetapi disebabkan perkataannya itulah menyebabkan dia dihumban masuk ke dasar neraka Jahanam".


Ramai para sahabat amat takut dengan bahaya komunikasi tidak terkawal. Mereka takut tersilap cakap yang boleh membuatkan diri mereka tidak selamat. Kalau dahulu kala, kita berkomunikasi dengan hanya melalui percakapan yang amat terbatas yang memerlukan 2 individu berhadapan, sekarang ini teknologi membolehkan kita berkomunikasi menyampaikan apa yang kita mahu dengan amat mudah sekali.

Bermula dengan komunikasi melalui surat menyurat kepada penciptaan telefon sehinggalah penggunaan internet membolehkan kita mampu menyampaikan maklumat serentak untuk beribu-ribu manusia lain mengetahui apa yang mahu kita sampaikan.

Jika komunikasi primitif melalui percakapan berhadapan mampu mencetuskan kekeliruan jika orang yang menyampaikan maklumat pada kita tidak punyai integriti, apatah lagi jika sekadar menerima ratusan email daripada entah siapa yang lansung tidak kita pernah temui. Mungkin dalam ribuan kenalan maya kita tersebut terselit ratusan manusia yang lansung tidak ada prinsip serta integriti yang boleh diyakini.

Manusia sebegini memang terlalu ramai samada mereka sengaja dan menyedarinya atau mereka sendiri tidak menyedarinya sebagaimana maksud hadith di atas tadi yang ramai tidak sedar niat baik komunikasi mereka menyebabkan mereka tergelincir ke neraka jahanam.

Begitulah lebih kurang apa yang sedang saya cuba sampaikan apabila tembakan maklumat demi maklumat yang memburukkan satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain. Keadaan ini amat mengelirukan kita yang terkapai-kapai mencari kebenaran serta kepastian mana yang betul dan mana satu yang tidak betul.

Kalau sebelum ini email layang diterima oleh ramai pengguna di negara kita tentang tidak halalnya sosej Ramly, kini ada satu lagi email layang yang saya terima berkenaan tepung gandum cap sauh dan kunci juga roti Massimo dan minyak sri murni yang dikatakan dimiliki oleh orang paling kaya di negara kita Robert Kwok. Semua produk tersebut amat biasa digunakan dikalangan rakyat negara kita tak kira samada Melayu atau Cina atau lain-lain bangsa.

Yang lebih merisaukan lagi, email layang tersebut menyuntik semangat perkauman antara kaum Melayu dengan Kaum Cina yang digambarkan sebagai sedang cuba mematikan survival ekonomi mereka antara satu sama lain. Apakah kita perlu berbuat begitu dalam sebuah negara yang sedang kita diami berjiran-jiranan. Adakah kita perlu berperang antara satu sama lain sedangkan negara lain sedang jauh meninggalkan kita dalam berbagai segi.

Bagaimana mahu kita bina bangsa masing-masing terutamanya Melayu jika kita tidak dapat hidup tenteram berusaha memperbaiki bangsa kita di dalam negara kita sendiri. Bagaimana mahu kita mencapai kekuatan ekonomi jika kita tidak dapat menjalinkan persefahaman yang baik dengan jiran-jiran kita.

Mengapa tidak ikuti contoh Nabi ketika mahu memperkuatkan umat Islam di Madinah mengatur strategi dengan menjalinkan persefahaman dengan kaum Yahudi di sekitar Madinah pada waktu itu agar mampu memberikan tumpuan untuk menghadapi musuh lebih kritikal yang berupa para Musyrikin di Mekah. Sama-samalah kita fikirkannya.

Cuba baca lampiran di bawah yang saya terima berkenaan gesaan memboikot Tepung, Roti serta Minyak masak yang saya sebutkan tadi:

0 comments:

Post a Comment

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search