Jom kongsi pendapat anda !

25 January 2012

Tak Salah Bercampur Lelaki Perempuan - Ulama Saudi

Sheikh Ahmed Bin Qassem Al-Ghamdi
Adakah anda bersetuju dengan pendapat di atas. Jika anda tidak bersetuju, Sheikh Ahmed Bin Qassem Al-Ghamdi, ulama yang mengeluarkan pendapat tersebut mencabar anda untuk berdebat dengannya secara ilmiah bagi membuktikan kesalahannya.

Ramai pihak di Arab Saudi yang mengkritik pendapat ulama tersebut dan ramai yang menyerang peribadinya melalui laman sosial seperti Facebook dan lain-lain. Beliau sebaliknya mengajak mereka yang tak bersetuju untuk berbincang secala ilmiah dan bukannya menyerang peribadinya. Beliau juga menyeru ulama yang tidak sealiran dengannya berfikiran terbuka apabila berhadapan dengan mereka yang tidak sealiran dengan mereka.


Sheikh Ahmed juga mengeluarkan beberapa pendapat lain yang amat tidak sealiran dengan para ulama Saudi yang lain. Di antara pendapatnya adalah:

  • Tidak salah lelaki bercampur gaul dengan perempuan.
  • Tidak salah seorang muslim mendengar muzik
  • Solat berjemaah hanyalah perbuatan sunnah dan bukannya satu kemestian.
Segala pendapatnya itu dikeluarkan berdasarkan kajiannya yang mendalam terhadap segala pendapat ulama sebelum ini. Mengenai alat muzik, beliau menyatakan Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atasnya) pernah mendengar alat muzik tradisional berupa gendang. Ini bukti bahawa mendengar muzik bukanlah satu perkara yang dilarang.


Mengenai solat berjemaah, beliau mendapati pendapat yang mewajibkannya hanyalah daripada Imam Ahmad sedangkan pendapat lain seperti daripada Imam Syafie, Imam Abu hanifah serta Imam Malik tidak mewajibkannya. Pendapat mewajibkannya diambil daripada riwayat Imam Ahmad yang dikuatkan oleh Ibnu Taymiyyah dan diikuti oleh kerajaan Saudi, katanya lagi.

Bagaimana pula jika kita bercampur gaul lelaki perempuan sambil mendengar muzik. Ulama tersebut tidak pula menyatakannya tetapi daripada apa yang dikatakannya kita boleh andaikan ianya tidak salah. 

Bagaimana pula jika berhimpit-himpit lelaki perempuan mendengar konsert atau menaiki kenderaan awam. Dalam bab ini, tak ada orang yang waras yang akan menggemarinya terutamanya kaum wanita tak kira bangsa apapun kerana kebiasannya yang mengambil faedah daripada aktiviti berhimpit-himpit tersebut hanyalah kaum lelaki.

Baca laporannya di sini.




0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email