Jom kongsi pendapat anda !

18 February 2012

Apa kebaikan isu Murtad diperbesarkan


Sembah tokong walaupun sekadar melawak tanpa niat
menyebabkan seseorang itu jatuh murtad.

  • Ia akan memberikan kesedaran pada umat Islam di Malaysia bahawa ada orang Islam di negara kita yang telah murtad.
  • Ia memberikan amaran pada umat Islam terutamanya para ibubapa agar berhati-hati dan memantau anak-anak supaya jangan jatuh dalam lembah murtad.
  • Ia akan menggalakkan umat Islam di negara kita mencari makna apa itu murtad dan menjauhinya.
  • Ia memberikan idea baru pada para alim ulama serta para ustaz pendakwah bebas untuk mempelbagaikan tajuk mengenai murtad untuk disampaikan pada orang ramai.
  • Ia membuatkan umat Islam lebih peka kepada gejala murtad dan mula memantau semua tindak tanduk rakan mereka yang condong mahu murtad.
  • Ia menghapuskan fahaman salah sesetengah pihak yang liberal yang memegang bahwa isu agama adalah isu peribadi.
  • Ia akan memadamkan usaha sesetengah golongan yang mahu mempromosikan pluralisme dalam beragama sedangkan agama Islam berbeza dengan segala agama-agama lain terlebih lagi berbanding dengan bukan agama langit.
  • Ia menakutkan golongan beragama lain di Malaysia menyebar atau mempromosikan agama mereka kepada umat Islam di sini terlebih lagi ianya salah disisi perlembagaan.
  • Ia memberikan tekanan pada kerajaan agar berbuat sesuatu dalam merangka undang-undang murtad bagi memastikan mereka yang mengajak dan mereka yang murtad dikenakan hukuman yang berat.
  • Dengan kita memperbesarkan isu ini dan seterusnya masyarakat Islam menerimanya sebagai satu perbuatan yang amat serius, ia akan tanam satu sikap memandang hina pada orang yang murtad dan murtad akan menjadi perkara yang dielakkan daripada berlaku pada diri sendiri, keluarga, serta sahabat handai dan seterusnya masyarakat.
Sekadar peringatan: Murtad bukan hanya kerana masuk Kristian, malah banyak lagi perkara lain yang boleh menyebabkan murtad dan salah satunya adalah meraikan perayaan agama lain.

Selepas ini kita cuba senaraikan pula apa keburukan memperbesarkan isu murtad.

0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email