Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

27 April 2012

Mohd Shubhi  /  27.4.12  /    /  No comments

  • CIJ atau Centre for Independent Journalism menggambarkan terdapatnya tanda-tanda bahawa media di Malaysia tidak bebas sepenuhnya dan ia dikawal oleh parti atau individu atau pihak yang berkepentingan. Kenyataan ini dikeluarkan berikutan analisis perbandingan antara Bersih 2 dengan Bersih 3 yang nampaknya amat ketara perbezaannya.
  • Bersih 3 menurut CIJ adalah suatu peristiwa yang mempunyai makna yang signifikan kepada negara dan rakyat tetapi nampaknya tidak mendapat liputan yang sepatutnya. Berikut berbezaan liputan media-media utama terhadap bersih 3.0
    • Utusan Malaysia hanya membuat berita sebanyak 10 laporan sahaja berbanding tahun lepas yang menyaksikan sebanyak 316 laporan. Penurunan sebanyak 97% !
    • NST menyaksikan penurunan sebanyak 92% di mana hanya 8 berita berbanding 97 pada Bersih yang lalu.
    • The Star turun sebanyak 91%. Dengan hanya 9 laporan berbanding 104 pada Bersih yang lalu.
    • The Sun turun sebanyak 62% dengan 10 laporan berbanding 26 pada Bersih yang lalu.
  • Laporan di Utusan dan juga NST lebih memihak kepada laporan negatif sahaja manakala The Star menrakamkan 6 laporan yang bersifat neutral daripada keseluruhan 9 laporan.
  • Laporan daripada The Sun adalah lebih saksama di antara kesemua media bercetak dengan 8 laporan neutral dan satu laporan positif dan satu lagi laporan negatif daripada keseluruhan 10 laporan yang dibuat.
  • CIJ mempersoalkan bagaimana satu peristiwa yang mempunyai makna yang amat besar terhadap rakyat Malaysia seperti Bersih 3.0 hampir tidak mendapat liputan seperti mana yang sepatutnya. Adakah ia menerima arahan daripada pihak tertentu yang khautirkan publisiti meluas kepada Pakatan Rakyat?
  • CIJ menggesa pembebasan semua media daripada mempunyai hubungkait dengan parti politik bagi membebaskan konkongan terhadap laporan berita yang telus dan tepat.
  • Laporannya di sini

0 comments:

Post a Comment

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search