Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

25 June 2012

Mohd Shubhi  /  25.6.12  /    /  No comments
Audi memang jenama kereta idaman aku. Antara kereta yang aku minat sangat tapi tak akan beli adalah Audi TT. Kereta tu sekarang ni tiba-tiba penuh di jalanraya. Setiap kali aku keluar naik kereta pasti berselisih dengan Audi TT ni lebih daripada sebuah. Dulu agak susah nak jumpa sebab kereta ni agak mahal dijual dan harga 2nd hand dia pulak murah. Bila sekali dah beli kena pakai sampai reput. Tapi sekarang ni aku tengok harganya lebih murah dan ramai orang cina muda yang pakai kereta sport tu.

Cerita Audi buat kereta memang semua orang dah tahu. Tapi cerita dia buat basikal mingkin tak ramai yang tahu. Audi baru-baru ini melancarkan basikal sport E-Bike mereka di Austria. Basikal tersebut dibuat daripada karbon fibre yang diperkuatkan. Basikal itu juga ada kuasa motor elektrik berkuasa 2.3KW. Bateri nya boleh di cas semula selama 3 jam. Harganya dalam lingkungan $15,000.


Bagi mereka yang teringin pakai kenderaan jenama Audi tapi tak mampu bolehlah beli basikal ni. Aku pada mulanya memang nak beli tapi bila tengok harga dia sampai $15,000, tak payahlah. Nampaknya bukan saja kereta aku tak mampu beli, malah basikal jenis Audi juga aku tak mampu. Mungkin geng-geng Umno saja yang mampu miliki kenderaan sebegini terutamanya mereka yang jenis buat duit mudah. Mudah dapat mudahlah belanja...tak ke gitu?




0 comments:

Post a Comment

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search