Tengok video ni, lepas ni jangan berlagak makan tak habis lagi !

30 June 2012

Kisah dalam Video ni berlaku setiap hari di dunia antara dua darjat. Sebelah darjat tinggi (kononnya) makan memilih, pi kedai ekslusif sempoi dan mewah habis. Melantak penuh sopan sambil tunjuk comel. Bila nak tunjuk comel kena makan sikit-sikit, jadi makan tak habis. Apa kisah, mak bapak orang kaya, duit banyak. Melantak perkara tak penting, suka habiskan tak suka buang saja.

Sebelah darjat rendah mereka ada cerita mereka sendiri. Darjat tinggi tak pernah saksikannya. Tapi hakikatnya ia berlaku dan sekarang inipun pada saat kita membaca dan menonton video ini ia juga sedang berlaku. Moga video ini memberi sedikit kesedaran pada kita terhadap hak orang-orang susah yang perlu kita lunaskan. Cuba lihat sama jiran, saudara, kawan dan lain-lain, bantulah sekadar termampu. Jangan asyik sumbat tembolok sendiri saja.

Perhatian! Video ini ada sedikit unsur kristian, harap tak ada yang melenting sampai terlupa mesej sebenar di dalamnya. Tengok video kat sini


Share

1 comment:

  1. Salam semua...

    mmg best, aku save bg kat anak aku tengok. bior depa tau!!!

    ReplyDelete

 
Copyright © 2015 Pendapat Anda
Distributed By My Blogger Themes | Design By Herdiansyah Hamzah