Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

06 August 2012

Mohd Shubhi  /  6.8.12  /  ,   /  2 comments
Bagaimana agaknya Ann Wan Seng boleh memelik agama Islam?. Cerita bagaimana orang bukan Islam mendapat hidayah lalu memeluk Islam memang sentiasa best.

Ia menyuntik inspirasi dan memberikan gambaran pada orang Islam baka keturunan macam aku untuk memahami apa itu nikmat paling besar yang dikurniakan Allah semenjak dilahirkan.

Tak ada nikmat yang lebih besar selain daripada nikmat menjadi seorang muslim., Nikmat dilahirkan dalam agama Islam!.

Ann Wan Seng seorang muslim yang aktif

Ann Wang Seng ramai yang kenal. Jika kita kaki dengar ceramah, baca harakah, nama Ann Wan Seng bukan satu nama yang asing. Dia merupakan penceramah dan pendakwah bebas yang rajin menyebarkan agama Islam terutamanya kepada orang Cina bukan Islam dan juga menyedarkan kembali orang Islam agar berbaik semuala dengan ajran sebenar Islam.

Ann Wan Seng amat Aktif dalam persatuan Cina Muslim dan dia juga aktif dengan Perkim. Selain itu bagi yang suka baca buku, tentu kenal Ann Wan Seng melalui tulisannya yang banyak menghasilkan buku.

Antara bukunya yang meletup adalah buku Rahsia Bisness Orang Cina. Banyak lagi buku-bukunya yang terbaru dan mendapat sambutan baik dari kalangan pembaca.

Mendengar tazkirah Ann Wan Seng

Sabtu malam ahad baru-baru ini aku sempat dengar dia bagi tazkirah ketika solat tarawih di Surau An-Nur Puchong Intan. Ann Wan Seng bercakap non-stop dari mula sampai habis macam tak ada titik.

Dia sambung dan sambung dari Johor sampai Kelantan selepas satu isu ke satu isu sehingga akhirnya dia sendiri mengaku dah tak larat nak cakap dan mahu stop.

Apa yang menarik yang aku nak share kat sini adalah menyentuh pengakuan Ann Wan Seng bagaimana dia boleh memeluk Islam.

Dia bermula dengan membaca Tafsir atau Terjemahan Quran dalam bahasa Indonesia. Masa tu agak sukar untuk cari terjemahan Quran dalam bahasa Melayu. 

Ann Wan Seng peluk Islam setelah baca Tafsir Quran

Dia memeluk Islam lebih kurang 16 tahun yang lalu. Selepas membaca isi kandungan Quran dari mula sampai habis, dia terus yakin inilah agama yang benar, hebat dan cukup lengkap. Dia terus memeluk Islam hasil dari membaca terjemahan Quran habis 30 juzuk!.

Kita yang jadi Islam Baka ni dah habis ke baca terjemahan Quran? Ann Wan Seng yang Cina tu habis semua 30 juzuk semasa belum lagi peluk Islam. Apa tak ada sedikit rasa malu ke.

Mungkin ada yang beranggapan tak apa kami Islam, sudah pasti akan masuk syurga juga akhirnya walaupun tak pernah paham apa yang diperkatakan di dalam Quran.

Ikut Ann Wan Seng, galakkan orang baca dan fahami Quran

Satu lagi perkara menarik adalah berita larangan orang Islam menghadiahkan pada orang bukan Islam naskah Al_quran yang berlaku di sebuah negeri. Kalau larang Quran dalam Bahasa Arab original tu tak apa juga, tapi tafsir atau terjemahan juga dilarang! apa betul ke tindakan sebegini.

Kalau tidak macam mana orang macam Ann Wan Seng nak kenal dan peluk islam? nak harapkan orang Islam sendri yang baca tafsir atau terjemahan mungkin satu dalam seribu.

Jadi negeri tu beranggapan kalau nak baca tafsir Quran kena masuk Islam dahulu. Tapi kalau nak paham dan jatuh cinta pada Islam kena baca tafsir dahulu. Kalau tak boleh baca tafsir macam mana nak kenal Islam.

Bila tak kenal islam macam mana nak masuk Islam. Ringkasnya hanya umat Islam sahaja yang boleh baca dan cuba mengenali Al-Quran, yang kafir tak boleh sebab ada pihak melarangnya....pening aku dibuatnya. Harap para ulama bahaskan perkara ini dan buat pencerahan semula kedudukannya.

Jangan jadikan agama Islam terlalu rigid susah dan tertutup pada yang bukan Islam. Apapun aku bukan dalam kedudukan yang layak untuk beri komen atau fatwa tentang hal seperti itu, sekadar meluahkan apa yang aku fikirkan secara logik atas dasar cara terbaik untuk menyeru bukan Islam kepada memahami dan mengenali Islam.

Lagi cerita Ann Wan Seng masuk Islam kat sini

2 comments:

  1. Terasa gak ni..blm penah abis baca tafsiran quran. pdhal skrg dh sgt mudah. Siap boleh download apps. Tafsir Quran kat smartphone.

    ReplyDelete
  2. hebat kisah dia. baru harini tau yg ann wan seng ni rupanya seorang muslim.

    Seriosly, buku dia memang bagus!

    ReplyDelete

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search