Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

20 August 2012

Mohd Shubhi  /  20.8.12  /    /  3 comments
Masuk raya kedua hari ni, ramai yang masih laju beraya dikampung menziarahi sanak saudara dan kawan rapat. Aku dah belah balik ke KL. Baru saja sampai rumah dan sempat jenguk blog ni.

Bagi yang mahukan pahala setahun berpuasa akan terus sambung posa 6 pada raya kedua. Biasanya orang tua-tua kampung akan sambung terus posa enam pada raya kedua. Aku ikut amalan orang tua tu sebab tu aku stop raya dan sambung posa hari ni.

Alhamdulillah berjaya selesaikan hari pertama dengan izin Allah, esok aku dah pasang niat nak sambung hari kedua moga Allah perkenankan niat aku tu. Korang macam mana?, tak pa Syawal panjang lagi, selesai raya kaw-kaw boleh buat posa 6 pulak!


Aku nak membebel sikit berkenaan tajuk atas tu. Ini berdasarkan pengalaman semasa bertarawih kat Masjid Kubang Semang baru-baru ni. Kebetulan malam tu Masjid hanya buat 8 rakaat untuk memberikan laluan pada Imam Muda khas didatangkan dari Gaza.

Imam muda berumur 18 tahun itu diseludup keluar bagi membuat roadshow di negara kita. Dia mahu menceritakan pengalaman ngeri yang dialami olet rakyat Palestin terutamanya di Gaza. Kesemuanya ada 8 imam muda yang diseludupkan khas dari Palestin.

Malam itu Imam muda mengimamkan solat tarawih 8 rekaat dan memberikan tazkirah atau lebih tepat menceritakan cabaran yang mereka hadapi di Gaza angkara Yahudi durjana.

Aku yakin semua dah tau pasal cerita di Gaza. Semua tau betapa kejamnya Yahudi Israel ni. Jadi tak payah aku nak cerita berkenaan itu. Biasanya yang kita mendidih sangat dengan Yahudi ni adalah sikap mereka yang suka buat jahat pada bangsa lain.

Satu agi sikap paling ketara bangsa yahudi ni adalah perangai mereka yang tak ambil kisah lansung pada perasaan manusia lain demi memuaskan nafsu dan hati busuk mereka. Mereka buat ikut suka mereka tanpa memikirkan kesengsaraan orang lain.

Aku yakin malam itu, ramai yang rasa mendidih mengelegak darah bila menonton video serangan Yahudi israel pada rakyat Gaza. Macam aku juga, rasa macam nak ambil lastik, ikat kepala dan pergi serang Israel malam itu jugak.

Oleh kerana orang tua nak balik awal dan dia tak berapa sesuai jalan kaki malam-malam seba dah tak larat, aku kena balik hantar dia dulu. Maka turunlah aku ke kereta dan alangkah sedihnya bila sebuah kereta kereta BMW dengan sport rim besar berkilat selamba saja menghalang kereta aku untuk keluar.

Dia selamba saja letak keretanya ditengah laluan dan menghalang beberapa buah lagi kereta lain. Aku bersama abang menunggu sebentar kalau-kalau dia akan bergegas turun untuk mengubah keretanya. Tentu dia jenis yang perihatin dan memikirkan kesusuahan orang lain angkara perbuatannya.

Tunggu punya tunggu, kelbatnya lansung tak kelihatan. Aku suruh abang aku balik bawa orang tua berjalan kaki pelan-pelan. nak buat macam mana sabar sajalah dengan ujian malam 29, tentu banyak pahala. Aku terus tunggu sampailah acara Gaza hampir selesai. 

Aku kira lebih dari satu jam menunggu, dan ada seorang lagi brother yang mundar mandir depan aku. Mukanya masam dan kecewa. Aku rasa dia tuan punya kereta satu agi yang turut dihalang.

Dengan tiba-tiba sekonyong-konyong datanglah seorang yang nampak alim, warak siap kemas berpakaian dan berkopiah putih. jambangnya juga nampak segak sesuai dengan penampilannya yang nampak berjaya dengan BMW besar tu.

Dialah tuan punya BMW tersebut datang nak ubah kereta setelah lebih dari satu jam menyusahkan orang lain, menyukarkan ibu aku, dan mendidihkan darah abang aku yang memang manas baran. Sebab itu aku suruh abang aku balik dan biar aku yang tunggu kereta itu walaupun itu kereta dia.

Aku terus keloi pada si warak tersebut, "abang memang tak patut, lebih sejam menyusahkan saya...". Belum habis aku sambung dia selamba jawab dengan loghat mamak, " tak patutpun tak patutlah, nak kata apa dah, minta maaf sajalah..." dia selamba masuk dalam kereta. Aku sabarkan diri dan sambung, "kalau macam tu terima kasihlah kerana melatih saya bersabar malam ni". Aku masuk dalam kereta dan belah balik.

Itulah yang aku terfikirkan tentang betapa kita bencikan perangai Yahudi yang tak perdulikan perasaan dan kesusahan orang lain dan dalam masa yang sama kita tidak sedari sikap tersebut ada pada kita. Memang patutlah kita semua cakap tak serupa bikin bila sebut bab nak lawan Yahudi ni.

Macam Imam Ghazali kata, salah satu cara menddidik diri bersifat mulia adalah dengan melihat perangai jahat orang atau kaum lain dan kemudiannya melihat pada diri kita sama ada kita lakukannya. Kita hendaklah selalu mencerminkan diri kita terlebih dahulu sebelum nak mendidih darah, ambil lastik dan terbang ke Gaza nak belasah Israel.

Ingatlah tuan-tuan yang amat membenci Yahudi Israel, senaraikanlah sikap Yahudi yang anda semua benci dan suluh dalam diri ada atyau tidak ada perangai itu dalam diri kita. kalau tak jumpa, tanyalah orang lain kalau-kalau dia ada lihat perangai yahudi dalam diri kita. kalau clear semua tu, barulah betoi anda seorang yang warak.

3 comments:

  1. kalau aku lagi aku cakap cara lain tak usahkan janggut sunnah atau jildat hitam kat dahi semua tak betul selagi hati tu berkarat yg dinilai tuhan amalan anak adam ialah hati dan bukan nya pada kulit tambah le perangai tak serupa bikin

    ReplyDelete
  2. Kalau saya, jahanam ketanya saya buak...harga lampu depan keta bmw tu mahal tau, kalau pecah...whoooo, entah la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...sabar lebih baik, tentu banyak ganjarannya

      Delete

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search