Jom kongsi pendapat anda.
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

05 August 2012

Mohd Shubhi  /  5.8.12  /  ,   /  No comments
Hari jumaat semalam aku singgah solat jumaat di sebuah Surau Jumaat di USJ. Kebetulan aku sampai awal jadi sempatlah aku dengar tazkirah dengan keadaan sejuk nyaman sebab dapat duduk dalam ruang utama solat yang berhawa dingin.

Kebetulan tazkirah tu disampaikan oleh seorang Ustaz yang terkenal yang cukup kuat melawan wahabi. Ustaz ni bila sebut wahabi, ternampak jelas rasa kebencian timbul dari air mukanya. Mulanya aku nak tertidur jugak, almaklumlah tengah puasa, dalam bilik hawa dingin lak tu.

Tetapi ustaz tu sergah..."hoi bangun, jangan tidur, ni ustaz cakap ni, bukan sebarang orang ustaz!". Aku terus jadi segar bugar dan tak henti pandang tepat pada matanya yang bernyala penuh kemarahan pada umat manusia sekarang ini. Aku pasti dia bukan sergah kat aku sebab dia pandang pada tempat lain, lagipun aku masih belum angguk dan pejam lagi.


Isu menarik yang aku nak kongsikan di sini adalah berkenaan fatwa beberapa ulama yang membolehkan para athlet olimpik menangguhkan puasa dalam bulan ramadan atas dasar musafir kerana berolimpik. Ustaz ni terang-terang kecam fatwa itu dan lansung tak setuju.

Olimpik tu terang-terang diadakan sempena memperingati Tuhan Zeus, Tuhan Greek mitos lama sedangkan Ranmadan tu Tuhannya Allah. Olimpik tu kerjanya lawan lari sambil pakai seluar dalam dan berbagai lagi kerja maksiat ada di dalam olimpik. Jadi kenapa pulak ulama mengharuskan tangguh puasa untuk mereka yang pergi menghadiri temasya lawan lari pakai seluar dalam?

Mana punya fikiran entahlah, apa nak jadi? keluh ustaz tu!. Apasala kita pi sokong budaya yang bertentangan dengan ajaran Islam dan mengharuskan pulak aplikasi ibadah secara Islamik dalam urusan sebegitu.

Aku biarkan mereka berbahas sesama ulama sebab aku bukan segolongan dengan mereka. Mereka tentu ada hujah masing masing dan aku tak dengar lagi hujah sebelah pihak lagi tu. Mereka cuma bagi kenyataan umum harus tangguh puasa kerana musafir. Mereka tak kata pulak samada sama dengan musafir untuk kerja maksiat atau musafir untuk kerja bukan maksiat.

Tapi aku nak komen sikit dengan cara Ustaz garang tu bertazkirah. Dari mula sampai akhir aku dapat bayangkan dia hanya berleter dengan penuh kebencian sikap manusia atau lebih tepay lagi sikap orang Islam sekarang ini. Ayat-ayatnya melambangkan penuh kejijikan pada mereka yang tak warak dan tidak membesarkan Allah.

Beliau menghina mereka yang terkocoh-kocoh balik awal untuk berbuka puasa klerana dianggap itu adalah perlakuan nafsu yang mahu menjaga perut. Kalau nak diikutkan ustaz tu mahu kita putus asa terus dan menyesal menjadi manusia dengan cemuhan bencinya pada manusia yang jahil sana jahil sini, dan tidak menjadi muslim yang warak.

Aku tak pasti samada dia membenci sifat seperti itu atau dia membenci kesemua manusia yang sebegitu. Bagi aku untuk menyentuh hati dalam berdakwah pertama sekali kita mesti kasihankan insan yang bernama manusia. memang kita wajib benci perlakuan buruk tapi bukan membenci makhluk yang bernama manusia yang berkelaku sedemikian. Apa kita tahukan betapa dia pada hakikatnya berhempas pulas memperbaiki dirinya tapi masih belum berjaya?

Aku tahulah ustaz tu lengkap dan sempurna dan cukup memahami segala ilmunya. Tapi aku yakin semua dan ramai yang nak buat baik dan berusaha keras dan sentiasa mengeluh untuk menjadi baik. masalhnya mereka belum lagi menemui teknik untuk faham dan menjadi fakih dengan mengamalkannya.

Berapa ramai yang tahu kalau pulun bersenam, jangan makan banyak atau study rajin akan berjaya dalam hidup tapi berapa ramai yang berjaya melakukannya. Kita kena motivate mereka bukannya membenci puak-puak sebegitu. Mungkin Ustaz itu ada sejarah hitam dan ada masalah dendam kesumat dengan cara dia membesar...harap-harap dia bermuhasabah dan cuba fikirkan kenapa dia jadi seorang yang cukup bersikap negatif...juga untuk diri aku dan mereka-mereka yang terasa....

0 comments:

Post a Comment

Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search