Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

13 September 2012

Mohd Shubhi  /  13.9.12  /    /  2 comments
Di sebuah kampung terpencil...

Di satu pagi hari yang syahdu kelihatan Pak Mat dengan basikal tuanya berhenti sambil menongkat basikal di depan Kedai Lim Radio. Lim yang sedang mengemas depan kedainya terhenti memerhatikan Pak Mat menuju ke kedai sambil menjingjing radio lama masuk ke dalam.

Lim: Apa hal Pak Mat?
Pak Mat: Entahla, rosak pulak radio ni, ceba kamu tengok!


Lim Radio adalah satu-satunya kedai membaiki dan menjual peralatan elektrik di kampung tersebut. Apa saja barang letrik orang kampung akan cari Lim yang memang dah lama di kampung tersebut dan amat mesra dengan orang kampung.

Lim mengambil radio lama Pak Mat meletakkannya atas meja lalu menarik kerusi sambil duduk membelek radio Pak Mat. Pak Mat yang tak ada apa-apa kerja hari itu turut sama menarik kerusi berhampiran Lim untuk melihat bagaimana Lim membedah siasat radionya.  Setelah agak lama, Pak Mat yang mula bosan memecahkan kesunyian,

Pak Mat: Lu tau ka Lim, aku boleh angkat radio ni dengan anu aku!
Lim: Ayya!, lu jangan temberang sama gua la!, ini radio dekat dua kilo dia punya berat lo! mana bole angkat itu berat?
Pak Mat: Lu tak percaya ka?, gua cakap betoi punya, tarak bohong! itu radio aku biasa angkat senang-senang tau! (pak Mat dengan muka serius pertahankan dakwaannya)
Lim: Lu kasi angkat sekarang!, gua kasi repair ini radio sama kasi lu satu baru punya kalau betul!

Pak Mat rasa tercabar lalu bertanya sekali lagi, "betul lu kasi satu radio baru?". "Ya la!, lu angkat sekarang!" Pak Mat lalu bangun membetulkan kain pelikat lusuhnya menghampiri radio. Dia menaikkan tangkai radio ke atas lalu dengan bersusah payah menghulurkan anunya ke celah tangkai tanpa menyelakkan kain pelikatnya.

Lim berundur ke belakang, risau dengan kesungguhan Pak Mat. Risau juga dia kalau-kalau Pak Mat memang boleh ankat radio buruk tu. Rugi dia kena repair free dan terpaksa bagi satu radio baru pada Pak Mat.

Ternyata Pak Mat tak berbohong. Dia dengan selamba mengankat radio itu naik ke atas terhayun-hayun di depan Lim. Lim hanya ternganga tidak percaya apa yang dilihatnya.

Pak Mat: Tengok! sekarang lu jangan mungkir janji. Aku dah tunjuk kamu betapa mudahnya angkat radio buruk aku ni dengan barang aku.

Hari itu Pak Mat pulang ke rumahnya dengan gembira sambil membawa radio buruk yang sudah dibaiki dan sebuah lagi radio baru hadiah daripada Lim. Semuanya dia dapat percuma. Sesampai di rumah dia memberikan kedua-dua radio tersebut pada isterinya yang kehairanan.

Isteri: Macam mana ada dua radio ni bang?
Pak Mat: Adalah!, kau ambil saja ni. Pasang satu kat dapur dan satu lagi letak dalam bilik aku.

Sejak hari itu isterinya lihat kelakuan Pak Mat berubah. Setiap pagi Pak Mat akan berada berhampiran peti ais buruk mereka beberapa lama. Bila isterinya masuk ke dapur, Pak Mat akan tersenyum dan berlalu. Sehinggalah satu pagi isterinya mengendap perlahan-lahan apa yang dilakukan oleh Pak Mat.

Dia lihat Pak Mat menyondol-nyondol berhampiran pintu peti ais yang terbuka sambil meneran seperti cuba menangkat sesuatu. Tak tahan dengan aksi pelik tersebut isterinya menyergah Pak Mat dari belakang. "Apa abang buat ni?" tanya isterinya.

Pak Mat tersipu-sipu malu dan menceritakan perkara sebenar bagaimana dia boleh dapat radio baru dari kedai Lim. " Nanti jika peti ais ni rosak, bolehlah kita dapat baiki percuma dan dapat sebuah lagi peti ais baru!, engkay tak mau ke?, tanya Pak Mat pada isterinya.

"Peti ais tu berat yang amat bang oooi, pergilah angkat TV tu dulu, ringan sikit..." perli isteri Pak Mat padanya lalu berlalu sambil menggelengkan kepala.

Pak Mat terfikir sejenak dengan saranan isterinya itu. Betul jugak, baik aku berlatih angkat TV dulu. Mudah sikit, fikir Pak Mat yang masih serius....The End

2 comments:

  1. kahkahkah

    Lawak style Pak Pandir

    Dia makan Vimax kot!!

    ReplyDelete
  2. Hari-hari Senam Rimau. Dari Pak Mat menyondol besi Peti Ais adalah lebih baik menyondol isterinya dan try angkat isteri. Adohaiii

    ReplyDelete

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search