Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

04 November 2013

Mohd Shubhi  /  4.11.13  /  ,   /  15 comments
Ada ramai juga di kalangan kawan yang tak ambil hal pasal jin. Kawan-kawan jenis itu biasanya memandang remeh jika ada orang yang mendakwa mereka terkena gangguan jin atau buatan sihir manusia. Bagi mereka orang yang seperti itu adalah lekeh kerana tidak kuat iman.

Itu kata kawan-kawan yang 'kebal jin'. Setiap kali berbincang tentang buatan orang atau rasukan jin, mereka hanya ketawa sinis dan memandang rendah pada golongan yang hidup asyik salahkan jin.


Bagi yang berpengalaman terkena rasukan jin atau buatan sihir orang sudah tentu akan marah dengan sikap seperti itu. Tak kena tak apalah, nanti bila kena baru tahu!. Namun begitu, yang peliknya mereka ini tidak pernah kena lansung hal-hal seperti itu.


Jika kawasan yang orang kata 'keras', mereka hanya selamba buat apa-apa saja tanpa rasa takut dan tidak mendatangkan kesan sedikitpun pada kehidupan dan juga kesihatan mereka. Memang mereka punya genetik tertentu yang sukar untuk membolehkan jin masuk ke dalam badan mereka.

Persamaan jin dengan orang gila

Saya pernah berbincang dengan mereka bahawa terkena rasukan atau gangguan jin bukan bermakna tidak kuat pegangan iman. Ia seumpama terkena pukulan kayu yang kuat dari belakang yang dilakukan oleh orang gila. Nak marah, orang yang memukul itu gila, dan dia buat apa yang dia suka.

Untuk megelak perkara sedemikian berlaku, maka kita perlu berhati-hati apabila melihat adanya orang gila. Ini di sebabkan samada gila atau tidak gila, hentakan kayu dari mereka kalau terkena badan akan tetap sakit dan membuatkan diri merana.

Begitulah juga dengan jin. Nas-nas sahih ada tentang kewujudan mereka. Menolak wujudnya Jin sama dengan menolak kewujudan orang gila. Jika kita berhati-hati dengan orang gila, maka kita juga perlu berhati-hati dengan jin.

Itu bukan bermakna iman tak kuat. Ia tidak ada kena mengena dengan tahap kepercayaan, ia sekadar usaha menjauhkan diri dari bahaya.

Simptom kena jin

Baguslah jika anda termasuk dalam golongan yang kebal jin. Tapi bagi mereka yang tidak kebal jin sila baca satu persatu simptom yang disenaraikan di bawah.

Jika anda sering mengalami masalah-masalh yang tersebut, ada kemungkinan jin sedang menumpang duduk di dalam badan anda:


  • Sakit kepala selepas waktu asar ke atas.
  • Badan terasa berat dan malas.
  • Sukar mendapat jodoh.
  • Badan terasa bisa-bisa.
  • Sakit ketika ziarah orang meninggal.
  • Sukar tidur malam.
  • Sakit pinggang tanpa sebab.
  • Sakit dada bila waktu asar keatas.
  • Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya.
  • Bermimpi bayi atau menyusukan bayi.
  • Bermimpi berada di tempat tinggi.
  • Bermimpi berada di tempat yang kotor.
  • Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar.
  • Ada terasa benda bergerak dibawah kulit.
  • Bayi kerap menangis.
  • Bunyi guli jatuh diatas syiling.
  • Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil.
  • Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali.
  • Malas beribadat.
  • Nyanyuk ketika usia lanjut.
  • Panas baran.
  • Sikap berubah secara mendadak.
  • Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran.
  • Suka melakukan tabiat buruk.
  • Kerap sendawa bila mendengar al-quran.
  • Kerap keguguran.
  • Gagal melakukan hubungan kelamin.
  • Mengantuk bila dengar al-quran.
  • Bermimpi seram yang menakutkan.
  • Darah haid turun lebih 15 hari.
  • Batuk yang berpanjangan.
  • Selalu ditindih ketika tidur.
  • Kuat berangan-angan.
  • Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan.
  • Nafsu seksual yang melampau.
  • Selalu melihat kelibat dirumah.
  • Terasa diri selalu diperhatikan.
  • Mandul.
  • Kerap mendengar sesuatu bisikan.
  • Melihat jin secara terus.
  • Sakit mental atau gila.


Maklumat yang lebih menarik di sini
Sumber gambar

15 comments:

  1. ini kejadian benar.......dlm ghumah pak lah ada jean. buat bini pulak tu. teror, teror, teror!

    ReplyDelete
  2. 27) Gagal melakukan hubungan kelamin.
    35) Nafsu seksual yang melampau.

    nie..yg mana satu yg nak pakainie??

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa masalhnya? kalau nafsu melampau tapi isteri/suami tak bagi nak buat apa...

      Delete
  3. Ini dah sesat, jangan percaya benda benda kurafat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya ramailah ustaz yang kamu sesatkan, seperti ismail Kamus, Harun Din, dan ramai lagi yang lain-lain...

      Delete
    2. tanda2 kalau kena gangguan jin tu memang ada, kalau taktau bertanyalah ustaz2...jgn mudah nak kata sesat, kalu ilmu tiada..pegilah berguru dgn ulama2 yg disebutkan oleh tuan tanah kedaung/lain2 ulama..

      Delete
  4. masa form 4. saya selalu sangat kena tindih.... semenjak tu susah betul nak tidur malam... alhamdulillah skrg nie berkurangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya selalu juga kena. Tapi kalau dalam ilmu sains mereka kata itu fenomena lumpuh ketika tidur sedangkan otak berfungsi boleh berfikir.

      Delete
  5. minta dijauhkan lah dari semua ni

    ReplyDelete
  6. Salam ziarah dan salam perkenalan.
    Dulu saya selalu sakit dada..waktu lpas asar dan kerap sakit kepala...selepas saya buat bekam serta amalkan al mathsurat..alhamdulillah semua tu saya x alami lgi...

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah dan salam perkenalan.
    Dulu saya selalu sakit dada..waktu lpas asar dan kerap sakit kepala...selepas saya buat bekam serta amalkan al mathsurat..alhamdulillah semua tu saya x alami lgi...

    ReplyDelete
  8. Saya kalau rasa lain macam masa nak tidor atau kena tindah atau tiba2 mimpi seram sampai terjaga, terus on ruqyah di hp. alhamdulillah selepas tu lena balik. wallahullam.

    ReplyDelete
  9. Saya semenjak akhir2 ni selalu sakit kepala..bdn rs mcm mls jer..yg paling ketara saya jd pns baran pd ank2.rs seperti nk pukul2 cekik2 jer klu diorg bt sepah atau ngis..

    ReplyDelete

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search