Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

29 November 2012

Mohd Shubhi  /  29.11.12  /  ,   /  4 comments
Semua orang kenal Syed Mokhtar Al-Bukhary, orang melayu paling kaya di Malaysia.

Jumlah kekayaannya berbillion-billion ringgit. Itu berdasarkan nilai harta yang dikuasai oleh beliau di syarikat-syarikat yang dipasarkan di bursa saham.

Satu perkara menarik yang saya petik dari buku terbaru mengenai biography Syed Mokhtar adalah kenyataan berkenaan kekayaan yang dia ada sekarang.

Beliau berkata dia diketahui ramai sebagai orang Melayu paling kaya hanyalah disebabkan syarikat milikannya di bursa saham, sedangkan lebih ramai orang Melayu lain lagi yang jauh lebih kaya berbillion-billion daripadanya.

Apa yang kita boleh faham dari kenyataan Syed Mokhtar tersebut adalah terdapatnya ramai orang Melayu lain yang samada sama kaya atau lebih kaya daripadanya. Mereka tidak di ketahui ramai dan hidup low profile tanpa glamour....siapa agaknya mereka-mereka itu?

Baca rahsia kekayaan Syed Mokhtar di sini.

4 comments:

  1. rahsianya ialah saya baik dgn tun mahathir

    ReplyDelete
  2. tak usah crta pasal rahsia kalau dah pakai kroni penyamun penyamun juga

    ReplyDelete
  3. Assalam.

    Semasa saya sedang membaiki kereta volvo buruk saya di Cheras, KL, saya ternampak seorang yang tidaklah berapa tua berbanding saya. Pakai T-shirt biasa dan sedang baiki kereta mercedes jenis lama. Mercedes yang hari ini orang dah tak pakai. Sambil duduk melangok di kerusi plastik, dia mendekati saya berbual itu ini pasal kereta.

    Dia menceritakan yang dia sayang kereta itu. Sayang nak bazir duit. Tapi dia ada terkeluar cerita bahawa pekerja2nya ramai berkereta baru besar menjalar. Saya jadi bingung tapi hanya mengangguk kerana tidak mahu dia berkecil hati jika saya berkata itu ini.

    Masa nak balik, lepas bersalaman sebab kereta volvo saya dah siap servis, dia menghulurkan sekeping kad. Saya simpan terus masuk dalam poket seluar tanpa melihatnya.

    Sampai rumah, saya keluarkan semua isi dalam poket seluar, sebab kebetulan bini nak cuci pakaian saya. Ada wang kertas seringgit dua, wang siling dan sekeping kad yang orang itu bagi di bengkel kereta tersebut. Saya teliti nama dalam kad tersebut. Tan Sri Syed Mokhtar. Saya macam pernah mendengar nama itu tapi musykhil benarkah seorang tan sri berkereta mercedes lama, berharta memberi saya seorang tua pencen sekeping kad tersebut.

    Bila anak lelaki saya balik, saya bagi kad tersebut dan dia juga terperanjat. Sahlah bahawa beliau antara Melayu yang terkaya di malaysia.

    Kini baru saya tahu, rupanya untuk menjadi kaya, kita kena berjimat sama seperti apa yang dilakukan oleh jutawan tersebut.

    Apapun yang orang kata tentang beliau, saya tetap menghormati manusia yang memiliki mercedes lama itu dan menasihati anak cucu saya supaya berjimat sejak kecil dan mengikut jejak langkah pemilik mercedes lama tersebut.

    Hari raya 2012, anak sulung saya mengajak kami suami isteri berkunjung ke Jitra, Kedah. Kami beraya di sana selama seminggu. Sempat juga saya dan isteri singgah di Masjid Al-Bukhari di Alor Setar sambil memerhati cucu kami berlari-lari di ruang masjid yang luas dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di sekitar masjid tersebut.

    Tan Sri Mokhtar, sepatutnya menjadi idola kaum melayu dan bukannya dijadikan bahan kutukan.

    Wassalam

    ReplyDelete
  4. tentu saja la mahadey..syarikt petronas dia punya

    ReplyDelete

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search