Jom kongsi pendapat anda !

20 December 2012

Pandangan orang Jerman terhadap Muslim

Dasyat!, itulah kesimpulan hasil daripada sebuah kajian yang dijalankan terhadap penduduk Jerman bagaimana persepsi mereka terhadap umat Islam di sana. Berikut beberapa ringkasan:

  • 64% rakyat Jerman mengaitkan Islam dengan keganasan
  • 60% dari rakyat Jerman merasakan orang islam cenderung untuk memberonak dan membalas dendam
  • 56% orang Jerman yakin bahawa umat islam amat fanatik untuk merasuk umat agama lain masuk Islam.
  • 80% daripada orang Jerman rasa Islam menekan dan tidak membela kaum wanita
  • 70% dari rakyat Jerman rasa bahawa Islam berkait rapat dengan fanatik dan anutan agama yang radikal.
  • Hanya 13% yang merasakan jiran muslimnya baik terhadap jiran mereka
  • Hanya 12% merasakan muslim bagus dalam amalan kebajikan masyarakat
  • Hanya 7% merasakan umat Islam bertolak ansur dan bersikap terbuka
Kalau nak tau lebih lanjut sila baca laporannya di sini.

Persoalan yang timbul didalam benak fikiran adalah di mana silapnya semua ini. Adakah kita umat Islam gagal menterjemahkan kebenaran Islam kepada orang bukan Islam atau adakah mereka sengaja menafikan kebaikan umat islam.

Kenapa orang barat menerima ajaran Buddha seperti mana terkenalnya amalan budaya Zen Yoga dan sebagainya tanpa mengaitkan budaya negatif dalam fahaman tersebut sedangkan dalam islam kita juga boleh ketengahkan ajaran akhlak yang murni yang sepatutnya jauh lebih bagus daripada semua ajaran yang ada.

2 comments:

  1. Sebab org Islam asyik berbunuh sesama sendiri, berdoa hancur terhadap musuh dan menfatwa siapa yg lebh baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu..kadang2 sangat memalukan. mereka x mencerminkan islam yang sebenar. islam is not equal to muslim.!!

      Delete

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email