Jom kongsi pendapat anda !

06 February 2012

Kesian Kat Ramly Burger!

Tadi baru disiarkan dalam berita utama TV3 keluhan Dato' Haji Ramli, tuan punya jenama terkenal Ramly Burger tentang sebaran fitnah terhadap makanan keluaran syarikatnya yang dikatakan mengandungi dna babi.
Sekali lagi beliau terpaksa menafikan segala khabar angin palsu tersebut yang banyak disebarkan melalui internet sekian lama yang banyak menggugat pasaran barangan keluarannya.
Ini patut menjadi iktibar kepada kita agar melepaskan tanggungjawab terhadap kedudukan barangan keluaran syarikat dalam negara kita kepada pihak yang bertanggungjawab. Jika pihak berkuasa telah menyatakan bahawa barangan tersebut adalah halal maka elok kita pegang saja kelulusan itu tanpa ada rasa ragu-ragu sehinggalah diberitahu sebaliknya secara formal.
Kepada Dato' Haji Ramli didoakan agar beliau bersabar dengan dugaan yang sedang dihadapinya dan moga dugaantersebut berjaya diharunginya dan seterusnya menjadikan ia satu titik mula kepada kejayaanya yang lebih hebat lagi. Insyaallah

04 February 2012

Kenapa Manusia Mati Dengan Mata Terbeliak?

Pernahkan anda melihat orang nazak dan menghembuskan nafasnya yang terakhir. Jika belum pernah, elok jika anda berusaha untuk melihatnya sebelum anda menemui ajal anda sendiri. Melihat orang mati dapat mententeramkan nafsu buas yang berkocak. Melihat orang mati juga membuatkan kita tersedar agar jangan lalai serta leka dengan kehidupan dunia.

Jika anda biasa melihat orang mati, anda tentu pernah melihat orang yang mati dengan keadaan matanya yang terbeliak. Tahukah anda kenapa? Berikut adalah jawapannya:


Hadith:

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas? Jawab mereka, Ya kami melihatnya, ya Rasulullah. Sabda baginda lagi: Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.

Huraian Hadith:

Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Manusia, selain tidak mengetahui hari kematiannya, mereka juga tidak mengetahui nasib akhirnya sama ada mati dalam keadaan husnul khatimah atau su'ul khatimah, sekalipun amal ibadat dirasakan semakin bertambah.

Rasulullah SAW sendiri telah bersabda yang maksudnya:Dan Dialah Tuhan dan tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli syurga sehingga jarak antara dia dengan syurga itu hanya sehasta. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli neraka, maka ia masuk ke dalam neraka.

Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu beramal dengan amalan ahli neraka sehingga jarak antara dia dengan neraka itu sehasta sahaja. Tiba-tiba kitabnya telah mendahuluinya, lalu ia pun beramal dengan amalan ahli syurga, maka ia masuk ke dalam syurga. (Bukhari).

Hadith ini memperingatkan kita bahawa tidak ada manusia yang dapat menjamin kesudahan yang baik bagi dirinya. Namun begitu dalam meniti saat-saat kematian, adakalanya Allah SWT menunjukkan kepada hambaNya tanda-tanda baik ("Husnul Khatimah") atau tanda-tanda buruk (su'ul khatimah) dalam mengakhiri ajal seseorang.

Sebab itulah kita diseru agar sentiasa berhati-hati supaya tidak terjerumus dengan godaan syaitan yang menggoda tidak kira masa sama ada ketika masih hidup di dunia atau semasa menghadapi sakaratul maut. Sesungguhnya mengingati dan menghayati erti kematian adalah satu motivasi diri yang terbaik supaya diri kita menjadi lebih insaf dan tidak leka dengan keindahan dunia yang hanya sementara ini.

Bila Bermulanya "Pest Control"?


Sejarah bila bermulanya masalah serangga perosak dihadapi oleh manusia sebenarnya tidak dapat dinyatakan. Besar kemungkinan serangga dan makhluk perosak mula menjadi masalah kepada manusia sejak bermulanya manusia menduduki mukabumi ini.

Walaubagaimanapun terdapat bukti mencatatkan bahawa kaum Sumeria yang merupakan satu kaum dalam zaman kuno yang menduduki kawasan selatan Mesopotamia (Iraq Tenggara) menggunakan sulphur bagi menyelesaikan segala masalah serangga perosak mereka. Ia berlaku pada tahun 2,500BC dahulu.


Kemudiannya pada tahun 1,200BC bangsa Cina mula menggunakan bahan kimia bagi mengawal masalah serangga perosak yang menimpa mereka. Ia merupakan zaman kehebatan bangsa cina terutamanya dalam berbagai penemuan ilmu di akhir zaman pemerintahan Dinasti Shang.

Tidak ada banyak perbezaan dalam cara mereka menggunakan bahan kimia bagi mengawal serangga perosak pada masa itu berbanding sekarang. Tetapi amalan mengdokumenkan segala aktiviti mereka serta mencatatkan segala teknik bagi mengawal serangga perosak dengan menggunakan bahan kimia telah membantu perkembangan teknik kawalan serangga perosak pada hari kemudiannya.
Sumber

03 February 2012

Resort Jeram Gading - Cari Durian

Mencari buah durian yang jatuh
Salah satu kelebihan menginap di Resort Jeram Gading adalah apabila tibanya musim buah-buahan tempatan. Terdapat lebih daripada 30 batang pokok durian dan lebih daripada 20 batang pokok rambutan di dalam kawasan resort tersebut.

Buah durian yang baru jatuh di waktu malam ketika hujan gerimis
Setiap kali tibanya musim buah-buahan, penyewa resort mendapat keistimewaan mengambil sendiri dan menjamu selera buah-buahan yang mereka dapati di sekeliling resort itu. Buah durian yang ada merupakan buah durian jenis kampung yang enak rasanya. Buah rambutan pula semuanya manis dan lekang isinya seperti isi buah kelapa.



Membuka buah durian yang baru jatuh lebih sukar sedikit daripada
membuka yang sudah lebih satu hari jatuh daripada pokoknya

02 February 2012

Hati-Hati Buat Temujanji Dengan Pengguna Android

Terdapat berbagai jenis alat komunikasi canggih di pasaran sekarang. Ada yang kita panggil smartphone, ada yang kita panggil Blackberry dan yang terbaru kita panggil sebagai Android.

Apakah sikap para pengguna peralatan di atas dapat dijangka? kajian menunjukkan tabiat berhubungan (bercinta) pengguna setiap peralatan komunikasi itu boleh ditelah berdasarkan jenis peralatan apa yang mereka pakai:


  • Android - Penggunanya condong untuk melakukan hubungan seks pada kali pertama bertemu dalam temujanji mereka.
  • Blackberry - Penggunanya amat condong untuk minum dan mabuk pada kali pertama mereka bertemu dan biasanya mereka akan jatuh cinta pandang pertama, memang mudah jatuh cinta apabila anda mabuk.
  • Smartphone - Pengguna smartphone paling kerap membuat hubungan dengan rakan pejabat dan mereka amat cepat berbalas sms.
Baca laporannya di sini.

01 February 2012

10 Negara Paling Kondusif Untuk Berniaga Di Dunia

Negara terbaik untuk perniagaan dunia - Singapura
Berikut senarai terbaru negara-negara terbaik dan paling senang untuk berniaga yang dikumpulkan daripada bancian terhadap 183 negara dunia. Negara jiran kita Singapura menduduki senarai paling atas dalam keseluruhan 183 negara lain di dunia sebagai negara yang paling mudah untuk para usahawan memulakan perniagaan mereka di sana. Singapura meninggalkan semua negara lain dunia termasuklah Amerika, Hongkong dan lain-lain


Lihat senarainya di bawah:

  1. Singapura
  2. Hong Kong
  3. New Zealand
  4. Amerika
  5. Denmark
  6. Norway
  7. UK
  8. Korea Selatan
  9. Iceland
  10. Ireland
Ini pula senarai negara paling susah untuk berniaga dan amat tidak kondusif lansung untuk para usahawan memulakan perniagaan mereka di sana. Negara Chad menduduki senarai ke 183 paling teruk untuk para peniaga dengan diikuti oleh Republik Afrika Tengah:
  1. Chad
  2. Republik Afrika Tengah
  3. Rep. Congo
  4. Eritrea
  5. Guinea
  6. Rep Dem Congo
  7. Venezuela
  8. Guinea Bissau
  9. Benin
  10. Haiti
Ok semua yang terbaik dan terburuk kita dah ketahui tentu semua nak tahu bagaimana kedudukan negara kita agaknya dan bagaimana dengan negara jiran kita yang lain seperti Indonesia, Thailand, Vietnam dan sebagainya:
  • Thailand - 17
  • Malaysia - 18
  • Jepun - 20
  • Taiwan - 25
  • Brunei - 83
  • Sri Lanka - 89
  • China - 91
  • Vietnam - 98
  • Pakistan - 105
  • Bangladesh - 122
  • Indonesia - 129
  • India - 132



Muslim Sejati Perlu Elakkan 'Twitter' - Fatwa Terbaru Mufti Besar Saudi !

Mufti Saudi
Twitter menjadi landasan memfitnah dan penyebaran pembohongan. Itulah alasan yang membuatkan Mufti Besar Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Shaikh mengeluarkan fatwa terbarunya menyatakan sebagai seorang muslim sejati kita perlu mengelakkan penggunaan media social Twitter kerana ia membuatkan manusia jadi keliru.

Banyak juga tuduhan serta fatwa-fatwa yang mengelirukan dikeluarkan dengan menggunakan media sosial Twitter dan ada juga tuduhan-tuduhan liar serta memperlekehkan sesama ulama berlaku di sana-sini apabila tidak sependapat. Beliau memberikan nasihat yang biasanya menjadi fatwa dalam khutbah jumaatnya baru-baru ini.

Yang menjadi musykil sedikit bagi kita adalah baru-baru ini Putra Al-Waleed Bin Talal melaburkan sebanyak USD300 juta ke dalam saham Twitter sebagaimana yang dilaporkan di dalam Digital Journal !!!

Apakah seorang muslim sejati boleh melabur pada tempat yang perlu dielakkan oleh muslim sejati???itu kita kena tanya Putra Al-Waleed

Baca laporan Fatwa Mufti Saudi kat sini.

Bolehkah Doakan Untuk Steve Job ?

Isu samada seorang muslim boleh bersedih dan mendoakan kesejahteraan kepada seorang kafir menjadi satu isu panas yang diperbincangkan oleh orang ramai semenjak kematian ikon syarikat Apple, Steve Job.

Ramai yang menjadi keliru menerima kematian seorang manusia yang dianggap antara yang paling hebat dalam abad moden ini yang mana jutaan pengguna gadjet Apple merasakan betapa istimewanya manusia yang memainkan peranan penting dalam menghasilkan produk berteknologi canggih seperti iPad itu.


iPad memang hebat dan banyak produk hasil imaginasi Steve Job diakui amat hebat dan banyak mengubah cara kita hidup. Ada ramai yang amat tergila-gilakan segala apa saja jenapa Apple dan ada yang sanggup berbaris panjang semata-mata untuk membeli keluaran terpari iPad.

Tidakkah manusia terfikirkan jika seorang manusia yang kerdil itu dikagumi kerana menghasilkan produk hebat yang tak terfikir oleh ramai manusia lain, sudah tentu yang menciptakan manusia itu sendiri terlebih Maha Hebat lagi.

Manusia hatta seketul taik hidung yang terkeluar dari hidung kita itu sahaja sudah jauh lebih hebat daripada produk ciptaan Steve Job, itu belum lagi dilihat segala organ serta jutaan sel yang hidup di dalam badan manusia. Kalau benar-benar direnungkan boleh gila jadinya kita mengkagumi Maha Penciptanya Allah Tuhan sekelian alam yang menjadikan manusia, muka bumi, alam serta apa saja yang ada di dalamnya.

Jesteru itu bagi mereka yang amat takjub dengan Steve Job perlu menyalurkan rasa takjub mereka kepada Tuhan yang menciptakannya lalu sujud memperhambakan dirinya kepada Penciptanya dan mentaati apa saja perintahnya dan meninggalkan segala apa saja yang dilarangnya.

Dan antara Firman Tuhan yang kita perlu taat adalah yang membawa maksud..."sesungguhnya Allah sekali-kali tidak mengampunkan dosa mereka yang menyekutukan Dia (jika dia mati dalam keadaan itu) dan Allah mengampunkan dosa yang selain daripada itu kepada sesiapa yang Dia mahu..."

Steve Job meninggal dalam keadaan dia menganut agama Zen Buddha maka tidak hairanlah Ulama Saudi terpaksa memberikan fatwa Haram (yang sepatutnya tak perlu kerana terlalu nyata) mendoakan kesejahteraan Steve Job dan mengharapkan Steve Job masuk syurga. Tapi setakat bersedih dengan kematian Steve Job masih dikira ok.

Baca laporan fatwa tersebut di sini

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email