Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

07 June 2012

Mohd Shubhi  /  7.6.12  /  ,   /  No comments
Media sosial sekali pandang macam memberikan banyak manafaat pada kita. Kita dapat berhubungan semula dengan kawan yang telah lama terpisah umpamanya, amat baik untuk hubungan silaturahim. Tapi berhubungan semula dengan bekas teman wanita yang telah lama terpisah sedang kita dan dia sudah berkahwin bukanlah sesuatu yang bijak untuk dilakukan walaupun sekadar di laman media sosial.

Fenomena media sosial yang terlalu luas dan dapat dibawa ke mana-mana dengan peralatan canggih sekarang ini membawa sejenis penyakit kepada golongan manusia moden. Salah satu perkara yang saya sering lihat adalah aktiviti merakamkan gambar makanan, suasana, dan apa-apa sahaja yang lalu depannya, lalu dipamerkan ke laman media sosial untuk tontonan kawan-kawan. Banyak masa kita habis untuk aktiviti seperti itu.

Banyak kali saya lihat majlis makan beramai-ramai sekeluarga dicemari dengan aktiviti media sosial. Kebiasannya hanya kelihatan seorang atau dua sahaja yang berbual mesra, selainnya terutamanya yang muda terbenam dengan aktiviti berFB atau bertwitter mereka, seolah-olah mereka hanya sendirian di situ. Mereka lansung tidak memperdulikan kehadiran saudara mara mereka untuk merapatkan hubungan dengan bermesra dan berbual-bual sesama saudara...baca seterusnya di sini

01 June 2012

Mohd Shubhi  /  1.6.12  /  ,   /  1 comment
Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia pada seluruh warga PROTON yang saya kasihi. Semoga warkah saya ini bertemu saudara saudari dalam keadaan sihat sejahtera, ceria dan bersemangat tinggi dalam menjalankan tugas-tugas harian.

Seperti yang semua sedia maklum, saya telah pun melepaskan jawatan saya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan PROTON berkuatkuasa 4hb Julai, 2012. Dengan mengambil kira cuti yang saya perlu habiskan, hari ini yakni Khamis 31hb Mei, 2012 adalah merupakan hari terakhir saya berada di PROTON secara fizikal.


Saudara saudari yang saya kasihi,
Terlalu berat untuk saya menulis surat ini sebagai penutup tirai kepada lebih enam (6) tahun perkhidmatan saya di PROTON. Berhari-hari saya mengadap skrin komputer yang kosong kerana ternyata tidak ada perkataan yang dapat menterjemahkan apa yang ada di lubuk hati saya. Bagaimana mungkin dapat saya melepas perginya sesuatu yang telah memberi impak yang dalam dan bermakna kepada kehidupan saya? Bagaimana mungkin dapat saya berjabat tangan dan mengucapkan selamat tinggal pada rakan-rakan yang sudah saya anggap sebagai ahli keluarga sendiri? Tiada ucapan yang dapat saya ungkapkan untuk mengucapkan ribuan terima kasih saya kepada setiap individu yang telah berusaha bersungguh-sungguh dalam membantu saya menjalankan tugas saya sekian lama. Tiada mampu dalam diri saya yang kerdil ini untuk membalas pengorbanan, kegigihan dan masa yang telah di curahkan oleh semua pihak dalam usaha merealisasikan impian PROTON tanpa mengenal lelah dan jemu.

Saudara saudari yang saya kasihi,
Apabila saya imbas kembali detik-detik perjalanan saya di PROTON, saya menganggap sayalah yang sebenarnya beruntung. Saya beruntung kerana dapat menerajui sekumpulan tenaga pekerja yang saya anggap permata-permata yang amat bernilai. Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan sekumpulan warga Malaysia yang kental semangatnya. Tatkala masyarakat umum memberi persepsi negatif pada PROTON, saudara saudari masih bangun dinihari untuk ke kilang dengan penuh rasa bangga. Tatkala kita ditertawakan atas kesilapan lalu, saudara saudari menerima kritikan dengan sikap terbuka. Tatkala kita berada di bawah, saudara saudari bangkit dan menyahut cabaran perubahan. Semangat saudara saudari lah yang membakar semangat saya untuk terus berjuang memulihkan PROTON. Kematangan saudara saudari jualah yang telah mematangkan diri saya untuk berani mengambil pendekatan baru demi melonjakkan nama PROTON. Saya yakin berdiri di atas pentas kerana saya berdiri di atas keyakinan saudara saudari. Ternyata hari ini, saya lah yang kehilangan sesuatu yang besar nilainya. Bukan saudara saudari.

Saudara saudari yang saya kasihi,
Saya yakin saudara saudari akan meneruskan perjuangan ini dan mampu membawa nama PROTON ke tahap yang lebih tinggi. Saya percaya saudara saudari akan terus memberikan sokongan yang mampan walau dalam apa jua keadaan sekali pun. Segalanya tidak mustahil jika kita tanam keyakinan yang tinggi pada setiap sesuatu. Di mana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan, Saya telah melihat kehebatan saudara saudari, jadi saya menyeru agar di teruskan kegigihan ini. Percayalah pada diri sendiri, kejayaan pasti memihak kepada saudara saudari dengan izinNya. Saya yakin dengan suntikan dan anjakan paradigma pengurusan baru, di bawah pimpinan YBhg Dato Sri Hj Mohd Khamil Jamil, PROTON akan terus meraih namanya di persada automotif, insyaallah.

Saudara saudari yang saya kasihi,
Sebagai manusia yang dhaif dan lemah dalam pelbagai aspek, saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan dari setiap warga PROTON atas segala keterlanjuran bahasa, tingkahlaku, makan minum, hak-hak saudara saudari yang tidak dapat saya sempurnakan sepanjang perkhidmatan saya di PROTON. Saya pasti terdapat banyak kekhilafan dan serba kekurangan dalam pentadbiran dan pengurusan saya, Yang baik itu datang dariNya, yang buruk itu adalah kelemahan saya sendiri. Saya mohon juga disampaikan kemaafan dan salam saya pada keluarga saudara saudari sekelian. Walaupun saya mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka, doa saya akan sentiasa mengiringi mereka. Hukum alam menetapkan, setiap yang bermula pasti akan berakhir. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Walapun jauh dimata, PROTON akan tetap di hati saya. Saya akan sematkan ingatan dan pengalaman berharga ini jauh di lubuk hati saya. Semuga takdir mempertemukan kita semula dilain tempat, dilain masa, insyaallah.

Akhir kalam, saya memetik lirik dari nyanyian Faith Hill dari lakun layar Pearl Harbour dan kata-kata ini saya tujukan khas kepada semua warga kerja PROTON.

“There You’ll Be”
When I think back
On these times
And the dreams
We left behind
I’ll be glad ’cause
I was blessed to get
To have you in my life
When I look back
On these days
I’ll look and see your face
You were right there for me
In my dreams
 I’ll always see you soar
Above the sky
In my heart
There will always be a place
For you for all my life
I’ll keep a part
Of you with me
And everywhere I am
There you’ll be
And everywhere I am
There you’ll be
Well you showed me
How it feels
To feel the sky
Within my reach
And I always
Will remember all
The strength you
Gave to me
Your love made me
Make it through
Oh, I owe so much to you
You were right there for me
‘Cause I always saw in you
My light, my strength
And I want to thank you
Now for all the ways
You were right there for me
You were right there for me
For always

Salam hormat dari saya,
Syed Zainal

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search