Jom kongsi pendapat anda !

26 February 2013

Masjid Menarik - Kuala Selangor (Update)

Update mula:
Gambar tambahan Masjid yang aku jumpa di Kuala Selangor siap sekali dengan alamat untuk mereka yang berminat. Nampaknya ramai yang suka dengan konsep Masjid seperti ini sebagaimana yang telah aku masukkan juga gambar Masjid dengan rekabentuk dan bahan yang sama yang aku jumpa di Ulu Bernam di sini.

Ada juga yang komen membina dalam urusan rekabentuk tempat berwuduk. Cadangannya adalah untuk mengadakan sedikit dingding bagi memisahkan antara dua tempat ambil muwud agar percikan air dari orang sebelah tidak terkena jirannya.

Aku setuju dengan masalah yang diutarakan oleh pengkomen. Kerap aku ambil wuduk di sebelah hamba Allah yang macam tak dapat tangkap aku terkial-kial mengelak ludahannya setelah berkumur.

Ada pulak yang jenis bila basuh muka menghentam kuat-kuat air pada mukanya sehingga bertaburan air menerjah pakaian aku. Mungkin mereka sangka dengan menerjah air ke muka dengan kuat akan menambahkan lagi sah ibadat berwuduknya. Sedangkan wuduk sah hanya dengan pastikan air melalui pada keseluruhan anggota dan bukannya dengan menerjahk kuat.

Bagi pili air yang rendah pulak aku biasanya akan duduk bertinggung untuk ambil wuduk. Tapi ada juga Hamba Allah yang mangkaq berdiri selamba sambil membasuh kakinya tinggi-tinggi. habis basah baju jiran di sebelah yang kyusuk duduk bertinggung basih muka.

Oleh kerana kita pergi ke masjid untuk beribadah, maka semuanya dibiarkan begitu saja berlalu. paling kuatpun aku hanya sekadar menjeling mamat sebelah yang biasanya buat tak tahu saja langsung tak dapat tangkap sikap pentingkan dirinya.

Buat para arkitek di negara kita segala masalah masyarakat serta keadaan cuaca di negara kita perlu diambil kiran dalam mereka bentuk masjid agar ianya lebih mesra pengguna dan melambangkan masyarakat di negara kita. Bukannya dengan mengambil bentuk dari timur tengah sebijik dan membinannya di negara kita yang masyarakat serta cuacanya amat berbeza.
Update End.

Ini masjid yang terletak di sebelah jalan di Kawasan Kuala Selangor. Uniknya masjid ini adalah pembinaannya yang ringkas menggunakan bahan yang tidak mahal tetapi menghasilkan satu binaan yang amat cantik, nyaman, teratur dan nyaman sekali samada di luar atau di dalam.







0 comments:

Post a Comment

Contact Form

Name

Email *

Message *

Follow by Email