Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

11 March 2013

Mohd Shubhi  /  11.3.13  /  ,   /  2 comments
Rupa asal surau
 "Ya Allah!, aku usahakan sekolah tahfiz yang dah terbengkalai agar hidup semula, lalu aku gemblengkan tenaga untuk pulihkan bangunan surau yang tertinggal ini. Dengan kuasaMu ya Allah, Engkau bukakan hati ramai hambaMu yang beriman untuk menyumbang kerja-kerja pemulihannya. Segala puji selayaknya hanya untukMu ya Allah".


Bahagian dalam surau
"Ya Allah!, aku tawarkan pada orang ramai untuk menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu dan menjadi  penghafal KalamMu ya Allah. Alhamdulillah ramai yang menyahut seruan itu, segala puji hanya selayaknya untuk Mu ya Allah"


"Ya, Allah, Engkau kirimkan pada aku para pelajar yang doif tidak berkemampuan dari segi kewangan sebagai pelajar di Maahad Tahfiz ini ya Allah. Sedangkan aku perlu menyediakan tenaga pengajar pada mereka, kelengkapan penginapan, makan minum, khidmat basuh pakaian, kelengkapan menuntut ilmu dunia dan akhirat, pakaian seragam, dan lain-lain lagi ya Allah."

"Ya Allah!, kini aku kesempitan untuk menyediakan segala keperluan pada anak-anak pelajar tersebut ya Allah. Dari itu aku mohon padaMu ya Allah, agar bukakanlah hati pembaca untuk melepaskan masalah bebanan ini daripada membelenggu diri aku dengan memberi sumbangan dana menyara anak-anak pelajar yang aku ada"

"Ya Allah!, Engkau bukakan hati mereka untuk menyalurkan sedikit bantuan setakat mampu ke dalam akaun:
Maahad Habibullah Al-Hafiz
Bank Islam 1216 801000 6393
atau
Maybank Islamic 5628 4350 2285
Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu ya Allah, perkenankanlah doaku ini ya Allah! perkenankanlah doaku ini ya Allah, perkenankanlah doa ku ini ya Allah!..."

Nota:
Untuk maklumat lanjut sila hubungi En Jais 012-777 5616

2 comments:

  1. Salam

    pohon info - kat mana nih?

    terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam,
      Ada dua tempat, 1.) Di Puncak Alam, Selangor jumlah pelajar lebih daripada 100 pelajar. 2.) Di Parit 3, Tg Karang. Ini tempat baru yang dihidupkan semula seperti dlm gambar. Baru bermula januari tahun ini dengan pengambilan pelajar seramai 20 orang.

      Kedua-dua pusat diuruskan dibawah pengurusan sama. Ada lagi pusat lain yang sedang diusahakan yang dapat membantu para ustaz serta hufaz kita mengembangkan ilmu mereka dan dalam masa yang sama dapat sediakan pusat pengajian pada mereka yang mencarinya. Insyallah. rujuk http://www.facebook.com/maahadhabib?fref=ts

      Delete

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search