Jom kongsi pendapat anda !
Follow us on Twitter Subscribe to FB Subscribe via Email

11 October 2013

Mohd Shubhi  /  11.10.13  /    /  8 comments
Perkahwinan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel
Apahal pulak tiba-tiba tulis pasal artis Wawa Zainal dan Aeril Zafril ni? Tentu ada yang tertanya-tanya begitu. Terus terang saya tak kenal siapa dia Wawa Zainal dan siapa dia Aeril Zafrel ini.

Tapi bila semak perkataan carian paling tinggi di google dalam masa 7 hari ini, keluar nama Wawa Zainal. Tentu saya nak tahu siapa pulak hamba Allah bernama Wawa Zainal ini duduk tak duduk semua orang pakat cari info berkenaan dirinya.

Bila disemak barulah tahu rupanya mereka artis. Patutlah ramai yang prihatin nak tahu. Entah apa penambah baikan pada diri yang mereka dapat dengan mengetahui maklumat peribadi berkenaan para artis tersebut menjadi tanda tanya yang cukup pelik!.

Saya menulis cerita mereka bukan sebab mereka penting. Tapi kisah perkahwinan mereka yang berlansung sebanyak dua kali menarik minat untuk diperkatakan. Menurut penerangan mereka dalam sidang media, mereka telah berkahwin sebanyak dua kali setelah berita mereka mendapat liputan media secara meluas.

Pertama kali mereka kahwin pada 25 Februari 2012. Menurut mereka perkahwinan tersebut berlaku atas desakan untuk mengadakan perhubungan yang sah mengikut syarak tanpa membuat pendaftaran menurut perundangan. Wawa Zainal minta perkahwinan tersebut dirahsiakan.

Bila dah kahwin, tentu rugi jika tidak diadakan perhubungan intim. Sedangkan mereka yang tak kahwinpun terkial-kial nak buat, apatah pulak mereka yang berkahwin. Maka pada bulan Januari 2013, Wawa Zainal dilaporkan telah termengandung. Tidak dinyatakan pulak berapa bulan. Tapi nampaknya setelah 11 bulan berkahwin dia lekat anak.

Untuk tidak menimbulkan masalah, maka mereka buat keputusan untuk kahwin sekali lagi menurut perundangan agar perkahwinan mereka dapat didaftarkan. Mereka berkahwin buat kali kedua pada bulan Februari 2013. Ertinya setelah setahun daripada perkahwinan pertama.

Diringkaskan cerita, anak mereka keluar pada bulan Ogos 2013. Dalam jangka masa 6 bulan setelah perkahwinan kedua. Ini menunjukkan Wawa dah mengandung 2 bulan ketika menyedari dirinya termengandung setelah perkahwinan kali pertama.

Itu cerita mereka. Apa sebenarnya yang berlaku hanya Allah saja yang tahu. Saya tak pasti samada anak mereka layak dibinkan kepada nama ayahnya setelah hanya 6 bulan berkahwin dan melahirkan anak.

Kes macam Wawa Zainal banyak di luar sana

Kes seperti mereka sebenarnya memang banyak berlaku di negara kita. Ramai para pelajar diluar negara yang tersangkut dengan kawan warga asing ketika di luar negara melangsungkan perkahwinan secara syarak tanpa pengetahuan ibubapa yang mungkin tak izinkan jika diminta kebenaran.

Di sini juga sering berlaku. Biasanya mereka yang telah berbini satu dan tersangkut dengan perempuan lain pulak lalu berkahwin di luar negara seperti di Indonesia, Kemboja dan juga di Thailand. Mereka kahwin secara syarak dan tidak berdaftar. Bukan sebab tak boleh daftar, tapi sebab takut pada isteri pertama.

Ada kawan saya yang berkahwin senyap terlebih dahulu, juga di Thailand tanpa pengetahuan ibubapa perempuan kerana tak tahan menanggung gelora hang tengok aku, aku tengok hang dan airliur meleleh. Selepas setahun bercengkarama sebagai suami isteri sah, baru berkahwin di Malaysia siap dengan persandingan dan pendaftaran yang menurut perundangan.

Kenapa terpaksa kahwin senyap-senyap?

Kenapa mereka buat begitu? Biasanya kerana ada masalah dengan keluarga dan juga masalah dengan persediaan kewangan jika berkahwin mengikut perundangan dan adat yang sah. Duit kena keluar banyak jika mengikut prosedur sedangkan kain dah sering terangkat.

Mereka yang berbuat begitu sebenarnya takutkan dosa dan murka Allah lebih daripada takutkan manusia. lalu diberanikan diri berkahwin secara syarak sahaja asalkan dosa zina dapat dielakkan. Maknanya mereka ada iman.

Wawa Zainal dan Aeril Zafrel takut buat dosa, sebab tu kahwin senyap

Tetapi dalam bab Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ini, saya rasa macam kagum jugak. Mereka adalah golongan artis yang memikirkan dosa dan pahala dalam perhubungan dan ingin mengelakkan zina. Itu satu perkara hebat yang ada pada kaum artis!.

Cuma tertanya jugak kenapa nak kahwin sekali lagi jika dah dilangsungkan secara syarak di Malaysia. Tentu ada wali dan saksinya. Daftar sajalah pada pendaftar nikah, masuk mahkamah dan bayar denda...tak ke labih mudah???

Kes perempuan kahwin senyap kemudian bercerai pun ada

Ada juga kes yang lebih terus bila si perempuan dikatakan kahwin secara syarak dan kemudian bercerai tanpa apa-apa pendaftaran. Kemudiannya berkahwin sekali lagi dengan orang lain pulak secara mengikut perundangan.

Yang teraniaya adalah suami yang tak tahu menahu bahawa isterinya sudah berkahwin. Bagaimana pulak status perempuan itu yang dapatkan berbagai surat akuan bahawa dia masih anak dara dan tidak pernah berkahwin.

Ada lagi kes lain yang isteri dah kahwin dan dah cerai secara syarak dan tidak didaftarkan. Kemudiannya kahwin lagi dan bercerai, juga secara syarak tanpa pendaftaran.

Dan kali ketiganya berkahwin secara syarak dan berdaftar dan hantaran mas kahwin dan belanja macam nak rak seperti anak dara sedangkan anak tak dara itu sebenarnya berstatus dua kali janda....

alahai! macam-macam dunia sekarang ini. Bila perhubungan silaturahim antara manusia, jiran dan lain-lain tidak ada. Masing-masing buat hal sendiri tak ambil tahu hal orang lain kerana tak mahu jaga kain orang...begitulah jadinya!.

Sumber gambar

8 comments:

  1. http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8888#.UlfegVDQmos

    ReplyDelete
  2. itulah bila keluarga tak bagi kawin awal ramai yg pergi kawin dekat thailand senyap2 then blik sini kawin lagi sekali

    ReplyDelete
  3. Setuju dgn bro, memang ramai yang macam tu. Bukan dia sorang saja.

    ReplyDelete
  4. jabatan agama islam mengenakan undang-undang ketat dalam bab perkahwinan adalah dengan tujuan menjaga nasab. bukan mudah nak menjaga nasab. tapi, kalau dah namanya manusia, tak mahu ikut undang-undang maka akan timbul masalah yang akan memberi kesan kepada keturunan.

    ReplyDelete
  5. Salam..sy bukanlah peminat mereka sgt tp sy hanya ingin berkongsi pendapat..satu kalau rasa nak hati bersih just terima saja apa yg dikatakan Kerana mereka Lebih tahu apa yg mereka buat..kalau Kita asyik pertikai takut jatuh fitnah..benar atau tidak biarlah itu antara mereka dan Allah..Tapi Kene ingat Islam ini sebenarnya mudah..nikah mereka yg pertama memang sah mengikut rukun nikah..hanya zaman Kita saje semuanya nak ikut undang2..maybe mereka tak nak declare n bayar denda sbb sebenarnya procedure Dlm mahkamah bukan senang..mengikut perundangan Islam di Malaysia..kes begini perlu dibicarakan dan dibuat pengakuan..mesti Ada satu hari perbicaraan..biarpun perbicaraannya hanya 10minit jika tiada masalah utk disahkan pernikahan mereka..mungkin sbb ini mereka tak berdaftar terus Kerana takut Akan jadi sensasi waktu itu or Ada komitmen lain..sebaliknya mereka buat nikah Kali kedua dan ikut seperti procedure yg ditetapkan seperti Kene Ada sijil kursus kawin dan sebagainya..kalau ikut zaman rasulullah mana Ada istilah kursus kawin..tiada hitam putih asalkan ikut rukun nikah suatu pernikahan sudah sah di sisi Islam..nasihat saya terima sajaLah apa yg dikatakn dan Jgn persoalkn benang yg basah ibarat Perangai org munafik..alhamdulillah kalau betul niat dihati mereka berkawin Kerana menghindari zina dan dosa..Kerana waktu itu memang mereka wajib berkahwin hukumnya..sedarlah2..kesalahan mereka hanya x Berterus terang itu..jangan disebabkn persoalan Kita Mereka dah terlanjur dan status anak menjadi fitnah pd mereka dan Kita jatuh berdosa..ingat fitnah lebih bahaya Dari membunuh...fikir2kanlah dan bersihkn hati Kita semula..Kerana itu yg Lebih baik...

    ReplyDelete
  6. iyalah tu, ko percaya bulat-bulat. Sekiranya wawa tak mengandung, kemungkinan pernikahan kali kedua tu dilakukan tahun depan, 2 thn lagi 5 thn lagi ataupun 10 tahun.
    Boleh faham tak, penjelasan tentang kali kedua nikah tu semata-mata untuk membinkan anak kandung wawa kepada ayahnya Aeril Zafril.
    sekarang ni pun ada individu dah start main-mainkan isu ni, dengan berkata, kalau anak kedua, dan ketiga akan datang maknanya aeril akan bertiga lagi kali ketiga dan keempat. Apa ni? Aeril-Wawa, pergi kursus kahwin ke tak, buat benda ni macam main-main!

    ReplyDelete
  7. kalau anak kedua, dan ketiga akan datang maknanya aeril akan bernikah lagi kali ketiga dan keempat. Apa ni? Aeril-Wawa, pergi kursus kahwin ke tak, buat benda ni

    (sorry tadi aku salah taip)

    ReplyDelete
  8. dah termengandung baru kalut...kalo tak ngandung sampai bile pun tak ngaku dah kawin..ntohle manusia zaman sekarang. yang tak kawin2 pastu ngandung n buang anak pun bersepah2

    ReplyDelete

Back to Top

Contact Me

Name

Email *

Message *

Search